Cara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & Majikan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda sudah daftar akaun SOCSO atau PERKESO?

Sekiranya anda bekerja dalam sektor swasta atau bekerja sendiri, anda pastinya sudah banyak kali mendengar mengenai PERKESO atau dalam bahasa Inggerinys disebut sebagai SOSCO.

Apa itu PERKESO?

PERKESO merupakan ringkasan bagi Pertubuhan Keselamatan sosial dan ianya adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menyediakan pekerja dalam sektor swasta perlindungan keselamatan sosial.

Keperluan perlindungan sosial ini selari dengan kewajipan yang termaktub sikit Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.

Menurut laman web PERKESO sendiri, sehingga kini 7 juta orang pekerja sedang dilindungi dalam pelbagai skim perlindungan yang disediakan oleh pihak PERKESO

Peranan PERKESO/SOCSO

socso pekerja

PERKESO mempunyai beberapa tanggungjawab utama antaranya:

  1. Promosi kesedaran keselamat dan kesihatan pekerja
  2. Mengumpul sumbangan dari pekerja dan majikan
  3. Menguruskan pendaftaran pekerja dan majikan
  4. Menyediakan faedah pemmuliahan fizik dan vokasional
  5. Bayaran faedah kepada pekerja atau tanggungan mereka sekiranya berlaku kemalangan kepada mereka

PERKESO Untuk Kerja Sendiri

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih

Untuk maklumat cara caruman, rujuk laman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Rujuk : SPS Khidmat PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri

Cara Majikan Daftar PERKESO Pekerja

Seseorang pekerja mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak 30 dari tarikh mula diambil bekerja.

Majikan atau pekerja boleh mendaftar SOCSO atau PERKESO dengan mengisi Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) dan Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja).

Pendaftaran boleh dilakukan melalui:

  1. Kaunter PERKESO
  2. Melalui Indentiti Korporat Malaysia (My COID)

Proses Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Pekerja

Untuk daftar SOCSO pekerja, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang-borang yang disenaraikan dalam laman web PERKESO
  2. Lengkapkan kesemua borang yang telah dimuat turun.
  3. Sediakan salinan surat/dokumen yang diperlukan
  4. Dapatkan ID untuk memuat naik dokumen ke dalam sistem (Sistem ASSIST)
  5. Emel Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal ASSIST ke [email protected]
  6. Log masuk ke portal ASSIST menggunakan ID yang telah diemelkan kepada anda dan muat naik borang-borang pendaftaran serta dokumen sokongan 

Simpanan rekod pekerja

Setelah mendaftar SOCSO pekerja, setiap majikan juga bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara rekod daftar pekerja terutamanya yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:

  • Nama
  •  Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
  •  Pekerjaan
  •  Butiran Caruman
  •  Gaji Bulanan
  •  Elaun-elaun

Kesemua rekod ini hendaklah disimpan oleh majikan selama sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh akhir pekerja bekhidmat dengan majikan.

Maklumat Lanjut

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut