Cara Daftar, Topup dan Withdraw ShopeePay

Mungkin ramai dah tahu, sebagai salah sebuah laman e-dagang popular di Malaysia, Shopee tampil dengan eWallet mereka sendiri yang dikenali sebagai ShopeePay.

Ketika di awal pengenalannya dahulu, penggunaan eWallet ShopeePay ini terhad untuk pembelian dalam platform Shopee sahaja dimana pihak Shopee kerap memberikan baucar “Free Shipping” bagi pengguna yang membayar menggunakan eWallet mereka.

Kini, penggunaan ShopeePay sudah diperluaskan dimana eWallet ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai-kedai fizikal.

ShopeePay juga terlibat dengan kempen eWallet eBelia 2021 dan ePemula 2022, iaitu sebuah program yang menawarkan bantuan kredit serta voucher menarik untuk para belia di Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang eWallet ShopeePay dan cara-cara untuk anda menggunakannya dengan mudah.

shopeepay

Cara Aktifkan ShopeePay

Sebelum mengaktifkan ShopeePay, pastikan anda telah berdaftar sebagai pengguna Shopee sama ada melalui aplikasi atau laman web https://shopee.com.my/

  1. Buka aplikasi Shopee anda. Jika anda belum memuat turun aplikasi Shopee ke peranti atau gajet anda, sila berbuat demikian terlebih dahulu.
  2. Pada halaman depan Shopee, klik pada logo Shopee (berbentuk dompet) yang terletak di bawah kotak carian.
  3. Klik pada butang “Activate ShopeePay
  4. Untuk melengkapkan proses pengaktifan, anda perlu melengkapkan maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan
  5. Tandakan pada kotak persetujuan Terma dan Syarat
  6. Klik butang Next
  7. Kemudian, tetapkan PIN 6 digit anda untuk pengesahan sewaktu pembayaran.
    • Setiap kali membuat pembayaran dengan menggunakan ShopeePay, anda perl memasukkan PIN ini yang berfungsi sebagai langkah keselamatan sekiranya akaun Shopee anda digodam

Cara Upgrade Ke Akaun Premium ShopeePay

Setelah melengkapkan langkah-langkah di atas, akaun Basic ShopeePay anda telahpun diaktifkan.

Namun, anda boleh upgrade secara percuma ke akaun Premium yang memberikan lebih banyak kelebihan dan manfaat antaranya had transaksi yang lebih besar dan banyak lagi.

Untuk upgrade ke akaun Premium, anda pelu membuat verifikasi akaun dengan memuat naik gambar MyKad anda bahagian depan dan belakang.

Tempoh pengesahan ini hanya mengambil masa selama tempoh 24 jam dan setelah berjaya, akaun anda secara automatik akan dinaiktaraf ke akaun Premium.

Cara Topup Kredit / Tambah Nilai eDompet

Untuk menggunakan ShopeePay, anda terlebih dahulu perlulah memastikan akaun eWallet anda mempunyai kredit untuk digunakan.

Untuk topup kredit, anda boleh menggunakan kredit kad, debit kad, di 7 Eleven atau menggunakan kemudahan perbankan internet sahaja.

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Klik pada logo ShopeePay di muka utama Shopee (logo berbentuk dompet)
  3. Klik pada menu “Top Up”
  4. Ada boleh memilih jumlah top up seperti 5, 10, 20, 50, 100 dan 500 atau masukkan sahaja sebarang jumlah yang ingin ditambah ke akaun anda
  5. Lengkapkan proses top up dengan memilih cara pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit, online banking dan sebagainya.

Cara Keluarkan Duit Dari Akaun eWallet ShopeePay ke Akaun Bank Anda

Ini adalah fungsi terbaru daripada pihak Shopee yang membolehkan pemilik akaun memindahkan wang dari eWallet mereka ke mana-mana akaun bank anda untuk dikeluarkan sebagai wang tunai.

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Klik pada logo ShopeePay di muka utama Shopee (logo berbentuk dompet)
  3. Klik pada menu “Withdraw”
  4. Masukkan maklumat bank anda – Nama Bank, Nombor Akaun, Nama Penuh

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah untuk mendaftar, sila rujuk ke talian hotline Shopee:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!