Murid atau pelajar yang membuat folio, kerja kursus, tesis, atau kerja berkumpulan, salah satu isi yang penting untuk dimasukkan dalam kerja tersebut adalah penghargaan.
Untuk mengetahui bagaimana untuk menulis penghargaan, murid atau pelajar perlu merujuk contoh penghargaan yang pernah ditulis sebelum ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan penghargaan ini? Berikut diterangkan mengenai penghargaan dan ciri-ciri penghargaan yang baik.
Definisi Penghargaan
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, penghargaan ialah memberi pengiktirafan kepada seseorang berdasarkan sumbangan atau perkhidmatannya.
Dalam konteks pembuatan folio, kerja kursus, tesis, atau kerja berkumpulan, penghargaan ditulis bagi penulis menghargai sumbangan dilakukan oleh setiap phak yang terlibat dalam penulisan atau penyelidikan tersebut.
Ciri Penghargaan Yang Baik
Antara ciri penghargaan yang baik adalah:
- Tidak terlalu panjang: Lazimnya penghargaan ditulis hanya 1 muka surat sahaja.
- Jelas dan terperinci: Menyebut sumbangan yang dilakukan oleh pihak yang terlibat secara umum.
- Bahasa yang profesional: Bahasa yang digunakan mestilah profesional dan sopan.
Contoh Penghargaan
Antara contoh penghargaan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:
i) Penghargaan Tesis
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan berkat-Nya, dapatlah penulis menyiapkan laporan penyelidikan bagi memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan kepujian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, penulis juga bersyukur kerana segala masalah dan pelbagai kekangan yang timbul sepanjang kajian ini dijalankan telah berjaya diatasi. Semua permasalahan ini menjadikan penulis insanyang mengenal erti kesabaran dan manisnya sebuah kejayaan.
Setinggi-tinggi u!apan terima kasih dan sejuta penghargaan ditujukan kepada Prof Dr. Mohd Suhaily Yusry Bin Che Ngah selaku penyelia tesis yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga membimbing penulis sepanjang melaksanakan kajian ini. Beliau juga telah banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada penulis untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada penduduk Kampung Manek Urai Lama iaitu Encik Nik Sulaiman Nik Yassin, Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Encik Yusoff Ali dan staf-staf dari Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) yang telah memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang penulis menjalankan kajian ini.
Selain itu, tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada keluarga yang amat disayangi iaitu ayahanda Zulkifli Bin Mohd Rais dan bonda Salinah Binti Humaidi serta adik tersayang iaitu Siti Aisyah Binti Zulkifli yang tidak putus-putus memberikan dorongan dan semangat untuk meneruskan penyelidikan ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan baik penulis iaitu Nurshuhaila Binti Mohd Nor Zulhaldi yang banyak membantu semasa menjalankan kajian di Kelantan. Buat rakan seperjuangan Zunaidah Binti Amril dan teman-teman rapat, terima kasih di atas segala pertolongan, dorongan, dan sokongan moral kalian yang tidak berbelah bahagi.
Selain itu, sekalung penghargaan dan sekalung budi buat semua yang terlibat di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan dan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris sepanjang pengajian saya di sini.
Sekian terima kasih, Wassalam.
ii) Penghargaan Folio
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tokoh Kemerdekaan Negara.” Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus bagi subjek Sejarah. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini.
Pertama sekali kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Piai, Tuan Sidek Bin Mohd Ali kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk guru subjek Sejarah saya, iaitu Puan Haslina Binti Abu Bakar kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu Encik Ahmad bin Abdul Wahad dan Puan Zurainah Binti Kasmin kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.
Sekian terima kasih, Wassalam.
iii) Penghargaan Kerja Kursus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah menolong danmemberi kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan kerja kursus Pendidikan Moral ini. Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah membantu saya menyiapkan kerja kursus pada masa yang telah ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pendidikan Moral, Cik Chaw Yen Sen. Beliau telah memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang sungguh berharga semasa saya menjalankan projek ini. Saya juga ingin megucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada saya.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan juga telah menolong saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini serta membantu dalam pencarian bahan-bahan yang diperlukan. Oleh kerana itu, saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka.
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sedia menolong saya dalam kerja kursus ini. Saya tidak akan lupa pertolongan yang telah diberikan dan membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.
Baca juga: