Hari Raya Haji 2024 / Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

TARIKH HARI RAYA HAJI 2024 / CUTI SEKOLAH TAMBAHAN KPM SEMPENA HARI RAYA KORBAN / AIDILADHA DI MALAYSIA

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia selain Hari Raya Aidil Fitri.

Hari Raya Haji disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Tarikh 10 Zulhijjah ini juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

HARI RAYA HAJI KORBAN AIDILADHA

Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji 2024

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun 2024 (Isnin).

“Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di lebih 20 lokasi di seluruh negara.

Ini bertepatan dengan kalendar / Takwim Islam yang dikemaskini oleh JAKIM, di mana tarikh jangkaan Hari Raya Haji 2024 adalah pada 10 Zulhijjah 1445H, iaitu bersamaan dengan 17 Jun 2024 (Isnin).

Tarikh penting islam 2024
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2024

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah, jatuh pada Isnin 17 Jun 2024M bersamaan 10 Zulhijjah 1445H.

Nantikan pengumuman tarikh yang akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Hari Raya Haji

Sila rujuk: Kalendar Islam 2024 / 1445H & Tarikh Penting

Cuti Hari Raya Haji Setiap Negeri

Cuti Hari Raya Korban (hari pertama) adalah cuti kelepasan am bagi setiap negeri di Malaysia. Manakala bagi hari kedua Raya Korban ini, cuti kelepasan am di berikan kepada dua negeri sahaja iaitu:

  • Kedah
  • Perlis

Sila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dalam lampiran di bawah:

Tarikh penting islam 2024
Sumber : Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Cuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Aidiladha 2024

Tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hari Raya Aidiladha dijangka pada 17 Jun 2024 (Isnin).

Hari kelepasan am (cuti) bagi negeri-negeri ialah 1 hari sahaja kecuali bagi negeri Kelantan dan Terengganu 3 hari.

2 hari Hari Raya Aidiladha (10 dan 11 Zulhijjah) dan sehari sebelum Aidiladha iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah) juga merupakan hari kelepasan am (cuti) bagi kedua-dua negeri tersebut.

Untuk catatan, tiada cuti persekolahan tambahan sempena perayaan untuk Hari Raya Aidiladha melainkan seperti yang dinyatakan di atas sahaja.

Mengambil kita beberapa negeri yang bercuti sempena Hari Arafah dan Hari Kedua Hari Raya Aidil Adha, Cikgu Muhammad Fariez berkongsikan infografik ini untuk memudahkan ibu bapa. Tarikh cuti bagi sekolah-sekolah adalah seperti berikut :

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2024

pengumuman raya haji aidiladha
Sumber: Facebook Muhamad Fariez

Untuk maklumat tambahan berkenaan cuti sekolah ini, boleh lihat dalam kalendar akademik yang telah disediakan KPM di bawah:

Peristiwa Korban

Cuti Raya Haji / Aidil Adha ini juga digelar sebagai Hari Raya Korban di Malaysia.

Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.

Namun dengan izin Allah, sembelihan tersebut telah bertukar kepada seekor kibas.

Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun umat Islam akan menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Sumber: Inside The Haramain

Perbezaan Sambutan Hari Raya Aidil Adha Dengan Hari Raya Aidil Fitri Di Malaysia

Di Malaysia, Hari Raya Aidil Adha tidaklah semeriah Hari Raya Aidil Fitri kecuali di beberapa negeri seperti Kedah.

Berbeza dengan Solat Sunat Aidil Fitri, pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Adalah disunatkan makan selepas solat Sunat Aidil Adha supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.

Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.