Advertisements

Kadar Dividen ASB 2021: Pengagihan Pendapatan & Bonus

Advertisements

TERKINI: PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB 2021 & PENGUMUMAN DIVIDEN (AGIHAN PENDAPATAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)

Adalah dimaklumkan bahawa pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 akan diumumkan hari ini.

Sementara itu, penangguhan urusniaga ASB bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.

Oleh itu, tarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22 Disember 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman web ASNB.

agihan pendapatan asnb 2021

Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Jumlah Dividen & Bonus ASB 2021

Pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.25 sen (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.

Untuk makluman, pengumuman Pengagihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 telah diumumkan secara langsung pada 23 Disember 2021, jam 9.45 pagi di laman Facebook Rasmi PNB.

TERKINI:

Dividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

Pautan untuk siaran – https://fb.me/e/1yaeHA7su

Dividen ASB 1990-2020

dividen asb 2020

Maklumat terkini tentang agihan pendapatan akan dikemaskini melalui artikel ini setelah ia diumumkan secara rasmi oleh pihak ASNB.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/asnbv2_4media.php#beritapengumuman

dividen asb 2021

MAKLUMAN TAMBAHAN

Mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.

Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my

Pemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan
secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan
cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my

Bagi anda yang masih belum mendaftar MyASNB online, sila rujuk artikel berikut untuk panduan lanjut :

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment