Diskaun Tol 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

diskaun tol raya 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Diskaun Tol 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Pemberian diskaun tol selama dua (2) hari kepada kenderaan Kelas 1 (kelas persendirian) sempena Hari Raya Aidilfitri 2025!

Diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan sebaiknya.

Sila rujuk maklumat terperinci melalui kenyataan media Kementerian Kerja Raya dan infografik di bawah untuk info lanjut:

diskaun tol hari raya 2025

KENYATAAN MEDIA – 50% DISKAUN BAYARAN TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Pemberian diskaun tol ini akan dilaksanakan bermula dari jam 12.01 tengah malam 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 29 Mac 2025 (Sabtu).

Implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan MADANI dianggarkan sebanyak RM19.69 juta sebagai bayaran pampasan kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

Diskaun tol ini akan diberikan hanya kepada kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Pemberian diskaun tol ini yang merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Madani bagi empat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023, adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Malaysia Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini.

Semoga pengguna lebuh raya memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan pergerakan melalui panduan berikut:
a. Mengikut jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) oleh syarikat konsesi lebuhraya;
b. Memastikan kenderaan dalam keadaan baik;
c. Memastikan baki eWallet dan Kad Touch & Go mencukupi;
d. Memastikan bateri smart-tag yang mencukupi;
e. Menggunakan pautan paparan CCTV Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) https://www.llm.gov.my mengenai keadaan lebuh raya sebagai panduan sebelum dan semasa perjalanan;
f. Menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan semasa di lebuh raya; dan
g. Menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemas kini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X @LLMtrafik secara berkala.

Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan syarikat konsesi lebuh raya menyeru pengguna jalan raya agar memandu dengan berhemah, mematuhi peraturan, serta berehat jika letih atau mengantuk. Marilah kita bersama menjaga keselamatan, kebersihan, dan keselesaan lebuh raya serta mengurangkan kemalangan.

tol percuma wce seksyen 11

Tarikh & Tempoh Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

TARIKH PEMBERIAN TOL PERCUMA AIDILFITRI 2025

  • Pemberian tol percuma bersempena Hari Raya Aidilfitri pada 28 dan 29 Mac 2025.
  • Bermula dari jam 12.01 tengah malam 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 29 Mac 2025 (Sabtu).
diskaun tol raya 2025

Cara Menikmati Tol Percuma

Sempena perjalanan pulang ke kampung pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan rangkaian Lebuhraya PLUS bagi kenderaan persendirian kelas 1 sahaja akan berpeluang menikmati tol percuma selama dua hari iaitu dari jam 12.01 tengah malam 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 29 Mac 2025 (Sabtu). sepertimana yang telah diumumkan baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pemberian tol percuma tidak ditawarkan di plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (di Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura – Linkedua) semasa ia dilaksanakan.

Ikuti infografik yang disertakan sebagai panduan bagaimana untuk menikmati tol percuma pada 2 hari tersebut oleh kelas kenderaan terbabit di rangkaian Lebuhraya PLUS. Pastikan untuk merancang perjalanan lancar dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan digital iaitu MyPLUS-TTA dengan memuat turun Aplikasi PLUS. Selamat bercuti dan berhati-hati memandu!

Pengaktifan Laluan Smart Lane Di 28 Lokasi Lebuhraya

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan 28 lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya PLUS sebagai salah satu inisiatif untuk menyuraikan trafik dan menambah kapasiti lorong di lebuh raya.

Sentiasa amalkan pemanduan berhemah ketika menggunakan lorong Smart Lane untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

Muat turun aplikasi PLUS atau layari pautan berikut untuk mengetahui lokasi, tarikh dan masa pengaktifan Smart Lane di Lebuhraya PLUS sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini https://shorturl.at/NP7U6

smart lane hari raya diskaun tol

Sila patuhi papan tanda trafik kami ketika berada di lokasi tersebut dan amalkan pemanduan berhemah seperti berikut:

  • Patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap menukar lorong.
  • Patuhi had laju dan memberi kerjasama demi menjamin keselamatan kenderaan-kenderaan lain.
  • Rancang penukaran lorong dengan berhati-hati apabila menghampiri penghujung laluan SMART LANE.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan tol percuma sempena Hari Raya Aildilfitri 2025 ini, sila hubungi Talian Hotline TMC LLM di nombor 1800-88-7752.

Selain itu pengguna boleh dapatkan info dari akaun Twitter @llmtrafik dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut