TARIKH HARI ARAFAH 2025 & WAKTU WUKUF DI MALAYSIA
Hari Arafah adalah hari yang sangat istimewa buat umat Islam di seluruh dunia.
Di Malaysia, mulai tahun 2020, ia merupakan cuti umum bagi sebuah negeri sahaja di Malaysia iaitu negeri Terengganu. Mulai tahun 2022, Kelantan juga telah mengumumkan cuti umum sempena Hari Arafah.
Pengenalan
Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan ketika ini Kota Mekah sedang padat dengan bakal-bakal haji yang bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf.
Ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis.
Disebabkan peristiwa itu, mereka berdua memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun terpisah.
Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.
Di Malaysia, ramai yang mengambil kesempatan pada hari ini untuk berpuasa untuk merebut ganjaran puasa pada hari tersebut di mana fadilatnya dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Berpuasa pada Hari Arafah hukumnya sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji.
Ia juga adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan .
Tarikh Hari Arafah 2025 & Waktu Wukuf Di Malaysia
Tarikh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah 1446 H di Malaysia bagi tahun ini ditetapkan pada 6 Jun 2025 (Jumaat), manakala di Mekah pada 5 Jun 2025.
- Waktu SAUDI bermula pada 5 Jun 2025 : 12.22 pm – 7.04 pm (berakhir ketika terbit fajar pada 10 Zulhijjah).
- Waktu MALAYSIA bermula selepas Asar , 5 Jun 2025 : 5:22pm – 12:04am.
Sesetengah pendapat mengatakan waktu yang afdhal dan mustajab doa untuk munajat adalah satu masa yang bersamaan dengan masa wukuf.
Itulah waktu mustajab doa, kita doa banyak-banyak pada Allah dan tumpukan perhatian lebih pada waktu tersebut.
Bagi yang berada di Malaysia, puasa sehari sebelum iaitu pada 5 Jun 2025 (Khamis) adalah puasa hari TARWIYAH manakala puasa pada 6 Jun 2025 (Jumaat) dikira puasa ARAFAH.
Nota: Perbezaan masa Makkah dan Kuala Lumpur adalah 5 jam.
NOTA:
Tarikh permulaan 1 Zulhijjah 1447H di Malaysia pada tahun 2025 jatuh pada 29 Mei 2025 seperti yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
POLEMIK PENENTUAN HARI ARAFAH & WAKTU WUKUF YANG BERLAINAN DI NEGARA ARAB SAUDI DAN MALAYSIA
Soalan : Baru-baru ini viral satu posting berkenaan waktu doa mustajab Hari Arafah yang berlainan hari di Arab Saudi dan Malaysia.Persoalannya adakah tarikh puasa sunat hari Arafah mengikut tarikh wukuf di Arab Saudi atau mengikut tarikh di Malaysia. Mohon penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Jawapan : Polemik mengenai tarikh hari Arafah di media-media sosial, menyebabkan berlakunya kecelaruan dan kekeliruan dalam masyarakat. Perkara asas yang perlu difahami ialah penentuan awal bulan dalam takwim Hijri di Malaysia adalah menggunapakai kaedah rukyah dan hisab (hitungan falak) dengan merujuk kepada syarat kenampakan anak bulan yang disebut sebagai kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan) bagi penetapan 3 bulan utama (Ramadan, Syawal dan Zulhijjah), dan kaedah hisab sahaja utk 9 bulan-bulan lain adapun Arab Saudi mengamalkan kaedah umm al-qura bagi menentukan awal bulan-bulan Hijri. Kaedah ini mula digunakan dalam penyusunan takwim hijri di Malaysia sejak tahun 1995 lagi.
Bermula pada bulan Muharam 1443, Malaysia telah mengaplikasikan syarat kenampakan yang baharu iaitu, anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya berada pada kedudukan 3° tinggi daripada ufuk dan jarak lengkung antara bulan dan matahari ialah 6.4° ketika matahari terbenam hari ke 29 dalam setiap bulan Hijri. Syarat imkanur rukyah ini turut dipersetujui penggunaanya oleh negara-negara MABIMS seperti Indonesia, Brunei dan Singapura .
Walaupun MABIMS merujuk kepada kriteria imkanur rukyah yang sama, namun setiap negara mempunyai proses pensabitan kenampakan anak bulan yang tersendiri. Oleh itu, berkemungkinan akan berlakunya perbezaan dalam tarikh permulaan awal bulan tersebut. Dalam aspek fiqh, perkara ini tertakluk kepada matlak iaitu keluasan geografi dalam mensabitkan kenampakan anak bulan yang tertentu.
Justeru itu, di Malaysia penentuan tarikh awal bulan Zulhijah berdasarkan hasil cerapan dan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penentuan hari Arafah adalah mengikut perkiraan melihat anak bulan Zulhijah pada 9 hari bulan mengikut waktu dan tarikh tempatan walaupun berbeza tarikh wukuf di Arab Saudi. Hal ini kerana matla’ atau tempat terbit bulan dan matahari berbeza mengikut tempat masing-masing
Oleh itu, umat Islam di Malaysia hendaklah menunaikan puasa sunat hari Arafah mengikut perkiraan tarikh melihat anak bulan Zulhijah di Malaysia dan tidak mengikut tarikh wukuf di Arab Saudi. Di samping itu juga, umat Islam digalakkan untuk berpuasa hari tarwiyah sehari sebelum hari Arafah iaitu pada 8 Zulhijah.
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan satu artikel berkenaan isu ini di dalam IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI KE-61 : https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-haji-korban/5329-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban
Baca juga: Niat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya
Cuti Hari Wukuf / Arafah 2025
Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2025, Hari Arafah adalah cuti umum bagi negeri Terengganu dan Kelantan, di mana bagi tahun ini ia jatuh pada 6 Jun 2025.
NOTA: Kerajaan Kelantan telah menggazettekan Hari Wukuf di Malaysia adalah hari Kelepasan Am bagi Negeri Kelantan mulai tahun 2022.
Doa Hari Arafah 2025 @ Ketika Waktu Wukuf
Ayuh, save dalam kalendar tarikh Hari Arafah 2025 dan bacakan doa berikut:
1. Dianjurkan untuk memperbanyak doa pada hari Arafah. Antara waktu terbaik untuk berdoa kerana kemakbulan dan kemustajabannya yang lebih pasti, adalah pada hari Arafah. Dibolehkan juga untuk berdoa dengan apa sahaja doa, begitu juga membacakan doa orang lain yang telah ditulis sebagaimana difatwakan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’.
2. Imam Abu ‘Isa al-Tirmizi meriwayatkan di dalam al-Jami’ menerusi sanadnya daripada ‘Amr b. Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعاءِ دعاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ ما قُلْتُ أنا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي:
لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ
“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik (zikir) yang dilafazkan oleh aku dan para Nabi sebelumku ialah (Kalimah Tauhid):
“Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
3. Imam al-Nawawi turut mengajar adab-adab berdoa dan berzikir pada Hari Arafah, beliau menegaskan:
فيُستحبّ الإِكثارُ من الذكر والدعاء، ويَجتهدُ في ذلك، فهذا اليوم أفضلُ أيام السنة للدعاء، وهو مُعظم الحج، ومقصودُه والمعوّل عليه، فينبغي أن يستفرغَ الإِنسانُ وُسعَه في الذكر والدعاء، وفي قراءة القرآن، وأن يدعوَ بأنواع الأدعية، ويأتي بأنواع الأذكار، ويدعو لنفسه، ويذكر في كلّ مكان، ويدعو منفرداً ومع جماعة، ويدعو لنفسه، ووالديه، وأقاربه ومشايخه، وأصحابه، وأصدقائه، وأحبابه، وسائر مَن أحسن إليه، وجميع المسلمين، وليحذرْ كلَّ الحذرِ من التقصير في ذلك كله، فإن هذا اليوم لا يمكن تداركه، بخلاف غيره،
“Dianjurkan untuk memperbanyak amalan berzikir dan doa (pada hari Arafah ini), dan bersungguh-sungguh melaksanakannya. Hari ini merupakan hari terbaik dalam setahun untuk kita berdoa. Ia merupakan detik Haji yang paling utama, tujuan tertingginya serta perkara yang paling dipandang tinggi dan dilihat untuk penilaian. Maka hendaklah kita benar-benar melapangkan diri dan memenuhkan masa kita untuk zikir dan doa (pada hari ini), serta untuk membaca al-Quran, dan berdoa dengan pelbagai jenis doa, pelbagai jenis zikir. Seseorang boleh berdoa buat dirinya sendiri, dan berzikir di mana sahaja tempat dia berada, boleh juga berdoa sendirian atau berdoa beramai-ramai; hendaklah dia berdoa untuk dirinya, kedua ibu bapanya, keluarga dan para gurunya, para sahabat handai dan rakan-rakannya serta sekalian insan yang disayangi, serta seluruh orang yang pernah berjasa dengannya, juga sekalian umat Islam. Dan waspadalah daripada perbuatan kurang zikir dan doa (pada hari ini) kerana peluang tersebut tidak mungkin boleh digapai semula, berbeza dengan amalan-amalan yang lain.”
والسُّنّة أن يخفضَ صوتَه بالدعاء، ويكثر من الاستغفار والتلفّظ بالتوبة من جميع المخالفات، مع الاعتقاد بالقلب، ويلحّ في الدعاء، ويكرّره، ولا يستبطئ الإِجابة، ويفتح دعاءه ويختمه بالحمد لله تعالى والثناء عليه سبحانه وتعالى، والصلاة والتسليم على رسول الله صلى الله عليه وسلم، وليختمه بذلك، وليحرص على أن يكون مستقبلَ الكعبة وعلى طهارة.
“Yang sunnah adalah merendahkan suara ketika berdoa, memperbanyak istighfar, dan melafazkan kata-kata Taubat daripada sekalian dosa, disertai kesungguhan hati. Hendaklah merintih rayu dalam berdoa, sentiasa mengulang-ulang doa tersebut, dan janganlah mengharapkan kelewatan dalam kemustajaban (hendaklah meminta agar ia dikabulkan), memulakan doa dan mengakhirkannya dengan memuji Allah dan memuja-Nya, serta berselawat dan memberi salam ke atas Rasulullah SAW,, dan hendaklah mengakhirkan doa dengannya juga. Hendaklah sentiasa menjaga keadaan diri agar selalu menghadap ke arah Kaabah, dan sentiasa dalam keadaan bersuci (daripada segala hadas).”
DOA-DOA MA’THUR HARI ARAFAH 2025
4. Zikir dan doa ini boleh dilaksanakan bagi jemaah Haji yang berada di Arafah, begitu juga selain jemaah Haji di mana sahaja mereka berada, seperti tertera berikut:
Selepas melafazkan kalimah Tauhid di atas sebanyak 100 kali atau 1,000 kali; disunatkan menambah beberapa lafaz yang dinyatakan Imam ‘Abd al-Hamid al-Syirwani berkata dalam Hasyiah ‘ala al-Tuhfah:
.
وَزَادَ الْبَيْهَقِيُّ: اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا اللَّهُمَّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي مُغْنِي زَادَ الْأَسْنَى وَالنِّهَايَةُ اللَّهُمَّ لَك الْحَمْدُ كَاَلَّذِي تَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ اللَّهُمَّ لَك صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْك مَآبِي وَلَك تُرَاثِي اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ وَيَكُونُ كُلُّ دُعَاءٍ ثَلَاثًا وَيَفْتَتِحُهُ بِالتَّحْمِيدِ وَالتَّمْجِيدِ وَالتَّسْبِيحِ وَالصَّلَاةِ وَالسَّلَامِ عَلَى النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَيَخْتِمُهُ بِمِثْلِ ذَلِكَ مَعَ التَّأْمِينِ
“Imam al-Bayhaqi menambah (dengan riwayat):
.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا اللَّهُمَّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي مُغْنِي زَادَ الْأَسْنَى وَالنِّهَايَةُ اللَّهُمَّ لَكَ الحمدُ كالذي نقولُ، وخيراً مما نقولُ، اللَّهُمَّ لك صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيايَ وَمَمَاتِي، وإلَيْكَ مآلِي، وَلَكَ رَبِّ تُرَاثي ، اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ، وَشَتاتِ الأمْرِ، اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرّ ما تجئ بهِ الرّيحُ
“Doa: “Ya Allah, jadikan cahaya pada hatiku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku. Ya Allah, lapangkan dadaku, permudahkan urusanku.” Doa ini ada dalam kitab al-Mughni, manakala kitab al-Asna menambah dengan doa: “Ya Allah, bagi-Mu segala puja sepertimana kami selalu tuturkan, dan segala kebaikan daripada kata-kata baik yang kami lafazkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, manasikku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu tempat aku kembali, milik-Mu segala peninggalanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, waswas dalam dada, dan keberselerakan dalam urusan. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang datang melalui angin.”
5. Semua doa ini dibaca sebanyak 3 kali; dimulakan dengan tahmid dan memuji Allah serta tasbih dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dan diakhiri dengan lafaz amin.”
6. Selain itu, dianjurkan juga membaca doa: رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً , kemudian disambung dengan doa yang dicadangkan oleh Imam al-Syirwani berikut:
وَمِنْ أَدْعِيَتِهِ الْمُخْتَارَةِ {رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً} [البقرة: ٢٠١] الْآيَةَ اللَّهُمَّ إنِّي ظَلَمْت نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِك وَارْحَمْنِي إنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ اللَّهُمَّ اُنْقُلْنِي مِنْ ذُلِّ الْمَعْصِيَةِ إلَى عِزِّ الطَّاعَةِ وَاكْفِنِي بِحَلَالِك عَنْ حَرَامِك وَاغْنَنِي بِفَضْلِك عَمَّنْ سِوَاك وَنَوِّرْ قَلْبِي وَقَبْرِي وَأَعِذْنِي مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ وَاجْمَعْ لِي الْخَيْرَ كُلَّهُ اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُك الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى مُغْنِي وَكَذَا فِي الْأَسْنَى إلَّا قَوْلَهُ اللَّهُمَّ إنِّي إلَى اللَّهُمَّ اُنْقُلْنِي
“Antara doa-doa terpilih ialah: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia,..” QS al-Baqarah: 201:
اللَّهُمَّ إنِّي ظَلَمْت نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِك وَارْحَمْنِي إنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ اللَّهُمَّ اُنْقُلْنِي مِنْ ذُلِّ الْمَعْصِيَةِ إلَى عِزِّ الطَّاعَةِ وَاكْفِنِي بِحَلَالِك عَنْ حَرَامِك وَاغْنَنِي بِفَضْلِك عَمَّنْ سِوَاك وَنَوِّرْ قَلْبِي وَقَبْرِي وَأَعِذْنِي مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ وَاجْمَعْ لِي الْخَيْرَ كُلَّهُ اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُك الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
“Ya Allah, sesungguhnya aku menzalimi diri dengan dengan kezaliman yang terlalu banyak, dan tiada yang mengampunkan dosa-dosa kecuali hanya Engkau, maka ampunkan daku dengan keampunan di sisi-Mu, dan rahmatilah daku kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Ya Allah, pindahkan daku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan taat. Cukupkan rezeki halal buatku berbanding yang haram, dan kayakan daku dengan kurniaan dari-Mu berbanding yang selain-Mu, dan terangilah hatiku dengan sinar cahaya, begitu juga kuburku kelak. Lindungilah aku daripada segala jenis keburukan, dan himpunkan segala kebaikan buat diriku. Ya Allah, aku memohon dari-Mu segala petunjuk, ketakwaan, sifat maruah dan ketidakperluan kepada sesiapa selain-Mu.”
7. Tambahan doa ini termaktub dalam kitab al-Mughni, begitu juga dalam kitab al-Asna melainkan perkataan اللَّهُمَّ إِنِّي hingga اللَّهُمَّ اُنْقُلْنِي.”
8. Disunatkan untuk membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 100 kali kemudian berselawat ke atas Rasulullah SAW. Imam al-Syirwani menukilkan di dalam al-Hasyiah daripada nas Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya’rani di dalam kitab al-‘Uhud al-Muhammadiyah, beliau berkata:
رَوَى الْبَيْهَقِيُّ أَنَّ النَّبِيَّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – قَالَ «مَا مِنْ مُسْلِمٍ وَقَفَ عَشِيَّةَ عَرَفَةَ بِالْمَوْقِفِ فَيَسْتَقْبِلُ الْقِبْلَةَ بِوَجْهِهِ ثُمَّ يَقُولُ: لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ إلَى قَدِيرٍ مِائَةَ مَرَّةٍ ثُمَّ يَقْرَأُ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ ثُمَّ يَقُولُ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْت عَلَى إبْرَاهِيمَ وَآلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ مِائَةَ مَرَّةٍ إلَّا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يَا مَلَائِكَتِي مَا جَزَاءُ عَبْدِي هَذَا سَبَّحَنِي وَهَلَّلَنِي وَكَرَّمَنِي وَعَظَّمَنِي وَعَرَّفَنِي وَأَثْنَى عَلَيَّ وَصَلَّى عَلَى نَبِيِّي اشْهَدُوا يَا مَلَائِكَتِي أَنِّي قَدْ غَفَرْت لَهُ وَشَفَّعْته فِي نَفْسِهِ وَلَوْ سَأَلَنِي عَبْدِي هَذَا شَفَّعْته فِي أَهْلِ الْمَوْقِفِ» انْتَهَى
“Imam al-Bayhaqi meriwayatkan: bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa dalam kalangan Muslim yang berdiri pada hari Arafah di tempat berwukuf dalam keadaan menghadapkan wajahnya ke arah kiblat kemudian membaca: لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ sebanyak 100 kali, kemudian membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 100 kali. Kemudian membaca:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْت عَلَى إبْرَاهِيمَ وَآلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ مِائَةَ مَرَّةٍ
“Ya Allah, sampaikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad, sepertimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia; dan masukkan kami bersama mereka.” sebanyak 100 kali.
9. Melainkan, Allah SWT pasti akan berkata: “Wahai malaikat-Ku, apakah ganjaran buat hamba-Ku ini? Dia menyucikan-Ku, mentauhidkan-Ku, memuliakan-Ku, mengagungkan-Ku, mengiktiraf-Ku, memuji-Ku dan berselawat ke atas Nabi-Ku. Bersaksilah wahai sekalian malaikat-Ku, Aku telah mengampunkan mereka dan menjadikan dirinya boleh memberi syafaat. Jika dia meminta kepada-Ku, aku akan jadikan dia boleh memberi syafaat kepada seluruh orang yang berwukuf ini.
10. Disunatkan juga untuk membaca Surah al-Hasyr, Imam al-Ramli berkata:
وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُكْثِرَ مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْحَشْرِ
“Dianjurkan (pada hari Arafah) memperbanyakkan membaca Surah al-Hasyr.”
11. Hal ini kerana, Surah al-Hasyr sarat dengan unsur simbolik perhimpunan dan perkumpulan sekalian manusia kelak pada hari kiamat, dan ia bersamaan serta bersesuaian dengan tujuan perkumpulan jemaah Haji di padang Arafah.
12. Kemudian, disunatkan memohon keampunan diri, dan juga buat kaum Muslimin dan Muslimat keseluruhannya. Imam Ibn Hajar al-Haytami berkata:
وَيَسْتَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ لِمَا صَحَّ «اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْحَاجِّ وَلِمَنْ اسْتَغْفَرَ لَهُ الْحَاجُّ»
“Dan seterusnya memohon keampunan untuk mukminin dan mukminat berdasarkan hadis sahih bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah ampunkanlah sekalian jemaah Haji, dan sesiapa yang jemaah Haji mohon ampun bagi pihak mereka.”
13. Disunatkan membaca doa-doa ma’thur tambahan daripada Rasulullah, para Sahabat dan para Salafussoleh yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab musnadah seperti berikut.
14. Imam Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan dengan sanadnya; bahawa Amir al-Mu’minin ‘Ali b. Abi Talib RA turut pernah mengajarkan doa:
رَبِّ اللَّهُمَّ أَعْتِقْ رَقَبَتِي مِنَ النَّارِ, وَأَوْسِعْ لِي مِنَ الرِّزْقِ الْحَلَالِ, وَاصْرِفْ عَنِّي فَسَقَةَ الْجِنِّ, وَالْإِنْسِ
“Tuhanku, ya Allah, bebaskanlah daku daripada neraka. Luaskan rezeki yang halal bagiku, dan hindarkan daku daripada jin dan manusia yang jahat lagi fasik.”
15. Imam al-Tabarani meriwayatkan menerusi sanadnya bahawa: ‘Abdullah b. Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengajarkan zikir yang memustajabkan doa pada Hari Arafah:
سُبْحَانَ اللهِ الَّذِي فِي السَّمَاءِ عَرْشُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْأَرْضِ مَوْطِئُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْبَحْرِ سَبِيلُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي النَّارِ سُلْطَانُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْقُبُورِ قَضَاؤُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْجَنَّةِ رَحْمَتُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْهَوَاءِ رَوحُهُ سُبْحَانَ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاءَ سُبْحَانَ الَّذِي وَضَعَ الْأَرَضِينَ سُبْحَانَ الَّذِي لَا مَلْجَأَ مِنْهُ إِلَّا إِلَيْهِ
“Maha Suci Allah yang Arasy-Nya berada di langit, Maha Suci (Allah) yang penguasaan-Nya meliputi seluruh Bumi, Maha Suci (Allah) yang jalan-Nya merupakan lautan bah, Maha Suci (Allah) yang mana kekuasaan-Nya terzahir menguasai neraka, Maha Suci (Allah) yang mana di kuburlah ketetapan-Nya (atas sekalian hamba), Maha Suci (Allah) yang mana di syurgalah terjelma rahmat-Nya. Maha Suci (Allah) yang mana di udara berjalanlah nafas bantuan-Nya. Maha Suci (Allah) yang meninggikan langit, Maha Suci (Allah) yang membawahkan sekalian bumi, Maha Suci (Allah) yang mana tiada yang mampu menyelamatkan sesiapa dari (azab-Nya) kecuali hanya pergi (berlindung) kepada-Nya.”
16. Menerusi sanadnya juga: ‘Abdullah b. ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa di Arafah ketika Haji terakhir baginda:
اللهم إنك تسمع كلامي وترى مكاني وتعلم سري وعلانيتي لا يخفى عليك شيء من أمري أنا البائس الفقير المستغيث المستجير الوجل المشفق المقر المعترف بذنبي أسألك مسألة المسكين وأبتهل إليك ابتهال المذنب الذليل وأدعوك دعاء الخائف الضرير دعاء من خضعت لك رقبته وفاضت لك عيناه وذل لك جسده ورغم لك أنفه اللهم لا تجعلني بدعائك شقيا وكن بي رؤوفا رحيما يا خير المسؤولين ويا خير المعطين
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar kalamku, dan Engkau melihat keadaanku, dan Engkau tahu rahsiaku dan keadaanku tatkala sendiri. Tiada satu pun urusanku yang tersorok darimu. Akulah hamba-Mu yang hina dan fakir, yang meminta pertolongan-Mu tatkala sukar, yang memohon perlindungan-Mu, yang takut dan risau sentiasa, yang berdiri di depan-Mu, mengaku segala dosaku. Aku memohon kepada-Mu sebagai seorang yang miskin, aku menyeru-Mu dengan seruan seorang pendosa yang hina dina. Aku berdoa kepada-Mu dengan doa orang yang takut dan lemah, doa orang yang menundukkan leher kepada-Mu, menangis mataku dengan deraian air mata untuk-Mu, yang menghinakan jasadku buat-Mu, dan celakalah diriku seluruhnya. Ya Allah, jangan pernah Engkau mengecewakan daku dalam doaku ini, berlembutlah denganku, kasihanilah aku. Wahai yang paling terbaik untuk diminta, wahai pemberi yang terbaik dalam kalangan yang memberi.”
17. sanadnya juga daripada ‘Abdullah b. al-Harith RA meriwayatkan bahawa: ‘Abdullah b. ‘Umar berdoa pada hari Arafah dengan doa berikut:
أن ابن عمر كان يرفع صوته عشية عرفة يقول: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، اللهم اهدنا بالهدى وزينا بالتقوى واغفر لنا في الآخرة والأولى، ثم يخفض صوته ثم يقول: اللهم إني أسألك من فضلك وعطائك رزقا طيبا مباركا اللهم أنت أمرت بالدعاء وقضيت على نفسك بالإجابة، رب وأنت لا يخلف وعدك ولا يكذب عهدك اللهم ما أحببت من خير فحببه إلينا ويسره لنا، وما كرهت من شر فكرهه إلينا وجنبناه، ولا تنزع منا الإسلام بعد إذ أعطيته لنا يا أرحم الراحمين.
.
“Ibn ‘Umar meninggikan suaranya pada pagi hari Arafah, membaca: “Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” Ya Allah, berilah hidayah kepada kami dengan petunjuk, hiasilah kami dengan takwa, dan ampunkanlah kami di dunia dan di akhirat kelak.” Kemudian beliau merendahkan suara beliau seraya berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kurniaan dan pemberian-Mu, (aku mohon) rezeki yang baik dan diberkati. Ya Allah, Engkau mengarahkan (kami) untuk berdoa, dan Engkau tetapkan bahawa Diri-Mu akan memakbulkannya. Tuhanku, Engkau tidak pernah menyelisihi janji-janji-Mu, Engkau tidak pernah mendustai sebarang ikatan. Ya Allah, segala kebaikan yang Engkau suka, maka jadikanlah kami turut sukakannya dan permudahkanlah kami untuknya. Dan setiap apa yang Engkau benci, maka jadikanlah kami turut membencinya juga, dan hindarkan kami daripadanya. Janganlah Engkau mencabut nikmat Islam daripada kami setelah Engkau memberikannya kepada kami. Wahai yang Maha Pengasih antara sekalian yang mengasihi.”
Sumber: Laman Web Rasmi Mufti Pahang
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam dan Hari Arafah 2025, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.
- JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya. - [email protected]
- +03 8870 7000
- +03 8870 7003