DELIMa 2.0 KPM: Login Portal & Kata Laluan

delima 2.0
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL KPM, DIGITAL EDUCATIONAL LEARNING INITIATIVE MALAYSIA (DELIMa) VERSI 2.0

Seiring keperluan masa kini, DELIMa telah dipertingkatkan ciri-cirinya dengan menggabungkan tiga perkara penting iaitu pembelajaran peribadi, pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dan penggunaan analisis data.

@ecentral.my

Dah tahu cara claim voucher buku RM100 2024 di DELIMa? Sini tutorial ringkas untuk adik-adik ikut. #baucarbuku #baucarbukurm100 #baucarbukurm50 #bantuanpersekolahan #bantuansekolah

♬ Cena Engraçada e Inusitada – HarmonicoHCO

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang DELIMA 2.0 dan langkah-langkah mengakses akaun pengguna.

Apakah DELIMa 2.0?

Menyahut seruan Education 4.0, pendekatan global dalam sektor pendidikan untuk menyantuni kebangkitan Revolusi Perindustrian Keempat, KPM menerusi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) terus menerapkan unsur inovasi sebagai teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) nya.

Platform atas talian ini menggalakkan budaya inovatif, dari penghasilan bahan, cara mengajar dan belajar sehinggalah pengaplikasian ilmu untuk mencipta penyelesaian kepada pelbagai masalah, baik dihadapi guru mahupun murid.

DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru.

DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet. Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.

Ciri Baharu

DELIMa 2.0 yang ditambahbaik ini membawa paparan pengalaman (User Experience) baharu dan personalisasi (personalisation) kepada semua guru dan murid.

Ia kini turut dilengkapi dengan chatbot DELIMa yang akan membantu menjawab sebarang pertanyaan mengenai DELIMa 2.0.

Turut disertakan juga pautan untuk ke laman web rasmi berkaitan seperti e-Operasi, APDM, SPLKPM.

Cara Login DELIMa 2.0

Untuk log masuk, sila ikuti langkah berikut:

  1. Klik ke pautan https://d2.delima.edu.my
  2. Tandakan (/) pada kotak ‘Accept Terms & Conditions’
  3. Klik butang ‘Click Here To Login’
  4. Masukkan Username dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Navigasi Laman DELIMa 2.0

Sila rujuk Pengalaman Baharu (Guru) melalui lampiran di bawah:

  1. Gambar guru, nama guru, nama sekolah
  2. Ruang carian
  3. Ruang utama
  4. Pautan ke perkhidmatan dalam talian KPM
  5. Pilihan bahasa
  6. Sentimen diri
  7. Mode dark / light
  8. Ruang Pembangunan Profesional
  9. Ruang Pengajaran Saya
  10. Button pilihan ruang pengajaran
  11. Ruang Pengumuman
  12. Ruang aktiviti pengajaran (Google Classroom)
  13. Ruang pertanyaan (Chatbot)
delima 2.0

Sila rujuk Pengalaman Baharu (Murid) dalam lampiran di bawah:

  1. Gambar murid, Nama murid, Nama sekolah
  2. DIGITAL ME – Digital badges yang diperolehi oleh murid
  3. Ruang Carian
  4. Ruang Utama
  5. Pautan ke perkhidmatan dalam talian KPM
  6. Pilihan Bahasa
  7. Sentimen diri
  8. Mode dark / light
  9. Ruang Pengumuman
  10. Ruang Pembelajaran Saya
  11. Button pilihan ruang pembelajaran
  12. Ruang Tugasan (Gdrive)
  13. Ruang aktiviti pembelajaran (Google Classroom)
  14. Ruang pertanyaan (Chatbot)
delima 2.0

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut