Demam campak adalah ancaman yang biasa menyerang golongan kanak-kanak. Ia amat mudah berjangkit dan merbahaya jika tidak dikesan dan diberikan rawatan segera.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan demam campak dan rawatannya yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Apa itu demam campak?
Demam campak juga dikenali sebagai cacar air atau chicken pox yang biasa kita sebut.
Demam ini adalah jangkitan yang berlaku disebabkan oleh virus Varicella Zoster (famili herpesvirus) dan kerap menyerang golongan kanak-kanak.
Ia boleh merebak dalam beberapa cara seperti udara dan sentuhan. Melalui udara adalah apabila seseorang yang menghidap cacar air apabila mengalami batuk atau bersin.
Manakala melalui sentuhan adalah kerana partikel virus yang terdapat pada cecair yag keluar daripada ruam lepuh atau vesikel.
Punca demam campak
Kebiasaannya, golongan pada peringkat usia kanak-kanak, remaja dan awal dewasa lebih mudah mendapat cacar air daripada jangkitan tersebut. Puncanya adalah kerana:
- Demam campak disebabkan virus campak
- Melalui cecair pernafasan (batuk atauk bersin)
- Sentuh permukaan dicemari cecair pernafasan seperti alat permainan
Simptom demam campak
Kebanyakkan orang yang menghidap cacar air mempunyai simptom ringan tetapi cepat sembuh.
Antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula akan menunjukkan tanda dan gejala seperti:
- Demam tinggi
- Batuk, selesema dan sakit kepala
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
- Ruam merah kecil
Dua atau tiga hari kemudian akan mula timbul ruam-ruam, bermula pada bahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam ini akan kekal selama 4 hingga 7 hari. Ketika ruam timbul suhu badan biasanya sangat tinggi.
Beza kayap dan cacar air
Kayap (Shingles) | Cacar Air (Chicken Pox) |
---|---|
Jangkitan kedua apabila VZV aktif semula dalam pesakit demam campak | Jangkitan pertama oleh Varicella zoster virus (VZV) |
Orang dewasa yang berumur lebih dari 50 tahun jika jangkitan pertama (demam campak) telah berlaku. | Lebih 90% jangkitan berlaku sebelum mencecah umur remaja |
Mengakiti orang tua lebih dari umur 50 tahun | Menjangkiti kanak-kanak dan dewasa |
Rasa “semut-semut”, kebas pada tempat ruam, demam ringan, rasa letih, kemudian terbentuk lepuh sakit saraf | Bermula dengan demam ringan, hilang selera makan, sakit kepala, rasa letih, diikuti ruam yang gatal dan kemudian terbentuk lepuh |
Ruam adalah setempat, berdekatan dengan saraf (belakang badan, dada, muka) | Ruam kebiasaannya luas merangkumi dada, abdomen, muka, tangan dan kaki |
Virus boleh berjangkit melalui sentuhan rembesan, lepuh yang boleh mengakibatkan cacar air | Virus boleh berjangkit melalui sentuhan rembesan, lepuh seseorang yang sudah dijangkiti |
Cacar air boleh menyebabkan komplikasi?
Kebanyakkan individu yang dijangkiti cacar air akan sembuh dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, kadang kala boleh juga terjadi kompikasi yang serius terutamanya golongan yang menghidapi masalah kekurangan zat makanan dan imun yang rendah.
Antara komplikasinya adalah seperti:
- Jangkitan pada telinga
- Jangkitan pada paru-paru (pneumonia)
- Jangkitan pada otak (encephalitis)
- Cirit-birit
- Kematian
- Radang otak
Pencegahan yang boleh diambil
Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
Ibu bapa perlulah memainkan peranannya untuk memastikan anak mendapat imunisasi.
Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor.
Cara merawat demam campak
Umumnya, tiada rawatan khas bagi merawat demam campak. Namun anda boleh mengambil langkah awal dengan mengenal pasti demam ini melalui simptom dan gejala sebelum ia menjadi komplikasi yang teruk.
Bawa anak anda ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan dengan segera jika disyaki dijangkiti.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan demam campak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Demam Campak: Simptom, Punca Dan Cara Mengelakkannya. My Sihat
- Chickenpox (varicella) – Symptoms, Treatment, Vaccine. Healthdirect
- Cacar Air (Chicken Pox): Punca, Tanda, Simptom & Rawatan. Harian Post