Maulidur Rasul 2025 – Tarikh Cuti Umum Di Malaysia

Setiap tahun, 12 Rabiulawal merupakan cuti umum di semua negeri bersempena Maulidur Rasul. Bagi tahun 2025, Maulidur rasul di Malaysia jatuh pada 5 September 2025 (Jumaat) berdasarkan kalendar Islam JAKIM.

Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. 

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.

Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.

Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2025 Di Malaysia

CUTI MAULIDURRASUL 2025 jatuh pada tarikh berikut:

  • 5 September 2025 – Jumaat (12 Rabiulawal 1447H)

Untuk makluman, Maulidurrasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia.

Selain cuti Maulidurrasul, pada bulan 9 juga ada cuti am pada 15 & 16 September sempena hari Malaysia.

Anda boleh rujuk kalendar kuda bulan 9 di bawah untuk memudahkan anda membuat perancangan cuti pada tarikh tersebut.

Kalendar Kuda Bulan September 2025

September 2025 cuti maulidur rasul 2025

Hari Kelepasan Am Peringkat Persekutuan

Bagi memudahkan perancangan untuk bercuti, anda juga boleh merujuk kepada jadual di bawah ini yang memperincikan hari kelepasan am peringkat Persekutuan seperti berikut:

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2025 cuti maulidur rasul 2025

Sila rujuk kalendar penuh: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2025

Sumber: Sumber: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/

Dapatkan pelbagai barangan keperluan melalui Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan.

Tarikh Penting Kalendar Islam

Berikut adalah senarai tarikh penting Islam mengikut Kalendar Islam JAKIM 2025.

tarikh penting dalam islam cuti maulidur rasul 2025

Rujuk : Kalendar Islam 2025 / 1447H & Tarikh-tarikh Penting (JAKIM)

Hukum Sambutan Maulid Nabi

Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.

Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul

Shopee sediakan diskaun sehingga 25% untuk pembelian barang dapur melalui Shopee Foodie Mart.