Cukai Tanah Perak: Semakan dan Cara Bayar

Bagi pemilik tanah atau kediaman di Perak, anda seharusnya sudah maklum akan kewajipan anda menunaikan Cukai Tanah anda setiap tahun.

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik kediaman untuk membuat bayaran cukai tanah tanpa menunggu bil makluman cukai tanah.

Apa itu Cukai Tanah?

Cukai tanah juga ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :

  • apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa
  • apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  • apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Cukai Tanah vs Cukai Pintu

Ramai juga yang terkeliru antara Cukai Tanah dan Cukai Pintu – adakah kedua-duanya sama?

Cukai Tanah – Cukai yang dikenakan ke atas pemilik tanah sebagai balasan kepada Pihak Berkuasa Negeri yang telah memberi milik tanah kerajaan kepadanya.

Cukai Pintu – Cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar yang terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan seperti rumah, rumah kedai, hotel dan sebagainya. Cukai Pintu perlu dibayar 2 kal setahun.

Artikel berkaitan: Semakan Cukai Tanah Setiap Negeri & Cara Bayaran Online

Semakan dan Bayaran Cukai Tanah Perak

semakan cukai tanah perak

Mulai tahun 2024, kerajaan negeri Perak tidak lagi mengeluarkan bil cukai tanah secara fizikal kerana urusan berkaitan tanah akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.

Bil cukai tanah boleh disemak melalui portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dengan terus mendaftar sebagai pengguna portal awam e-Tanah.

Melalui portal ini, pengguna boleh menikmati kemudahan seperti berikut;

  • e-Carian – Permohonan Carian Persendirian Hakmilik Tanah dan Strata secara atas talian
  • e-Semakan – Semakan status permohonan secara atas talian
  • e-Bayaran – Semakan cukai tanah dan pembayaran secara atas talian
  • e-Consent – Permohonan Consent secara atas talian
  • Permohonan Strata dan Lelong secara atas talian

Perkhidmatan bayaran secara online boleh dilakukan melalui kaedah Debit Terus (FPX) atau melalui kad kredit VISA / Master Card (untuk Carian Persendirian dan Pembayaran Cukai Tanah sahaja).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!