Selamat Hari Bapa – Contoh Ucapan Kreatif & Menyentuh Hati
Bagi mengenang jasa dan pengorbanan bapa, rata-rata pasti ramai yang mengambil peluang untuk menyambut Hari Bapa pada setiap tahun.
Ketika zaman teknologi di hujung jari ini, kita dapat sampaikan ucapan menerusi pelbagai platform media sosial sama ada Facebook, Instagram, Whatsapp mahupun Telegram kepada bapa walaupun berjauhan.
Baca Juga : Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri Yang Kreatif & Menarik
Tarikh Sambutan
Hari Bapa atau Father’s Day di Malaysia disambut pada minggu ketiga bulan Jun.
Bagi tahun 2023 ini, ia bakal disambut pada 18 Jun 2023 (Ahad).
Jom kita tengok beberapa contoh ucapan Hari Bapa yang istimewa khas buat ayah tercinta sempena sambutan Hari Bapa yang bakal menjelma tak lama lagi!
Contoh Ucapan Hari Bapa Yang Istimewa Khas Buat Ayahanda Tersayang
CONTOH 1
Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah
CONTOH 2
Kasihnya Ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Selamat Hari Bapa buat ayahanda tercinta.
CONTOH 3
Ayah! Biarpun diri ayah telah tiada, namun pengorbanan dan perjuanganmu tetap anak-anakmu kenang. Ayah tidak pernah mengeluh, malah sentiasa tabah dan tenang. Terima kasih Ayah.
CONTOH 4
Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.
CONTOH 5
Terima Kasih Ayah. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
CONTOH 6
Ayah, Tiada ucapan melainkan titipan doa buat ayah. Ayah pergi membawa separuh dari jiwa kami, kami semua rindu belaian dari seorang ayah. Selamat hari bapa buat ayah. Moga di sana nanti kerinduan ini akan temu penamatnya. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
Koleksi Ucapan Hari Bapa Bagi Yang Sudah Tiada
CONTOH 7
Ayah, walau ragamu tak lagi di sisi, walau kita tidak lagi berpijak pada bumi yang sama, dan walau kini kita telah berbeda dimensi, aku percaya di suatu tempat sana doa dan harapan tulus kami akan selalu sampai padamu melalui tuhan. Selamat Hari Bapa. Moga dikau tenang disana. Tetaplah tersenyum di pangkuan illahi.
CONTOH 8
Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
CONTOH 9
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]
Ucapan Hari Bapa Yang Menyentuh Hati
CONTOH 10
Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.
CONTOH 11
Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.
CONTOH 12
Ayah, terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya. Setiap nasihatmu akan kami ingati. Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini. Terima kasih, Ayah. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.
CONTOH 13
Buat Ayah, walau dimana sekalipun kau disaat ini. Semoga tuhan selalu memberkati, menjaga dan mencintaimu.
CONTOH 14
Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!
CONTOH 15
Ayah,
Dalam senyuman,
Terlindung keperitan,
Tertanam kepahitan,
Tertutup kedukaan,
Demi anak kesayangan.
Benarlah kata pepatah,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa.
Pantun Hari Bapa
PANTUN 1
Mencari daun buah beringin,
Tersadung akar menopang pohonnya,
Kasih ayah umpama lilin,
Membakar diri memberi cahaya.
PANTUN 2
Daun selasih daun pegaga,
Masam manis si buah rawa,
Memori ayah bersemi di raga,
Kasih tak luput di dalam jiwa.
PANTUN 3
Dada bersirat bercerai nyawa,
Masakan cepat memberi mati,
Semangat ayah penguat jiwa,
Manakan dapat ku cari ganti.
PANTUN 4
Tumbuhlah liar petai di kota,
Selasih tiada sebeban pegaga,
Sungguhlah benar bagai dikata,
Kasih ayahanda berkorban tenaga.
(Sumber: Club Pantun Dan Seloka Melayu)
PANTUN 5
Sirih bertanda sudah diserta,
Lepat dibancuh hendak diniaga,
Kasih ayahanda bernoktah tiada,
Tempat berteduh tunggak keluarga.
PANTUN 6
Kelapa diperah sebelah saja,
Serawa dimasak lama sehari,
Sungguhpun jarang menutur kata,
Kasihnya ayah kami mengerti.
Ucapan manakah yang akan anda sampaikan buat ayah? Apapun, semoga ucapan yang diberikan dapat menambah makna lagi bagi sambutan Hari Bapa pada tahun ini.