Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Sakit & Kuarantin

cuti kuarantin penambahbaikan menjaga anak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENAMBAHBAIKAN CUTI SAKIT / KUARANTIN UNTUK JAGA ANAK YANG DIJANGKITI PENYAKIT BERJANGKIT

Kakitangan kerajaan yang mempunyai anak dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19 layak mendapat cuti menerusi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, berkuat kuasa 4 Mac 2022 lalu.

Melalui kemudahan ini, sekiranya anak anda perlu dikuarantin bagi penyakit berjangkit (seperti Covid-19, HFMD, Chicken Pox, dll), anda boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari).

Apa perbezaannya dengan pekeliling sebelum ini?

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah pindaan daripada Kemudahan Cuti Kuarantin yang dilaksanakan sejak 1 Januari 2017.

Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, kini terdapat tambahan “lain-lain penyakit berjangkit” yang memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemudahan ini.

Apakah Penambahbaikan Cuti Kuarantin Menjaga Anak?

Dalam satu surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah kepada semua ketua jabatan memaklumkan, menerusi pindaan itu pegawai kerajaan boleh mendapatkan cuti maksimum selama 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta ; atau mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Bagi pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas atau cuti lain yang berkelayakan.

Sumber: Public Health Malaysia

Selain itu apabila keadaan pegawai itu mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR).

Sila rujuk Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12(8): Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin, bertarikh 4 Mac 2022 di bawah:

kemudahan cuti kuarantin menjaga anak covid 19
cuti kuarantin menjaga anak covid 19
CUTI KUARANTIN JAGA ANAK

Kelayakan

Pegawai yang layak Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah.

Syarat anak yang dikuarantin adalah:

  • berumur bawah 18 tahun atau jika masih belajar bawah 21 tahun; dan
  • tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

Baca juga: Tak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin

Pelaksanaan

Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan Di Bawah Penjagaan Sementara

Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang dinyatakan di perenggan 8 (a) hingga (e) di atas semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk suatu tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, jika anak itu perlu
dikuarantin semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai boleh diberikan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Surat Edaran.

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

  • pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
  • senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah seperti di Lampiran SR.5.4.4(A), dengan penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta; dan
  • permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan beserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan seperti di Lampiran SR.5.4.4(B).

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT (Lampiran SR.5.4.4(A))

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HFMDI))
  2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
  3. Campak (Measles)
  4. Chickenpox
  5. Difteria
  6. Malaria
  7. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta (Contoh: Influenza A / B)

Soalan Lazim Cuti Menjaga Anak Kuarantin

Bilakah pemakaian peraturan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan ini berkuat kuasa?

Pemakaian peraturan ini berkuat kuasa mulai 4 Mac 2022.

Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta?

Bermaksud perakuan secara bertulis untuk dikuarantin atau diasingkan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta di atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti yang disenaraikan di MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang
Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan) sahaja dan bukannya atas nama pegawai.

Apakah jenis penyakit berjangkit yang boleh menggunakan kemudahan cuti ini?

Jenis penyakit berjangkit adalah sepertimana tersenarai di MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) iaitu enam (6) jenis penyakit berjangkit dan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
atau swasta.

Sekiranya anak pegawai menghidap penyakit berjangkit tetapi tidak diperaku untuk dikuarantin atau diasingkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta, adakah pegawai layak menggunakan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan
tersebut?

Tidak Layak.
Pegawai hanya layak menggunakan Cuti Menjaga Anak Yang
Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan sekiranya anak pegawai yang dijangkiti penyakit berjangkit tersebut mendapat perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin atau diasingkan.

Berapa lama tempoh yang diberikan bagi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan?

Terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Bolehkah Ketua Jabatan mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada pegawai yang berupaya melaksanakan tugasan di rumah walaupun anak pegawai diperaku oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin
atau diasingkan?

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan BDR sepertimana peruntukan di bawah MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 : Dasar Bekerja dari Rumah.

Anak pegawai disahkan positif COVID-19 dan mendapat perakuan untuk dikuarantin atau diasingkan, adakah pegawai boleh menggunakan Cuti Menjaga Anak Yang
Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan?

Sekiranya anak pegawai disahkan positif COVID-19 dan mendapat perakuan untuk dikuarantin atau diasingkan:
(i) pegawai yang merupakan kontak rapat boleh menggunakan kemudahan ini sekiranya situasi anak yang dijangkiti COVID-19 memerlukan penjagaan dan pemerhatian rapi, pemantauan kesihatan yang ketat dan penyediaan makan minum; atau
(ii) Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar BDR) apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah.

Nyatakan keadaan yang tidak melayakkan pegawai mendapat kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan.

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:
(i) pegawai yang anaknya tidak dijangkiti penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/ sekolah yang disahkan mendapat penyakit berjangkit; dan
(ii) pegawai yang anaknya sihat tetapi taska/ sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin dalam mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit.
(iii) pegawai yang menjadi kontak rapat kepada anak yang positif COVID-19 dan menerima Perintah Pengawasan dan
Pemerhatian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit {Akta 342}.

Maklumat Lanjut

Maklumat perhubungan berkaitan perkara ini boleh diajukan ke talian 03-8885 5609/ 03-8885 5689 atau e-mel ke
[email protected].

Surat Edaran Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin

Muat Turun :

1. Surat Edaran :JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.12(8)

2. Ceraian SR.5.4.4 (Kemudahan Cuti Kuarantin)

3. Soalan Lazim

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut