Ayat sentap biasanya digunakan untuk menegur seseorang atau membuatkan seseorang itu terasa akan sesuatu isu tetapi tidaklah sampai menimbulkan pergaduhan dan persengketaan.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa penggunaan ayat sentap adalah satu bentuk gurauan kasar dengan orang lain.
Namun awas, jangan sampai orang tersebut terasa hati dengan percakapan kita!
Ayat Untuk Kawan
Berikut merupakan beberapa contoh ayat sentap untuk tegur dan bergurau dengan kawan-kawan:
Jangan terlalu berharap dengan susuatu yang tak pasti. Sebab takut nanti kau pulak yang sakit hati.
Kalau tak berapa pandai bab ambil hati, belajarlah untuk tidak menyakitkan hati.
Aku tak akan lupa tangan mana yang sambut aku masa aku susah, kaki mana yang melangkah pergi bila aku minta tolong.
Jangan berkumpul dengan orang yang kuat mengumpat. Nanti, kalau kau tiada, kau yang kena umpat.
Hidup ini ibarat roda. Jangan syok sangat buat orang. Nanti terlupa takdir sendiri.
Artikl berkaitan: 30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu
Ayat Sentap Padu
Berikut merupakan beberapa contoh ayat sentap yang padu:
Biar mulut setajam pisau bila berbicara asalkan ada kejujuran dalam kata. Daripada mulut semanis madu, tapi ada bangkai disebaliknya.
Pujuklah hati untuk terus bersabar walaupun hebat macam mana sekalipun diduga.
Bila kita jatuh, orang nak tahu kelemahan kita. Tapi, bila kita berjaya orang nak tahu kekuatan kita.
Bila hati dah hitam, benda kecil pun nak diperbesarkan. Suka cari kesalahan orang. Semoga kita dijauhi dari sifat sedemikian.
Untuk mendapatkan apa yang kau suka, pertama kamu mesti sabar dengan apa yang kamu benci.
Ayat Bertemakan Cinta
Berikut merupakan beberapa contoh ayat sentap bertemakan Cinta:
Kenapa move on itu susah? Kerana dari tadika sampailah ke degree, yang di pelajari adalah mengingati dah menghafal bukan melupakan.
Tahniah! Jaga dia baik-baik dan tolong jangan buat macamana awak buat kat saya.
Putus cinta je terus cari yang lain. Murah betul harga cinta awak tu kan?
Memiliki itu mudah. Menjaga itu yang susah. Hargailah selagi ia milik kita.
Makin jauh kita bawa isteri jalan-jalan, semakin luas rezeki Allah bagi sebab jika isteri gembira, rahmat Allah sentiasa ada untuk keluarga kita.
Ayat Sentap Islamik
Berikut merupakan beberapa contoh ayat sentap bertemakan Islami:
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Ramai perasan diri dia selalu di-stalk orang lain. Padahal dia tak pernah nak perasan malaikat stalk dia tiap hari.
Dah lah tak kaya. Solat pun malas. Dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat.
IKHLAS itu diam. Kalau heboh sana sini, itu namanya IKLAN.