Bagi mereka yang selalu membeli belah secara atas talian seperti Shopee, pasti anda akan perasan barangan anda akan ke DDR Sorting Centre sebelum barang anda dihantar ke rumah anda.
Namun tidka ramai yang mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pusat ini dan mengapakah setiap barang perlu ke pusat ini sebelum dihantar ke rumah penerima.
Jadi, untuk hal ini akan diterangkan apakah maksud pusat ini dan tindakan yang boleh anda lakukan setelah barang anda tiba di tempat tersebut.
Maksud Status ‘DDR Sorting Centre’
Pusat ini adalah nama yang disingkatkan daripada perkataan “Delivery Depot and Redistribution Sorting Centre.”
Pusat ini berperanan dalam menyusun semula dan mengagihkan barang-barang yang dihantar melalui syarikat perkhidmatan penghantaran seperti Pos Malaysia, Shopee Express, Courier Express, dan banyak lagi.
Pusat ini juga merupakan destinasi barang-barang ini disusun semula, dikumpulkan, dan dihantar ke pelabagai destinasi mengikut alamat penerima.
Fungsi DDR Sorting Centre
Setiap syarikat perkhidmatan penghantaran mempunyai pusat ini yang berfungsi:
- Pusat pengumpulan barang-barang untuk dihantar kepada penerima.
- Pusat penyimpanan sementara bagi barang-barang yang mungkin memerlukan tindakan tambahan
- Memastikan barang-barang tersebut sampai kepada penerima dengan cepat dan selamat.
Tindakan Ketika Barang Berada Di DDR Sorting Centre
Pelanggan boleh mengambil tindakan berikut apabila mengetahui barang mereka berada di pusat tersebut:
- Memantau Penghantaran: Penerima perlu memantau status penghantaran apabila barang mereka tiba di pusat tersebut menerusi laman web atau aplikasi yang disediakan oleh syarikat penghantaran berkenaan.
- Memastikan Alamat yang Jelas: Penerima perlu memastikan maklumat alamat penerima adalah jelas dan tepat bagi membantu proses penghantaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
- Memastikan Keselamatan Barang: Pengirim juga bertanggungjawab bagi memastikan barang mereka disiapkan dengan betul dan dilindungi dengan baik untuk mengelakkan kerosakan semasa penghantaran
- Pusat Pertanyaan: Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai penghantaran, pengirim atau penerima boleh menghubungi khidmat pelanggan syarikat pengangkutan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Apa Perlu Buat Jika Kurier ‘Stuck’?
Gunakan Tarikh Penghantaran Anggaran dari pesanan anda dalam halaman butiran pesanan atau halaman maklumat penghantaran dalam aplikasi Shopee untuk semak tempoh masa penghantaran.
Masa penghantaran boleh bertukar-tukar dari 1 hingga 25 hari bekerja, bergantung kepada syarat pesanan anda (tempatan atau luar negara), rakan logistik, dan tarikh pesanan anda diangkat oleh pihak logistik. Ini tidak termasuk cuti umum dan hari rehat rakan logistik.
Jangka masa Tarikh Penghantaran Anggaran
Jenis Penghantaran | Jangka Masa |
Penghantaran Standard (Dalam Malaysia) | 1 – 7 Hari |
Penghantaran Laut | Sehingga 25 Hari |
Penghantaran Udara | 7 – 20 Hari |
*Sila semak halaman pesanan untuk maklumat penghantaran yang lebih tepat.
Cara untuk semak Tarikh Penghantaran Anggaran di halaman butiran pesanan:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Pilih Untuk Diterima di bawah seksyen Pembelian Saya
Langkah 3: Pilih pesanan anda
Langkah 4: Lihat Tarikh Penghantaran Anggaran dalam bahagian status pesanan
Cara untuk semak Tarikh Penghantaran Anggaran di halaman maklumat penghantaran:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Pilih Untuk Diterima di bawah Pembelian Saya
Langkah 3: Tekan pada bahagian Status Penghantaran bagi pesanan anda.
Langkah 4: Lihat Tarikh Penghantaran Anggaran di halaman maklumat penghantaran.
⚠️ Nota:
Masa penghantaran mungkin akan berbeza semasa tempoh puncak seperti kempen-kempen Shopee dan keadaan yang tidak dijangka seperti banjir, kawalan sempadan, gangguan penghantaran di kawasan perang, dan sebagainya.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai penghantaran pesanan luar negara dan penjejakan pesanan luar negara.
Sumber: https://help.shopee.com.my/portal/4/article/147637?previousPage=other%20articles
Baca juga: Cara Daftar, Topup dan Withdraw ShopeePay