Cuti Tanpa Gaji (CTG): Syarat dan Prosedur Permohonan

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terdapat pelbagai jenis cuti yang diberikan kepada penjawat awam antaranya Cuti Tanpa Rekod (CTR), Cuti Tanpa Gaji (CTG), Cuti Separuh Gaji (CSG), Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji dan Tanpa Gaji), Cuti Rehat dan lain-lain lagi di mana setiap satunya mempunyai syarat masing-masing.

Bagi penjawat awam, anda mungkin pernah dengar istilah-istilah ini memandangkan ini merupakan antara kemudahan yang diberikan oleh pihak JPA atau Kerajaan Negeri (bagi yang bekerja dengan kerajaan Negeri)

Cuti Tanpa Gaji

jenis cuti penjawat awam

Biasanya cuti tanpa gaji (CTG) diambil oleh seorang penjawat awam yang mempunyai urusan persendirian yang mustahak yang tidak menyalahi peraturan dan tatatertib pegawai perkhidmatan awam.

CTG biasanya diambil setelah individu tersebut menghabiskan Cuti Rehat tahunan dan mematuhi syarat-syarat tertentu, antaranya tempoh perkhidmatan.

CTG yang dipohon oleh seseoran individu perlulah mendapat kelulusan Ketua Jabatan.

Artikel menarik: ePromise: Sistem Tandatangan Digital Dokumen Perjanjian JPA

Contoh Cuti Tanpa Gaji

Berikut merupakan antara contoh sebab atau kes yang menyebabkan seseorang pekerja itu mengambil CTG:

  • Mengikut pasangan yang bertugas di luar negara
  • Menjaga anak yang dilahirkan
  • MMenjaga anak sakit yang memerlukan penjagaan rapi
  • Menjaga anak OKU
  • Pasangan yang sakit dan memerlukan bantuan penjagaan
  • Berkursus
  • Sakit berlanjutan seperti barah atau kanser

Syarat permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh seseorang pemohon bagi membolehken permohonan mereka dipertimbangkan oleh Ketua Jbatan masing-masing:

  1. Syarat minimum layak memohon CTG di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan;
  2. Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil CTG;
  3. Baki CTG yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan;
  4. CTG hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan
  5. Kadar CTG adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.

Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan (Tanpa Gaji), Cuti Bersalin Tanpa Gaji dan Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji) tidak menjejaskan peruntukkan kadar kelayakan CTG di bawah Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CTG hanya diperuntukkan atas sebab urusan persendirian yang mustahak.

Syarat-syarat di atas adalah syarat Jabatan Perkhidmatan Awam bagi penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan sahaja.

Bagi individu yang bekerja dengan kerajaan Negeri, sila rujuk dengan Ketua Jabatan masing-masing mengenai syarat permohonna CTG ini.

Cara Memohon

Permohonan untuk CTG perlulah dibuat kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk dipertimbangkan.

Permohonan perlulah dihantar 2 bulan sebelum mula CTG.

Berikut merupakan contoh borang permohonan CTG. Sila rujuk dengan Jabatan masing-masing sekiranya terdapat borang yang lebih baruuntuk digunakan.

Pastinya anda turut melampirkan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan dalam senarai semak di atas.

Borang permohonan di atas adalah untuk digunakan oleh penjawat awam dibawah kerajaan Persekutuan yang diuruskakn oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bagi penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan Negeri, borang yang digunakan adalah berlainan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di pautan berikut: https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!