Biodata Diana Danielle – Kerjaya, Pencapaian & Fakta Menarik

DIANA DANIELLE
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Biodata Diana Danielle – Kerjaya, Pencapaian & Fakta Menarik

Diana Danielle adalah antara selebriti Malaysia yang sering menjadi perhatian, bukan sahaja kerana bakatnya dalam dunia seni, tetapi juga kehidupan peribadinya. 

Dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi membesar di Malaysia, beliau adalah pelakon, penyanyi, dan model yang berjaya.

Perkahwinannya dengan pelakon Farid Kamil serta kontroversi peribadi menjadikan Diana sering mendapat sorotan media.

Jom kenali sosok Diana Danielle dengan lebih rapat lagi melalui perkongsian di bawah. 

Siapakah Diana Danielle?

Diana Danielle atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson adalah seorang selebriti terkenal di Malaysia. 

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat, tetapi juga sebagai penyanyi dan model. Diana telah berjaya mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia sejak usia muda lagi. 

Diana Danielle
Sumber: Instagram @dianadanielleb

Diana Danielle dilahirkan pada 22 November 1991 di Houston, Texas, Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak kepada pasangan Danny Beeson dan Norsiah Ramli. Walaupun dilahirkan di luar negara, Diana dibesarkan di Penang, Malaysia.

Keanggunannya dan bakat lakonannya menjadikannya sebagai pilihan utama dalam pelbagai drama dan filem.

BACA JUGA:

Biodata Diana Danielle

Berikut adalah biodata ringkas Diana Danielle:

  • Nama Penuh: Diana Danielle Danny Beeson
  • Tarikh Lahir: 22 November 1991
  • Tempat Lahir: Houston, Texas, Amerika Syarikat
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, The National Institute of Dramatic Art di Sydney, Australia.
  • Kewarganegaraan: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model
  • Pasangan: Farid Kamil (berkahwin 2012, bercerai 2023, rujuk Ogos 2023)
  • Anak: Dua orang, Muhammad dan Nur Aurora
  • Instagram: @dianadanielleb

Kehidupan Peribadi

Diana Danielle
Sumber: Instagram @dianadanielleb

Diana Danielle berkahwin dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora. 

Sebelum berkahwin dengan Farid, Diana pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof pada tahun 2007 ketika beliau berusia 16 tahun. Namun, hubungan mereka berakhir pada tahun 2009 disebabkan isu perundangan dan kontroversi.

Pada tahun 2023, hubungan mereka diuji apabila Diana memfailkan perceraian, yang dilaporkan akibat perselisihan faham. Namun, dalam perkembangan yang mengejutkan, mereka rujuk kembali pada Ogos 2023 setelah beberapa bulan bercerai. 

Baru-baru ini, sekali lagi pasangan ini diterpa dengan isu penceraian setelah Diana Danielle disahkan memfailkan penceraian dan prosiding pun baru sahaja bermula.

Hubungan mereka sering menjadi topik hangat di media, dengan banyak spekulasi tentang konflik dan usaha mereka untuk memperbaiki perkahwinan. 

Sebagai seorang ibu kepada dua anak, Diana sering berkongsi momen keibuan di media sosialnya. Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, beliau memastikan keutamaan diberikan kepada keluarga. 

Perkembangan Kerjaya

Diana Danielle memulakan kerjayanya dalam industri hiburan pada usia yang sangat muda. Beliau ditemui oleh pelakon Norman Hakim ketika berusia 9 tahun.

Penampilan pertamanya dalam dunia lakonan adalah melalui filem Idola arahan Aziz M. Osman pada tahun 2002, di mana beliau memegang watak sokongan bernama Melissa. 

Diana Danielle
Sumber: Instagram @dianadanielleb

Namanya semakin  mula dikenali ramai selepas membintangi siri televisyen Air Mata Maria di TV3 pada tahun 2007. Ketika itu, beliau hanya berusia 14 tahun tetapi telah diberi peranan sebagai watak berusia 

20 tahun. 

Sepanjang kerjayanya, Diana telah membintangi pelbagai filem dan drama popular. Antara filem terkenal beliau termasuk:

  • Evolusi KL Drift (2008)
  • Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)
  • Hantu Gangster (2012)
  • Sembunyi: Amukan Azazil (2013)
  • Kami Histeria (2014)
  • Hanyut (2016)
  • Gol & Gincu Vol. 2 (2018)
  • Imaginur (2023)

Diana Danielle
Sumber: Instagram @dianadanielleb

Selain berlakon, Diana juga menceburi bidang nyanyian dan modeling. Beliau pernah merakamkan beberapa lagu dan menjadi model untuk pelbagai jenama terkenal di Malaysia. Kejelitaannya menjadikannya pilihan utama untuk banyak kempen iklan.

Sehingga 2024, Diana terus aktif dalam industri hiburan Malaysia. Beliau masih menjadi pilihan untuk membintangi pelbagai projek filem dan drama. 

Pencapaian

Diana Danielle telah mencapai pelbagai pengiktirafan dalam kerjaya seni beliau, terutamanya dalam bidang lakonan. Antara pencapaian dan anugerah yang paling menonjol adalah:

  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin untuk filem Hanyut pada tahun 2017
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 pada tahun 2018

Selain itu, Diana telah menerima pelbagai pencalonan bergengsi sepanjang kerjayanya, termasuk:

  • Pencalonan Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Sembunyi: Amukan Azazil (2014)
  • Pencalonan Pelakon Wanita Komedi Terbaik untuk Kami Histeria (2014)
  • Pencalonan Pelakon Wanita Terbaik Drama untuk Talak (2015)
  • Pencalonan Antagonis Pilihan untuk Raisha 2 (2019)
  • Pencalonan Pelakon Wanita Terbaik untuk Gol & Gincu Vol. 2 (2019)
  • Pencalonan Pelakon Wanita Terbaik untuk Imaginur di New York Asian Film Festival (2023)

Fakta Menarik Tentang Diana Danielle

Diana Danielle
Sumber: Instagram @dianadanielleb

1. Lahir di Luar Negara

Diana dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat pada 22 November 1991, namun dibesarkan sepenuhnya di Malaysia. Beliau anak kepada pasangan Danny Beeson (bapa warganegara Amerika) dan Norsiah Ramli (ibu berbangsa Melayu).

2. Permulaan Kerjaya Awal

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada usia yang sangat muda, iaitu 9 tahun, setelah ‘ditemui’ oleh pelakon Norman Hakim. 

3. Pendidikan Seni

Pada awal 2013, Diana melanjutkan pengajian dalam bidang seni halus di Institut Seni Dramatik Kebangsaan di Sydney, Australia.

4. Kerjaya Pelbagai Bakat

Diana bukan sekadar pelakon, malah turut aktif sebagai penyanyi, model, dan pengacara televisyen. Beliau mempunyai lebih 3.1 juta pengikut di Instagram.

5. Hubungan Peribadi

Beliau pernah mempunyai hubungan dengan pelakon Syamsul Yusof pada usia 16 tahun, sebelum berkahwin dengan Farid Kamil pada 2012. 

Penutup

Dengan bakat yang ada serta dedikasi yang tinggi terhadap kerjayanya, tidak hairanlah Diana Danielle terus relevan dan disayangi peminatnya sehingga kini. Masa depan pasti menjanjikan lebih banyak kejayaan buat Diana Danielle dalam industri hiburan Malaysia.

Rujukan: 

  1. Instagram @dianadanielleb
  2. The Star
  3. Wikipedia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut