Senarai Cuti Umum Negeri Sembilan 2025 & Cuti Sekolah
Bagi penduduk negeri Sembilan, berikut dikongsikan jadual Cuti Umum Negeri Sembilan 2025 dan Cuti Sekolah KPM 2025.
Jadual ini diharapkan dapat membantu penduduk Negeri Sembilan serta ibu bapa dan pelajar untuk merancang aktiviti dan perjalanan sepanjang tahun, 2025, dengan lebih baik.
Cuti Umum Di Negeri Sembilan 2025
Berikut adalah senarai cuti umum bagi Negeri Sembilan untuk tahun 2025. Tarikh ini termasuk cuti persekutuan dan cuti-cuti tambahan khas untuk Negeri Sembilan:
Bil | Kelepasan Am | Hari | Tarikh Masihi | Tarikh Hijrah |
---|---|---|---|---|
1 | Tahun Baru 2025 (N) | Rabu | 1 Januari 2025 | 1 Rejab 1446 |
2 | Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (N) | Selasa | 14 Januari 2025 | 14 Rejab 1446 |
3 | Israk dan Mikraj (N) | Isnin | 27 Januari 2025 | 27 Rejab 1446 |
4 | Tahun Baru Cina (P) | Rabu | 29 Januari 2025 | 29 Rejab 1446 |
5 | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Khamis | 30 Januari 2025 | 30 Rejab 1446 |
6 | Hari Thaipusam (N) | Selasa | 11 Februari 2025 | 12 Syaaban 1446 |
7 | Hari Raya Puasa (*) (P) | Isnin | 31 Mac 2025 | 1 Syawal 1446 |
8 | Hari Raya Puasa (Hari Kedua) | Selasa | 1 April 2025 | 2 Syawal 1446 |
9 | Hari Pekerja (P) | Khamis | 1 Mei 2025 | 3 Zulka’idah 1446 |
10 | Hari Wesak (P) | Selasa | 20 Mei 2025 | 23 Zulka’idah 1446 |
11 | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (P) | Isnin | 2 Jun 2025 | 5 Zulhijjah 1446 |
12 | Hari Raya Qurban (*) (P) | Sabtu | 7 Jun 2025 | 10 Zulhijjah 1446 |
13 | Awal Muharam (Maal Hijrah) (P) | Ahad | 6 Julai 2025 | 1 Muharram 1447 |
14 | Hari Kebangsaan (P) | Ahad | 31 Ogos 2025 | 7 Rabi’ulawal 1447 |
15 | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) (P) | Jumaat | 5 September 2025 | 12 Rabi’ulawal 1447 |
16 | Hari Malaysia (P) | Selasa | 16 September 2025 | 23 Rabi’ulawal 1447 |
17 | Hari Deepavali (*) (P) | Isnin | 20 Oktober 2025 | 27 Rabi’ulakhir 1447 |
18 | Hari Krismas (P) | Khamis | 25 Disember 2025 | 4 Rejab 1447 |
NOTA:
- (N) = Cuti Negeri
- (P) = Cuti Persekutuan
- (*) = Tertakluk kepada perubahan
- Jika cuti jatuh pada hari yang bersebelahan dengan cuti mingguan, hari tersebut tidak akan diganti.
- Jika hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2025
Menurut jadual seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, berikut adalah hari kelepasan am bagi persekutuan dan negeri untuk tahun 2025:
Takwim Sekolah KPM 2025
Untuk persekolahan pula, takwim persekolahan bagi tahun 2025 boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
Untuk cuti perayaan pula, berikut adalah cuti perayaan yang telah diisytiharkan oleh KPM:
NOTA:
- Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
Di harapkan perkongsian kalendar dan tarikh cuti ini dapat membantu anda membuat perancangan sebaiknya.
BACA JUGA: