3 Qul – Panduan Bacaan, Makna Surah & Kelebihannya

Surah 3 Qul atau juga dikenali sebagai ‘Surah Al-Muawwizat’ merujuk kepada tiga surah terakhir dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Ikhlas (Qul huwallāhu aḥad), Surah Al-Falaq (Qul a‘ūżu birabbil-falaq) dan Surah An-Nas (Qul a‘ūżu birabbin-nās).

Tiga surah ini merupakan surah yang sering dihafal dan diamalkan dalam kehidupan seseorang muslim, sama ada sewaktu

Apa itu Surah 3 Qul?

Surah 3 Qul atau Surah Al-Muawwizat merupakan tiga surah terakhir dalam Al-Quran yang sangat digalakkan pembacaannya dalam kalangan umat Islam. Surah Al-Muawwizat ini terdiri daripada surah-surah berikut:

  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Nas

Surah Al-Muawwizat ini, sangat digalakkan untuk diamalkan oleh umat Islam pada bila-bila masa terutama sebelum waktu tidur.

Hal ini demikian kerana ia merupakan amalan yang sering diamalkan Rasulullah S.A.W. sendiri dan perkara ini telah dinyatakan dalam hadis riwayat berikut:

Surah Al-Muawwizat

Dapatkan hiasan dinding Islamik yang mempunyai surah 3 Qul di Shopee dengan harga yang berpatutan bagi meningkatkan seri rumah anda.

Panduan Bacaan 3 Qul Rumi Beserta Maknanya

Berikut merupakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, beserta bacaan rumi dan maknanya, untuk dijadikan sebagai panduan anda ketika membaca surah Al-Muawwiza ini:

1. SURAH AL-IKHLAS

3qul-alikhlas

Bacaan Rumi: 

Qul Huwallahu Ahad (1)

Allahussomad (2)

Lam Yalid Walam Yuulad (3)

Walam Yakullahu Kufuwan Ahad (4)

Maksud Surah Al-Ikhlas: 

Katakanlah: Dia Allah Yang Maha Esa (1)

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2)

Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3)

Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Serupa Dengan-Nya (4)

2. SURAH AL-FALAQ

3-qul-alfalaq

Bacaan Rumi:

Qul A’uuzu Birobbil Falaq (1)

Min Syarrimaa Kholaq (2)

Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob (3)

Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod (4)

Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad (5)

Makna Surah Al-Falaq:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah yang menciptakan sekalian makhluk (1)

Daripada Kejahatan MakhlukNya (2)

Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3)

Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)(4)

Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)

3. SURAH AN-NAS

an-nas

Bacaan Rumi:

Qul A’uuzu Birobbinnaas (1)

Malikinnaas (2)

Ilaahinnaas (3)

Min Syarril Waswaasil Khonnaas (4)

Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas (5)

Minal Jinnati Wannaas (6)

Makna Surah An-Nas:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah, Pemulihara sekalian manusia (1)

Yang Menguasai sekalian manusia (2)

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3)

Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (4)

Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5)

(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6)

Fadhilat Surah Al-Muawwizat

Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan yang bakal kita peroleh jika kita mengamalkan Surah 3 Qul(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) ini. Antaranya ialah:

  • Mendapat ganjaran syurga
  • Ia mampu menjadi pelindung / pendinding diri daripada gangguan syaitan.
  • Dengan izin Allah ia mampu menyembuhkan segala penyakit zahir dan batin.
  • Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
  • Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
  • Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.

Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat

Anda boleh membaca Surah 3 Qul ini pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu, ia lebih baik dibaca ketika waktu di bawah:

1. KETIKA WIRID SELEPAS SOLAT

Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat  di akhir solat (sesudah salam).” 

(HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523)

2. WAKTU PAGI & PETANG

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” 

HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399

3. WAKTU MALAM & HUJAN

Selain waktu pagi dan petang, kita juga digalakkan membaca 3 Qul ini pada waktu malam dan ketika hujan. Perkara ini telah diterangkan oleh Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dalam hadis riwayat berikut:

“Kami keluar pada waktu malam, ketika itu hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan akan kami, lalu kami mencari Baginda lalu bersabda, “Katakanlah”, maka aku tidak mengatakan sesuatu, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, Aku tidak mengatakan apa-apa, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, maka, aku berkata, “Ya Rasulullah! Apa yang harus aku katakan?” Nabi menjawab : “Katakanlah ‘Surah Muawwizat’ ketika pagi dan petang hari sebanyak tiga kali, maka hal tersebut akan membuatmu terlindung dari segala sesuatu“.

Dalam kitab Tirmidzi, an-Nasai dan sunan Abu Daud

4. SEBELUM TIDUR

Sebelum kita tidur, kita juga digalakkan untuk membaca 3 Qul terlebih dahulu dengan cara berikut:

  • Menadah kedua telapak tangan
  • Bacakanlah tiga surah ini.
  • Tiup ke telapak tangan
  • Kemudian, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau (dari kepala, wajah, & tubuh bahagian depan)
  • Ulang sebanyak tiga kali.

“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah  ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” 

(HR. Al-Bukhari 4630)

5. KETIKA PERAWATAN (RUQYAH)

Akhir sekali kita juga dianjurkan untuk membaca Surah Al-Muawwizat sewaktu sedang merawat kesakitan. Perkara ini telah dijelaskan dalam hadis riwayat berikut:

عَنْعَائِشَةَرَضِياللَّهُعَنْهَاأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَإِذَااشْتَكَىيَقْرَأُعَلَىنَفْسِهِبِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُفَلَمَّااشْتَدَّوَجَعُهُكُنْتُأَقْرَأُعَلَيْهِوَأَمْسَحُبِيَدِهِرَجَاءَبَرَكَتِهَا. رواهالبخاري

Daripada Aisyah R.A: “Bahawasanya Rasulullah S.A.W apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” 

Hadis riwayat Al-Bukhari

Baca juga: Al-Mathurat: Senarai Zikir, Wirid, Doa Pagi & Petang

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!