Pengumuman Dividen ASB 2024/2025 & Semakan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI: PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 & PENGUMUMAN DIVIDEN (AGIHAN PENDAPATAN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)

ASNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit bagi dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM10.1 bilion ini memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.

ASB mengagihkan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.64% sepanjang tahun ini.

Transaksi ASB di cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan ditangguhkan sementara dari 28 hingga 31 Disember 2024. Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2025, dan di mana-mana cawangan dan ejen ASNB bermula 2 Januari 2025.

TERKINI : PENGUMUMAN KADAR DIVIDEN & BONUS ASB 2024

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Kenyataan akhbar: https://asnb.my/PRASB24

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan sementara waktu.

Tarikh Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024

Tarikh penangguhan urusniaga bagi tahun 2024 telah dimaklumkan.

Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 28 hingga 31 Disember 2024.

Semua urus niaga ASB akan dibuka semula melalui myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2025, manakala di kaunter dan ejen pada 2 Januari 2025.

Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Tarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB

Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.

Semakan pengkreditan lazimnya boleh dibuat mulai 1 Januari secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari di Kaunter ASNB.

Cara Mudah Kira Dividen ASB 2024

Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?

Cara kira dividen ASB adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

  • Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  • Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  • Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh mudah:

  • AGIHAN PENDAPATAN ASB 2023 : 4.25%
  • BONUS : 1.0%

Dividen ASB 2023 5.25% untuk simpanan dari 01 Jan sehingga 31 Dec 2023.

Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 sampai 31/12/2023 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat 10k x 5.25% = RM525.

Kalau simpan RM10,000 dari 01/01/2023 dan bulan Jun keluarkan RM5,000. Maksudnya baki tinggal Rm5,000 sehingga 31/12/2023. Jadi dividen yang kamu dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88

Kalau simpanan cuma RM5,000 dari 01/01/23 dan bulan 12 sempat tambah simpanan RM20,000. Dividen kamu dapat adalah RM5,000 x 5.25% = Rm262.50 sahaja.

Itu simpanan RM20,000 yang baru ditambah tidak menambah apa-apa sudah dividen. Melainkan kalau ditambah pada bulan 11 dapat la tambahan RM87.50

Kalau simpanan RM20,000 dari 01/01/23 dan bulan November ada keluarkan RM10,000. Jadi baki tinggal lagi RM10,000. Jadi dividen dia boleh dapat ialah RM875 + RM87.5 = RM962.50

Begitulah cara kira dividen dalam ASB. Bukan direct darab dengan 5.25% tu melainkan kalau memang simpan dari 01/01 sampai la 31/12.

Jumlah Dividen + Bonus ASB 2023 & Sebelumnya

Pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.

Dividen ASB Tahun 2023

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 1.00%
  • Kadar Agihan – 5.25%

Dividen ASB Tahun 2022

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%

Dividen ASB Tahun 2021

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

Sejarah Dividen ASB 2013-2023

Maklumat terkini tentang agihan pendapatan akan dikemaskini melalui artikel ini setelah ia diumumkan secara rasmi oleh pihak ASNB.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/asnbv2_4media.php#beritapengumuman

dividen asb 2021

Cara Semakan Dividen ASB Online

Mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.

Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my

Pemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan
secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan
cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my

Bagi anda yang masih belum mendaftar MyASNB online, sila rujuk artikel berikut untuk panduan lanjut :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut