Pempengaruh yang tidak asing lagi di media sosial iaitu Chazynash baru-baru ini telah mendapat perhatian warganet kerana baru sahaja mengumumkan perceraiannya bersama isteri, Fatin Morat.
Berita ini mungkin sudah dijangka oleh segelintir netizen memandangkan beliau dilihat sudah berhenti menghasilkan kandungan bersama Fatin sejak awal tahun ini.
Dalam artikel kali ini, ayuh kita kenali Chazynash dengan lebih dekat lagi.
Biodata Chazynash, Influencer Terkenal
Nama Penuh : Syed Fernarsh bin Syed Badlishah / YM Syed Fernarsh Ibni Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail
Nama Komersial : Chazynash
Asal : Perlis
Umur : 37 tahun (2025)
Tarikh Lahir : 1 Mei
Pekerjaan : Influencer, Model, Pelakon, Penyanyi
Bidang Pendidikan : Grafik dan Rekaan Multimedia
Status : Duda
Bekas Isteri : Fatin Morat
Anak : 3 orang anak perempuan (Sharifah Tiara Rose, Sharifah Adresia Rose dan Sharifah Adreena Rose)
Akaun media sosial : Instagram(@chazynash), TikTok (@iamchazynash), Facebook (Chazynash)
Perjalanan Karier
Chazynash pada awalnya mula menghasilkan video pendek yang lucu dan menghiburkan menerusi aplikasi media sosial Vine bersama bekas isteri iaitu Fatin dan rakan terdekat.
Lama-kelamaan, beliau mula menghasilkan konten di platform lain seperti Facebook dan Instagram.
Setelah beberapa tahun membina nama di media sosial, beliau mendapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah drama bersiri bertajuk S.O.S! terbitan ntv7.
Selain itu, beliau turut membintangi drama bersiri Kudeta (2022) serta filem Returning Home : Kembalinya Wiraku (2023) dan Eidolon : Bayangan Dendam (2023).
Tidak hanya berbakat dalam lakonan, malah pempengaruh ini turut mengeluarkan beberapa lagu single dengan rentak yang catchy antaranya :
- Jika Aku Pergi – Dani Kurama ft Chazynash
- Lima Lima Waktu – Chazynash
- Sendiri – Dani Kurama ft Chazynash
Kehidupan Peribadi
Chazynash yang juga merupakan salah seorang kerabat diraja Perlis telah mendirikan rumah tangga bersama Fatin Morat pada tahun 2014 dan telah dikurniakan dengan 3 orang anak perempuan.
Dua daripadanya adalah kembar seiras.
Walau bagaimanapun, status rumah tangga pempengaruh ini menjadi teka teki dalam kalangan netizen sejak awal tahun memandangkan beliau dilihat tidak lagi menghasilkan content bersama Fatin.
Bagi mengelakkan sebarang spekulasi, Chazynash baru-baru ini telah bersuara mengenai situasi dirinya bersama isteri.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, beliau akui sudah berpisah dengan Fatin Morat secara baik pada 23 Januari 2025.
Meskipun sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan telah membawa haluan masing-masing, beliau dan bekas isteri masih berhubungan baik demi anak-anak.
Dalam satu lagi hantaran, Chazynash juga akui telah mula berkenalan dengan seorang individu dan mula rapat sejak Mei tahun ini.
Beliau juga berharap supaya warganet tidak lagi mencetuskan sebarang spekulasi yang boleh mencemarkan nama baik beliau dan bekas isteri.
Pencapaian Lain
Pada Disember 2024, Chazynash turut mendapat perhatian warganet apabila beliau dan rakan-rakan menerima penghargaan khas daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Tanda penghargaan ini diberikan kepada pempengaruh popular ini dan rakan-rakannya yang menyelamatkan empat orang warga Indonesia yang juga merupakan mangsa bot karam selepas dilanggar kapal tangki di sekitar perairan antarabangsa.
Menurut laporan, kumpulan nelayan tersebut hanyut dan terapung di perairan Pulau Jarak, Perak.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Chazynash dan sama-sama kita terus berikan sokongan dan doa buat beliau dan bekas isteri.
Anda boleh ikuti perkembangan lanjut influencer terkenal ini menerusi platform media sosialnya.
Sumber : Instagram @chazynash, imdb.com, News Straits Times
Baca Juga : CEO Batu – Biodata & Isu Gangguan Seksual Bawah Umur