Cuti Sekolah 2025 : Tarikh Cuti Penggal & Cuti Akhir Tahun KPM

cuti sekolah 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim cuti sekolah 2025 / 2026.

Takwim ini turut mengandungi Cuti Akhir Tahun Persekolahan Sesi 2025 / 2026, cuti perayaan, cuti penggal, cuti akhir tahun serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi baharu 2025 / 2026.

Cuti Sekolah 2025 / 2026 ini perlu diberi perhatian oleh bukan sahja murid, tetapi juga ibu bapa dan guru bagi memudahkan urusan perancangan pembelajaran murid-murid di sekolah dan perancangan untuk cuti panjang.

Tarikh Buka Sekolah Sesi Akademik 2025 / 2026

Untuk makluman, sesi persekolahan bagi sesi akademik 2025 / 2026 akan bermula pada tarikh berikut:

  • Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 16 Februari 2025
  • Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 17 Februari 2025

Artikel berkaitan: Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2025/2026 & Kalendar Akademik

Takwim Persekolahan & Tarikh Cuti Penggal Sesi Persekolahan 2025 / 2026

Kumpulan A

Kumpulan A merujuk kepada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).

Takwim Persekolahan
  • Tarikh permulaan sesi sekolah: 16 Feb 2025
  • Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025
  • Cuti Penggal 2: 12 Sept – 20 Sept 2025
  • Cuti akhir persekolahan sesi 2025 / 2026: 19 Dis 2025 – 10 Jan 2026

Kumpulan B

Kumpulan B  merujuk kepada sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tarikh Cuti Penggal
  • Tarikh permulaan sesi sekolah: 17 Feb 2025
  • Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025
  • Cuti Penggal 2: 13 Sept – 21 Sept 2025
  • Cuti akhir persekolahan sesi 2025 / 2026: 20 Dis 2025 – 11 Jan 2026

Artikel berkaitan: Kalendar 2025: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah

Cuti perayaan sesi 2025 / 2026

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2025 / 2026 yang diumumkan oleh KPM:

Cuti perayaan sesi 2025 / 2026
  • Perayaan Tahun Baru Cina 2025 – 29 dan 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026)
  • Pesta Keamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 dan 31 Mei (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 dan 2 Jun 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
  • Perayaan Hari Krismas – 25 Disember 2025 (Dalam Cuti AKhir Persekolahan Sesi 2025/2026)

Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Peringkat Persekutuan

Bagi memudahkan perancangan untuk bercuti, anda juga boleh merujuk kepada jadual di bawah ini yang memperincikan hari kelepasan am peringkat Persekutuan seperti berikut:

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2025

Hari Kelepasan Am Peringkat Negeri

Bagi memudahkan perancangan untuk bercuti, anda juga boleh merujuk kepada jadual di bawah ini yang memperincikan hari kelepasan am peringkat Negeri seperti berikut:

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2025
JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI

Rumusan untuk hari kelepasan am peringkat persekutuan dan negeri boleh dilihat daripada fail PDF di bawah:

Malumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut