Bagi karangan bertajuk “Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang,” berikut adalah isi penting dan contoh karangan.
Para murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan ini seperti di bawah.
Isi Penting Karangan Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang
1. Bekerja Secara Berpasukan
- Kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan.
- Seorang pekerja cemerlang yang sentiasa memberi kerjasama kepada ahli-ahlinya akan dapat menyiapakan kerjanya dengan cepat dan turut disenangi oieh rakan sepasukan yang lain.
- Setiap masalah yang wujud juga dapat dibincang bersama-sama dan diselsaikan dalam satu tempoh masa yang cepat.
- Memastikan semua pekerja dapat bekerja dengan baik tanpa wujudnya masalah yang membelanggu mereka.
2. Berketerampilan Dalam Berkomunikasi
- Dengan keterampilan berkomunikasi yang baik, seorang pekerja itu dapat membina hubungan yang Iebih baik dan mampu berkerjasama dengan rakan sekerja.
- Hubungan yang baik sentiasa boleh dperkukuh dengan pendengaran dan penggunan bahasa yang baik.
- Pada waktu kini, para pekerja perlu mengambil tanggungjawab yang Iebih besar seperti menghadiri mesyuarat kerja atau membuat perbentangan di hadapan orang ramai.
- Jika mereka tidak biasa dan tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, inilah yang akan membuatkan mereka gugup dan tidak boleh menyampaikannya dengan baik.
3. Mempunyai Kemahiran Menyelesaikan Masalah
- Mempunyai keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada.
- Seorang pekerja perlu menganggap masalah sebagai satu cabaran dan peluang untuk kita mempertingkatkan diri.
- Dalam masa yang sama, pengalaman dan keyakinan dalam diri juga akan meningkat.
4. Mempunyai Kemahiran dalam Penggunaan Teknologi
- Teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang.
- Keadaan terkini menunjukkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan kini sangat meluas digunakan sesuai dengan arus pemodenan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang Iebih sistematik dan tersusun.
- Teknologi juga dapat melahirkan pekerja cemerlang yang kreatif, inovatif, dan berfikiran terbuka.
- Mereka yang menguasai teknologi akan mendapat Iebih banyak info-info yang berguna untuk bidang pekerjaan mereka.
Contoh Karangan Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang
i) PENDAHULUAN
Setiap majikan sudah semestinya ingin menawarkan pekerjaan kepada seseorang yang rajin dan cemerlang. Pekerja yang mempunyai prestasi kerja cemerlang akan sentiasa menjadi buruan setiap organisasi. Ini kerana setiap pekerja cemerlang sudah semestinya akan menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti sebuah syarikat. Oleh hal yang demikian, setiap pekerja perlu memiliki ciri-ciri pekerja cemerlang bagi memastikan bukan sahaja setiap syarikat atau organisasi terus berkembang, malah ia juga memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
ii) ISI 1: BEKERJA SECARA BERPASUKAN
Salah satu ciri-ciri pekerja cemeriang ialah bekerja secara berpasukan. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Seorang pekerja cemeriang yang sentiasa memberi kerjasama kepada ahli-ahlinya akan dapat menyiapakan kerjanya dengan cepat dan turut disenangi oieh rakan sepasukan yang lain. Selain itu, setiap masalah yang wujud juga dapat dibincang bersama-sama dan diselsaikan dalam satu tempoh masa yang cepat. Ini penting bagi memastikan semua pekerja dapat bekerja dengan baik tanpa wujudnya masalah yang membelanggu mereka.
iii) ISI 2: BERKETERAMPILAN DALAM BERKOMUNIKASI
Berketerampilan dalam berkomunikasi adalah salah satu ciri untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Dengan keterampilan berkomunikasi yang baik, seorang pekerja itu dapat membina hubungan yang Iebih baik dan mampu berkerjasama dengan rakan sekerja. Hubungan yang baik sentiasa boleh dperkukuh dengan pendengaran dan penggunan bahasa yang baik. Selain itu, pada waktu kini, para pekerja perlu mengambil tanggungjawab yang Iebih besar seperti menghadiri mesyuarat kerja atau membuat perbentangan di hadapan orang ramai. Jika mereka tidak biasa dan tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, inilah yang akan membuatkan mereka gugup dan tidak boleh menyampaikannya dengan baik. Ini boleh menjejaskan imej bukan sahaja imej kepada diri tetapi juga imej syarikat mereka.
iv) ISI 3: MEMPUNYAI KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Selain itu, mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah juga merupakan salah satu ciri pekerja yang cemerlang. Pekerja yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah mempunyai keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada. Ini penting bagi mencapai objektif yang diinginkan. Seorang pekerja perlu menganggap masalah sebagai satu cabaran dan peluang untuk kita mempertingkatkan diri. Dalam masa yang sama, pengalaman dan keyakinan dalam diri mereka juga akan meningkat.
v) ISI 4: MEMPUNYAI KEMAHIRAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Seseorang pekerja cemerlang perlulah mempunyai kemahiran dalam pengunaan teknologi terkini. Ini kerana teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang. Malah, keadaan terkini menunjukkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan kini sangat meluas digunakan sesuai dengan arus pemodenan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang Iebih sistematik dan tersusun. Selain itu, teknologi juga dapat melahirkan pekerja cemerlang yang kreatif, inovatif, dan berfikiran terbuka. Kemahiran dalam bidang teknologi mampu melahirkan masyarakat yang berkaliber kerana mereka yang menguasai teknologi akan mendapat Iebih banyak info-info yang berguna untuk bidang pekerjaan mereka.
vi) PENUTUP
Secara amnya, adalah menjadi haksetiap majikan untuk memiliki pekerja yang cemerlang. Pekerja yang cemerlang mampu memberikan kualiti pekerjaan yang baik untuk manfaat sesebuah syarikat. Jika negara mempunyai ramai pekerja yang cemerlang, sudah pasti negara mampu menjadi salah sebuah negara maju yang memiliki modal insan yang baik.