Dividen KWSP 2025 – Anggaran Kadar Dividen & Tarikh Pengumuman

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dividen KWSP 2025 – Anggaran Kadar Dividen & Tarikh Pengumuman

Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap tahun, terutama bagi pencarum yang bergantung kepada pulangan ini sebagai sebahagian daripada strategi kewangan mereka. Dengan prestasi ekonomi global yang kian pulih serta momentum pelaburan yang memberangsangkan, ramai menjangkakan pengumuman dividen KWSP bagi tahun 2025 bakal membawa berita positif.

Artikel ini akan memberikan gambaran awal tentang anggaran kadar dividen bagi simpanan konvensional dan shariah, berdasarkan analisis ekonomi dan prestasi pelaburan KWSP pada tahun sebelumnya. Selain itu, kami turut akan berkongsi tarikh penting berkaitan pengumuman rasmi dividen untuk memastikan anda sentiasa bersedia.

Apakah Dividen KWSP?

Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.

NOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

Jangkaan Dividen KWSP 2025

Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menjangkakan berita baik apabila kadar dividen bagi tahun 2024 dianjurkan lebih tinggi, mencapai sehingga 6.0% untuk simpanan konvensional dan 5.8% untuk simpanan shariah.

Menurut penganalisis ekonomi, Dr. Mohamad Khair Afham, unjuran ini lebih baik berbanding dividen tahun sebelumnya iaitu 5.5% (konvensional) dan 5.4% (shariah), didorong oleh strategi pelaburan diversifikasi KWSP. Keputusan ini mendapat sokongan daripada prestasi positif pelaburan global, pemulihan ekonomi domestik, dan pelaburan kukuh dalam instrumen patuh syariah seperti sukuk dan hartanah.

“Walaupun ketidaktentuan pasaran global menjadi cabaran, KWSP berjaya memanfaatkan peluang dalam pasaran teknologi, hartanah antarabangsa, dan bon global. Hasilnya, dividen dijangka meningkat sedikit, antara 5.7% hingga 6.0% untuk simpanan konvensional dan 5.6% hingga 5.8% untuk simpanan shariah,” jelas beliau kepada BH.

Sebagai contoh, pelaburan KWSP dalam syarikat teknologi global seperti Nvidia dan Tesla menunjukkan potensi tinggi, manakala projek hartanah di London dan Melbourne terus memberiakn pulangan sewaan stabil.

Pelaburan dalam pasaran sedang membangun seperti Vietnam dan Indonesia turut menyumbang kepada pertumbuhan kukuh, disokong oleh kadar pertumbuhan ekonomi lebih 6.0% di negara-negara tersebut. Bagi tahun kewangan 2023, KWSP telah mengumumkan dividen 5.5% (konvensional) dan 5.4% (shariah), membabitkan agihan sebanyak RM57.81 bilion, menjadikannya salah satu dana persaraan paling kompetitif di rantau ini.

Dengan prestasi pasaran saham domestik seperti Bursa Malaysia melepasi 1,600 mata dan laporan prestasi KWSP yang menunjukkan peningkatan 20% pada tiga suku pertama 2024, momentum ini dijangka berterusan ke tahun kewangan 2024.

“Strategi KWSP yang seimbang antara aset domestik dan antarabangsa, serta pendekatan konservatif dalam pengurusan risiko, memberikan kestabilan kepada pencarum, walaupun berdepan cabaran global seperti geopolitik dan dasar monetari negara maju,” tambah penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.

Dengan unjuran positif ini, para pencarum boleh menantikan agihan dividen yang bukan sahaja kompetitif tetapi juga stabil, sejajar dengan misi KWSP untuk memastikan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia.

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2025

Setiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahun lepas berakhir Disember pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.

Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter. 

Bagi tahun 2022 yang lalu, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 2021 pada tengah hari 2 Mac 2022.

Bagi tahun 2023, dividen KWSP bagi tahun kewangan 2022 telah diumumkan pada 4 Mac.

Cara Semakan Dividen KWSP

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen online melalui i-Akaun.

  1. Layari www.kwsp.gov.my
  2. Pergi kepada ikon Login
  3. Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  4. Klik View Details di bahagian menu Dividend
  5. Perincian Dividen tahun 2024 akan dipaparkan

*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP

check dividen kwsp 2022 2023

Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya

Berikut adalah Kadar Dividen KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini:

TahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)
20235.405.50
20224.755.35
20215.656.10
20204.905.20
20195.005.45
20185.906.15
20176.406.90
20165.70
20156.40
20146.75
20136.35
20126.15
20116.00
20105.80
20095.65
20084.50
20075.80
20065.15
20055.00
20044.75
20034.50
20024.25
20015.00
20006.00
19996.84
1997 – 19986.70
19967.70
19957.50
1988 – 19948.00
1983 – 19878.50
1980 – 19828.00
19797.25
1976 – 19787.00
1974 – 19756.60
1972 – 19735.85
19715.80
1968 – 19705.75
1965 – 19675.50
19645.25
19635.00
1960 – 19624.00
1952 – 19592.50
Sumber dari laman web rasmi KWSP

Baca juga: Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP

Penyucian Dividen

Jom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam. Semoga bermanfaat!

Sumber: FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Penasihat Shariah Kewangan Islam

Bertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.

Rujuk cara membuat pertukaran ke Akaun Shariah KWSP melalui artikel ini : Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online

Aplikasi i-Akaun

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui

Maklumat Lanjut

Ibu Pejabat (HQ)

Menara KWSP,
No. 1, Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam, Selangor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan pertanyaan dan semak status pertanyaan di sini: https://www.kwsp.gov.my/en/corporate/connect-with-us/enquiry

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di :-

Baca juga: Majikan Tak Carum KWSP Boleh Didakwa. Ini Cara Buat Aduan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut