Daun Pisang Bukan Hanya Alas Makanan? Ini 7 Khasiat Sebenarnya

daun pisang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ramai orang ingat daun pisang hanya digunakan sebagai pembungkus atau alas makanan seperti nasi lemak atau kuih-muih tradisional lainnya.

Namun fakta kajian menunjukkan daun ini mengandungi banyak sumber nutrisi dan khasiat untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia khususnya yang berkaitan sistem pencernaan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun pisang dan kesan sampingannya.

Baca juga:

Apa itu daun pisang?

Pokok pisang memberi manfaat sepenuhnya kepada manusia seperti mana pokok kelapa.

Contoh yang paling mudah adalah daunnya itu sendiri. Daunnya fleksibel, kalis air, dan saiznya juga besar.

Ia biasanya digunakan untuk memasak, menghidangkan makanan, dan membungkus bahan makanan, terutamanya di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Menggunakan daun pisang untuk membungkus makanan memberikan rasa unik kepada makanan, selain ia adalah salah satu alternatif semulajadi dan mesra alam berbanding plastik.

Kandungan nutrisi dalam daun pisang

Daun pisang mengandungi fitonutrien dengan kandungan cecair kira-kira 60%. Berikut kami kongsikan kandungan nutrisi dalam daun ini:

NutrisiNilai % (Kering)
Karbohidrat5%
Serat 72%
Lignin 5 – 10%
Hemi-selulosa 6 – 19%
Pektin 3 – 5% 
Tannin 0.11% 
Selulosa 60 – 65% 
Selenium 24.9% 
Potasium 11.6% 
Kalsium 8.0% 
Magnesium 1.1% 
Fosforus 0.7% 

Khasiat daun pisang

Terdapat banyak khasiat daun pisang kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:

1. Melancarkan penghadaman

daun pisang

Makan makanan yang beralaskan daun pisang boleh memberi kesan positif kepada sistem penghadaman seseorang.

Kandungan polifenol yang terdapat pada daun ini mampu untuk merangsang pengeluaran enzim pencernaan, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien yang lebih baik.

2. Agen antiseptik semulajadi

Sesetengah daerah di negara India, masyarakatnya memakan daunnya secara mentah sebagai antiseptik semulajadi untuk memusnahkan bakteria berbahaya dalam badan.

Kesannya, mereka akan kurang berisiko mendapat jangkitan penyakit yang berasal dari bawaan makanan.

3. Melebatkan rambut

daun pisang

Bagi anda yang mempunyai masalah rambut seperti kelemumur, rambut nipis atau berminyak, daun ini boleh membantu mengembalikan rambut anda lebat, segar dan bersinar semula.

4. Mengekalkan kesihatan kulit

Bukan setakat itu sahaja, ekstrak daun ini juga banyak digunakan dalam produk-produk kesihatan kulit khususnya gel pelindung matahari.

Produk yang mengandungi bahan ini berupaya untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya.

Namun, adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan nasihat dari pakar dermatologi terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

5. Menurunkan berat badan

Mungkin ramai dari kita tidak tahu yang serat dan nutrien dalam daun ini boleh membantu anda menurunkan berat badan dalam beberapa cara.

Serat larut melambatkan penghadaman, mengurangkan selera makan dan pengambilan kalori dengan membentuk gel.

Manakala serat tidak larut yang tidak tercerna pula akan bergerak melalui saluran pencernaan sementara itu.

Kesannya ia akan mengurangkan pembaziran dan memanjangkan rasa kenyang.

Tingginya serat pada daun pisang juga boleh merendahkan tahap insulin yang sekaligus mengelakkan penyimpanan lemak.

6. Mengawal gula dalam darah

Satu kajian menunjukkan bahawa daun pisang mempunyai ciri antidiabetik yang menghalang paras gula dalam darah daripada meningkat.

Hal ini dipastikan dari ekstrak daun pisang yang diberikan kepada haiwan penghidap kencing manis menyebabkan pengeluaran insulin meningkat dan membawa kepada pengurangan paras gula dalam darah.

Komponen yang bertanggungjawab untuk mengawal paras gula dalam darah mungkin sebatian flavonoid yang dipanggil Rutin.

Rutin akan menunjukkan aktiviti berpotensi terhadap diabetes. Walau bagaimanapun, data ini tidak mencukupi kerana kajian tersebut dilakukan ke atas haiwan

7. Alternatif untuk pembalut luka

Masyarakat dahulu kala menggunakan daun ini sebagai pembalut luka, melecur dan melepuh.

Ia kerana permukaan daun tersebut agak lembut dan mampu untuk memberikan kesan penyejukan pada luka terbakar.

Daunnya juga boleh digunakan dengan minyak kelapa untuk menutup lepuh. Sifat antimikrob dan anti-radang daun pisang adalah sama dengan pembalut kasa jeli petroleum.

Justeru itu, tidak hairanlah ia boleh membantu merawat atau menyembuhkan luka dalam masa yang lebih singkat.

Sungguhpun begitu, lebih banyak kajian tentang manusia diperlukan untuk menyokong potensi penggunaan daun pisang untuk menyembuhkan luka. 

Kesan sampingan daun pisang

Daun pisang mempunyai kesan hipoglisemik (mengurangkan gula dalam darah).

Jika anda mempunyai paras gula dalam darah yang rendah atau jika anda sedang mengambil ubat untuk mengawal paras gula dalam darah, sebaiknya berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum memasukkan daun pisang ke dalam diet anda.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkerkenaan dengan khasiat daun pisang dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Sumber:

  1. Banana Leaf: Uses, Benefits, Side Effects By Dr. Smita Barode. Pharm Easy
  2. Reasons Why Eating Food On Bananas Leaves Is Good For Health. NDTV
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut