Doa Abu Darda: Panduan Bacaan Rumi, Makna & Video Bacaan

doa-abu-darda
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Doa Abu Darda merupakan satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada sahabat baginda yang bernama Abu Darda r.a, bagi melindungi diri, harta dan kekayaan beliau.

Berikut merupakan serba sedikit penerangan berkenaan doa ini. Kami juga telah sediakan teks bacaan doa dalam rumi sebagai panduan anda jika anda tidak boleh atau mengalami kesukaran dalam membaca tulisan jawi.

Oleh itu, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini, untuk mengetahui lebih lagi tentang doa ini dan kelebihan-kelebihan mengamalkannya.

Apa itu Doa Abu Darda?

Doa Abu Darda merupakan satu doa yang diajarkan Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabat baginda yang bernama Abu Darda r.a. Abu Darda ini merupakan seorang ahli perniagaan terkenal sebelum memasuki agama Islam.

Namun begitu setelah memasuki Islam beliau telah meninggalkan perniagaannya dan mula menumpukan kepada beribadah, menghafaz al-Quran serta mengembangkan ajaran Islam.

Keimanan dan keislaman Abu Dadar ini sangatlah tinggi sehinggakan saudaranya Salman Al-Farisi perlu mengingatkan beliau bahawa beliau juga mempunyai hak ke atas diri beliau, isteri dan keluarganya.

Doa ini pula merupakan satu doa yang diajarkan Rasulullah S.A.W kepada Abu Darda. Ia diajarkan kepada beliau bagi melindungi diri dan harta beliau.

Menurut beliau, Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa sesiapa yang mengamalkan doa ini akan dijauhkan dari kecelekaan seperti yang dinyatakn dalam hadis berikut:

Seseorang telah datang kepada Abu Darda’ (r.a.) memaklumkan  bahawa rumahnya terbakar. Tidak lama kemudian, seorang lagi datang memberitahunya tentang perkara itu. Abu Darda’ (r.a.) kekal tenang. Begitu juga keadaannya apabila orang ketiga datang menyampaikan perkara yang sama.

Kemudian, datang orang keempat. “Wahai Abu Darda’, api telah naik dengan marak tetapi apabila sampai ke rumah kamu, ia telah padam.”

Abu Darda’ (r.a.) menjawab, “Saya yakin bahawa Allah S.W.T tidak akan membakar rumah saya kerana Rasulullah S.A.W telah mengajarkan saya satu doa yang jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala sehingga waktu petang. Maka, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”

Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi

Teks Doa Abu Darda & Bacaan Rumi

doa abu darda

Bacaan Rumi:

Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaha illa Anta. ‘Alaihi Tawakkaltu, Wa Anta Robbul ‘Arsyil-‘Azim. MasyaAllahu KaaNa, Wa Maa Lam Yasha’ Lam Yakun. Laa Haula Wala Quwwata Illa Billahil-‘Azim. A’lamu Annallaha ‘Ala Kulli Syai’in Qodir, Wa Annallaha Kod AhaThoBikulli Syai’in ill-ma. Allahumma Inni ‘Auzubika Min Syarri Nafsi, Wa Man Syarri Kulli Dabbatin Anta Aakhizun Binasiyatiha Inna Robbi Sirotin Mustaqim.

Terjemahan Doa

Berikut merupakan terjemahan atau makna doa Abu Darda ini:

Makna Doa:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau, kepada-Mu aku bertawakal dan Engkau adalah Penguasa dari ‘arasy Yang Maha Agung. Apa-apa yang dikehendaki Allah, pastilah terjadi, sebaliknya apa-apa yang tidak dikehendaki-Nya, tidaklah akan terjadi. Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Aku menginsafi bahawa Allah Berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan semua makhluk melata yang kendalinya tergenggam dalam tangan-Mu! Sungguh Tuhanku itu berada pada jalan yang lurus (adil).”

Video Bacaan Doa

Anda juga boleh menonton video dibawah yang telah disediakan oleh Zulfikri Muhamad sebagai panduan anda dalam membaca doa Abu Darda ini:

Dapatkan buku “100 Doa-Doa Amalan Harian” ini sebagai panduan anda dalam pembacaan doa setiap hari.

Waktu Membaca Doa

Bagi anda yang ingin mula mengamalkan doa Abu Darda, anda boleh mengamalkannya selepas waktu Subuh dan selepas Maghrib sebagai ikhtiar meminta kepada Allah untuk memelihara diri dan harta dari bala bencana dan musibah.

Diharapkan penerangan berkenaan doa ini, dapat membantu melindungi diri kita dan keluarga dan seterusnya menjadikan kita seorang muslimin dan muslimat yang lebih baik.

Baca juga: 3 Qul – Panduan Bacaan, Makna Surah & Kelebihannya

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut