Cuti Kecemasan Penjawat Awam: Prosedur dan Pekeliling

Selain cuti tahunan (annual leave) dan cuti sakit (MC) penjawat awam juga diberi kebenaran untuk Cuti Kecemasan.

Sama seperti cuti sakit, individu yang ingin mengambil cuti kecemasan tidak perlu membuat permohonan lebih awal memandangkan ianya diambil kerana hal-hal kecemasa seperti kematian dan hal-hal lain yang dianggap sebagai kecemasan sehingga memerlukan seseorang individu itu tidak menghadirkan diri ke tempat kerja.

Asasnya, seperti nama yang dicadangkan Emergency Leave ini hanya boleh diguna pakai apabila berlaku kecemasan yang tidak dapat dielakkan sahaja dan ini bermakna pekerja tidak boleh memohonnya sesuka hati.

Bagi penjawat awam, terdapat beberapa pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan hal ini.

Kematian ahli keluarga terdekat

Berikut merupakan informasi mengenai cuti kecemasan Penjawat Awam disebabkan oleh hal kematian ahli keluarga terdekat:

Pekeliling: JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2)

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dengan penambahbaikan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat kepada pegawai Perkhidmatan Awam.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam selama tiga (3) hari untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat yang dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002 (PP Bil. 10/2002).

‘Ahli keluarga terdekat’ bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat1 , bapa kandung atau bapa angkat2 , ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara

Prosedur permohonan cuti

Permohonan Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan Borang Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat seperti di Lampiran A berserta salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat apabila pegawai kembali bertugas dan hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

Artikel berkaitan: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM

Cuti disebabkan hal-hal kecemasan

Berikut merupakan informasi mengenai cuti kecemasan Penjawat Awam disebabkan oleh hal-hal kecemasan:

Pekeliling: JPA/ 43/28(72)

Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menetapkan peraturan bagi memberikan kebenaran kepada pegawai-pegawai tidak hadir bekerja di atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.

Ketua-ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak dapat hadir bekerja.

Prosedur permohonan cuti

Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am itu hendaklah mengemukakan satu perakuan seperti di Lampiran ‘A’ sebaik sahaja pegawai itu bertugas semula dan Ketua Jabatan hendaklah berpuas hati dan mengesahkan bahawa kecemasan am telah berlaku yang menyebabkan pegawai itu tidak dapat hadir bertugas.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!