Dividen Tabung Haji 2025 – Anggaran Kadar Agihan Keuntungan & Tarikh Pengumuman
Setiap tahun, pengumuman dividen Tabung Haji (TH) menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh pendeposit di seluruh negara. Dengan jutaan rakyat Malaysia mempercayakan simpanan mereka kepada TH, agihan keuntungan tahunan bukan sahaja mencerminkan prestasi pelaburan institusi ini, tetapi juga menjadi petunjuk penting bagi perancangan kewangan peribadi pendeposit.
Untuk tahun kewangan 2024/2025, TH sekali lagi berada dalam perhatian, dengan para penganalisis memberikan pelbagai unjuran tentang kadar hibah yang bakal diumumkan. Adakah dividen tahun ini akan kekal stabil seperti tahun-tahun sebelumnya, atau bakal menyaksikan sedikit peningkatan?
Di sini dikongsikan info lanjut tentang jumlah agihan pendapatan TH 2024 / 2025 serta kadar yang diperolehi pada tahun-tahun sebelumnya.
Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2025
Pastikan semua kriteria ini dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2025:
- Telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat
- Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat
- Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.
Pengumuman Dividen TH 2024 / 2025
AGIHAN KEUNTUNGAN TH 2024
TERKINI : TH mengumumkan Agihan Keuntungan TH 2024 pada kadar 3.25%.
Zakat (2.5775%) turut dilunaskan oleh TH bagi pihak pendeposit.
Alhamdulillah!
Pengumuman Agihan Keuntungan ini dibuat setelah Penyata Kewangan TH selesai diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
INFO RINGKAS AGIHAN KEUNTUNGAN
- Usaha berterusan mengawal kos operasi.
- Tertinggi dalam 7 tahun.
- Jumlah agihan sebanyak RM2.92 bilion.
- Memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit.
- Membantu mengembangkan simpanan pendeposit.
- Prestasi pelaburan yang lebih baik.
- Dipacu pasaran modal domestik.
- Pertumbuhan ekonomi negara yang baik pada tahun 2024.
INFO RINGKAS AGIHAN KEUNTUNGAN
- ZAKAT 2.5775%
- Telah dilunaskan oleh TH bagi pihak pendeposit.
- RM99.35 juta
- Pelunasan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi tahun 2024.
- RM1.47 bilion
- Jumlah terkumpul zakat yang telah dilunaskan sehingga tahun 2024.
- 2.2 juta
- Asnaf terima manfaat daripada Program CSR Zakat Wakalah TH sehingga tahun 2024.
Tarikh Semakan Akaun
Semakan pengkreditkan Agihan Keuntungan / dividen Tabung Haji 2025 boleh dibuat bermula pada Ahad, 23 Mac 2025, melalui :
- THiJARI
- Kaunter Tabung Haji
- Saluran elektronik Rakan Strategik TH : Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank Islamic, Maybank Islamic & CIMB Islamic
Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2025
Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2025 secara online melalui portal THiJARI:
- Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my.
- Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
- Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
- Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
- Untuk melihat agihan keuntungan, anda boleh melihat pada Sejarah Transaksi atau Penyata Akaun.
- Untuk melihat Sejarah Transaksi, sila pilih ‘Bulan’ dan ‘Tempoh Transaksi’. Sejarah transaksi dan pengkreditan dividen TH akan dinyatakan.
- Anda juga boleh muat turun ‘Penyata Akaun’ > Bulan 2025 dan klik pada butang ‘Carian Penyata’.
Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2025 (seperti dalam gambar di bawah).
Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Sejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2023)
Berikut adalah sorotan pembahagian hibah / dividen Tabung Haji yang diumumkan sehingga tahun 203 dan tahun-tahun sebelum ini.
- 1994 : 9.5%
- 1995 : 9.5%
- 1996 : 9.5%
- 1997 : 9.5%
- 1998 : 8.0%
- 1999 : 8.0%
- 2000 : 5.5%
- 2001 : 3.25%
- 2002 : 3.5%
- 2003 : 4.0%
- 2004 : 4.3%
- 2005 : 4.5%
- 2006 : 4.75%
- 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
- 2008 : 5.0%
- 2009 : 5.0%
- 2010 : 5.5%
- 2011 : 6.0%
- 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
- 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus
- 2014 : 6.25% + 2% Bonus
- 2015 : 5% + 3% Bonus
- 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus
- 2017 : 4.25% + 1.75%
- 2018 : 1.25%
- 2019 : 3.05%
- 2020 : 3.10%
- 2021 : 3.10%
- 2022 : 3.10%
- 2023 : 3.10%
Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji
Salah satu kelebihan membuat simpanan di Tabung Haji adalah, TH turut melunaskan pembayaran zakat.
Oleh itu, selain mendaftar Haji, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara.
Cara Pengiraan Dividen TH
Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2024/205 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2024 dan didarabkan dengan kadar dividen 2024.
Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x kadar dividen 2024 = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2024 / Bilangan Bulan) x kadar dividen 2024 |
Maklumat Lanjut
IBU PEJABAT
Menara TH Tun Razak
Lembaga Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
TABUNG HAJI CONTACT CENTRE (THCC)
Telefon: +603 – 6207 1919
E-mel : [email protected]
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di :-
- Portal Rasmi : tabunghaji.gov.my
- Facebook : Lembaga Tabung Haji
- Instagram : Lembaga Tabung Haji
- TikTok : Tabung Haji