CLAB, singkatan bagi Construction Labour Exchange Malaysia ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh CIDB selaras dengan keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengambilan Pekerja Asing (JKK-PA) untuk membawa masuk dan mengagihkan semula pekerja asing untuk syarikat atau organisasi di Malaysia.
Kewujudan organisasi ini jarang menjadi tajuk utama akhbar sehinggalah keputusan kerajaan baru-baru ini membenarkan entiti ini menguruskan sepenuhnya permohonan lebih 100 pekerja binaan asing masuk ke negara ini.
CLAB ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk membawa masuk dan mengagihkan semula pekerja asing untuk syarikat dan organisasi di Malaysia.
Artikel berkaitan: ePPAx: Syarat & Permohonan Penggajian Pekerja Asing Online
Sejarah Penubuhan CLAB
Pada Julai 2002, 912,000 pekerja asing tanpa izin telah dihantar balik di bawah Program Pengampunan di mana 383,000 daripadanya terdiri daripada sektor pembinaan.
Akibatnya, ia telah membawa kelembapan dan gangguan kepada penyiapan projek.
Perbincangan telah diadakan antara agensi kerajaan dan persatuan pembinaan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Salah satu cadangan ialah penubuhan CLAB Pada 16 Jun 2006, satu kertas kerja telah diluluskan oleh JKK-PA untuk CLAB diberi hak pertama untuk menolak semua permohonan berjumlah 50 dan ke bawah untuk pekerja binaan asing di KHEDN.
Pada 19 Julai 2009, Keputusan JKK-PA menyatakan bahawa semua permohonan Buruh Binaan Asing (Foreign Construction Labour – FCL) di bawah jumlah 100 orang diuruskan oleh organisasi ini.
Pada tahun 2015, entiti ini telah dianugerahkan dan untuk menguruskan permohonan untuk Buruh Binaan Asing (FCL) melebihi 100 orang pekerja.
Pada Ogos 2022, telah dianugerahkan dan diberi mandat untuk menguruskan semua Pekerja Asing dalam Industri Pembinaan.
Artikel berkaitan: Cara Daftar CIDB, Renew Online, Semakan Kursus & CCD Point
Peranan & Objektif Penubuhan
CLAB akan bertanggungjawab dalam memastikan majikan memenuhi semua keperluan kawal selia seperti Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan), Akta 446 (Akta Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Minimum Pekerja), Akta 265 (Akta Pekerjaan) dan Akta 4 (Akta Keselamatan Sosia Pekerja).
Organisasi ini juga akan memantau pematuhan majikan terhadap akta ini dan peraturan lain yang berkaitan untuk memastikan kebajikan pekerja dijaga.
Peranan organisasi ini dalam menguruskan pengambilan pekerja asing akhirnya akan menghapuskan sebarang penglibatan orang tengah.
Ini akan menjadikan proses pengambilan pekerja asing lebih cekap dan menjimatkan kos.
CLAB menyediakan Pekerja Asing, Pekerja Tempatan dan Ekspatriat ke Industri Pembinaan di Malaysia.
Selain itu, badan ini berfungsi:
- Mempromosikan Pekerja Tempatan dalam industri pembinaan.
- Menerima daripada Kontraktor, Pekerja Binaan Asing dengan permit yang sah apabila mereka tidak mempunyai projek lagi.
- Mengagihkan semula pekerja ini kepada syarikat pembinaan yang memerlukan mereka untuk projek mereka.
- Membawa masuk Pekerja Binaan Asing dari negara sumber untuk memenuhi keperluan industri pembinaan.
- Mencipta laluan dan mempromosikan akreditasi dan peningkatan kemahiran pekerja ini
Proses Permohonan Kuota Pekerja Binaan Asing
Proses Permohonan Kuota dan Kemasukan Pekerja Binaan Asing yang dikemaskini pada 2 Febuari 2023 selepas Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing
Panduan Permohonan G1 – G3
- Pendaftaran Syarikat
- Penyerahan dokumen di Kaunter CLAB
- Kelulusan kuota
- Bayaran levi kepada CLAB
- Proses kemasukan pekerja binaan asing
Panduan Permohonan G4 – G7
- Kelulusan FWe dan eQuota dari https://fwcms.com.my
- Pendaftaran syarikat
- Bayaran levi kepada CLAB
- Proses kemasukan pekerja binaan asing
Proses Kemasukan Pekerja Binaan Asing :
- Membuat permohonan VDR
- Semakan dokumen
- Pemilihan biodata
- Proses VISA di Negara Sumber
- Ketibaan Pekerja Binaan Asing di Pintu Masuk Negara
- Penempatan Di Pusat Transit
- Penyerahan Pekerja di Pusat Transit
Muat Turun Borang CLAB
Aplikasi VDR
Permohonan Kontraktor G1, G2 DAN G3 Pekerja Asing
Permohonan Pekerja Asing Kontraktor G4,G5,G6 DAN G7
Kontrak pekerjaan
PLKS
Permit Lanjutan/ Pembaharuan
FOMEMA
Memo Periksa Keluar (COM)
LOCAL TRANSFER
- Senarai Semak Dokumen Permohonan (Majikan Baru) Pertukaran Majikan Bagi Penggajian Pekerja Binaan Asing CLAB
- Borang permohonan Surat Sokongan Pertukaran Majikan Bagi Pengajian Pekerja Asing JTKSM
- Senarai Semak Dokumen Permohonan Surat Sokongan Pertukaran Majikan Bagi Pengajian Pekerja Asing JTKSM
PROSES
Kewangan
Borang Laporan Lokasi dan Gaji
LAIN-LAIN
Sambungan Kontrak Kerja – Indonesia
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi CLAB di https://www.clab.com.my/
CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)
Aras 2, Blok Annex, Menara Milenium,
No 8, Jalan Damanlela
Pusat Bandar Damansara
50490 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2095 9599
Faks : 03-2095 9566
E-mel : [email protected]
CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)
c/o CIDB Johor, Lot 2067,
Batu 3, Jalan Tampoi,
81200 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-235 9599
Faks: 07-237 9566
E-mel : [email protected]
CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)
12 Tingkat Bawah Jalan Todak 5,
Pusat Bandar Seberang Jaya,
Prai 13700 Pulau Pinang.
Tel : 04-397 9599
Faks : 04-397 9566
E-mel : [email protected]
CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)
PUSAT TRANSIT
Westlite PKNS Petaling Jaya
TINGKAT 8
No 12A, Jalan SS8/6,
47300 Petaling Jaya,
Selangor
Tel : 018-376 9599
E-mel : [email protected]