Adakah anda seorang wanita dan berminat daftar sebagai pemandu Riding Pink?
Salah satu isu utama dalam perkhidmatan pandu seru atau e-hailing adalah isu keselamatan terutamanya bagi pengguna wanita yang berseorangan.
Terdapat penyedia e-hailing seperti AirAsia Ride yang menyediakan pilihan khas untuk pemandu wanita sahaja namun Riding Pink lebih unik kerana kesemua pemandunya adalah wanita sahaja.
Keunikan Riding Pink
Riding Pink adalah syarikat e-hailing dengan konsep seumpamanya yang pertama di Malaysia dimana dimana kesemua pemandunya adalah wanita dan platform ini dikhususkan untuk penumpang wanita.
Malah, RIding Pink juga menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi kanak-kanak di mana anda boleh menempah secara mingguan atau bulanan untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah atau untuk aktiviti lain seperti ke kelas tusyen, mengaji dan sebagainya.
Aplikasi Riding Pink
Sekiranya anda seorang wanita yang mahu menggunakan perkhidmatan pandu seru untuk ke mana-mana destinasi, anda boleh memuat turun dan memasang aplikasi Riding Pink di peranti mudah alih anda secara percuma.
Sila klik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi Riding Pink:
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk penggguna iOS
Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi ini melalui sumber yang sah sahaja bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah.
Syarat menjadi pemandu
Kesemua calon yang berminat untuk menjadi pemandu mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 21 hingga 69 tahun
- Mempunyai kenderaan 4 pintu yang berusia tidak lebih 10 tahun
- Lesen memandu kompetan
- Insurans kenderaan
- Telefon pintar dengan capaian internet yang pantas
Kelebihan sebagai pemandu
- Setiap pemandu akan menikmati 85% bayaran yang dibayar oleh penumpang
- Setiap pemandu berhak menolak atau menerima tempahan sekiranya tempahan dilakukan oleh penumpang yang mencurigakan
Cara daftar sebagai pemandu
Untuk memohon sebagai pemandu, anda perlu melakukan pendaftaran di laman Riding Pink di halaman https://ridingpink.com/driver/
Daftar akaun di laman tersebut, log masuk dan lengkapkan permohonan sebagai pemandu dengan menigisi segala maklumat yang diminta.
Selain itu, muat naik dokumen tambahan seperti yang diminta oleh pihak syarikat untuk membolehkan permohonan anda diproses.