Tarikh Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2022/2023 (Feb-Mac 2023)

Dalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh cuti sekolah akhir tahun iaitu cuti Penggal 3 (Disember) dan Cuti Akhir Persekolahan (Feb-Mac) serta Takwim KPM yang turut menyertakan cuti perayaan tahun 2022 seperti Hari Krismas, Tahun Baru 2023 serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi 2023 / 2024.

Anda juga boleh rujuk kalendar cuti umum Persekutuan / Negeri serta cuti penggal persekolahan yang dilampirkan dalam artikel ini bagi memudahkan perancangan cuti akhir tahun anda nanti.

Cuti Akhir Sesi Persekolahan 2022 / 2023 (KPM)

Seperti yang kita sedia maklum, susulan pandemik, KPM telah menunda tarikh persekolahan sesi 2021 / 2022 ke penggal 3. Oleh itu, terdapat sedikit perubahan pada takwim persekolahan yang biasanya bermula pada awal tahun.

Cuti akhir tahun juga telah dianjak kepada bulan Februari – Mac.

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk anda save siap-siap dalam kalendar anda:

KUMPULAN A

  • Cuti Penggal 3 : 9 Disember 2022 – 31 Disember 2022
  • Mula sekolah selepas Cuti Penggal 3 : 3 Januari 2023
  • Cuti Akhir Persekolahan : 17 Februari 2023 – 18 Mac 2023

*Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

KUMPULAN B

  • Cuti Penggal 3 : 10 Disember 2022 – 31 Disember 2022
  • Mula sekolah selepas Cuti Penggal 3 : 3 Januari 2023
  • Cuti Akhir Persekolahan : 18 Februari 2023 – 19 Mac 2023

*Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Berikut dikongsikan lampiran takwim persekolahan bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2022/2023 yang diumumkan oleh KPM.

penggal 3 takwim sekolah kpm

NOTA:

Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

NOTA:

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Tarikh Mula Persekolahan Sesi 2023 / 2024

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan Sesi 2023 / 2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan 2023 / 2024 akan bermula mulai pada 20 Mac 2023.

KPM mengumumkan tambahan satu minggu cuti bagi Kalendar Akademik Penggal 3 dan Takwim Persekolahan 2022 / 2023 yang telah dikeluarkan sebelum ini.

NOTA:

Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

NOTA:

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Di bawah turut dilampirkan Kalendar Akademik Sesi 2023 / 2024 bagi negeri-negeri Kumoulan A dan Kumpulan B.

Kongsikan-kongsikan ya!

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/takwim

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: