Cara Solat Zohor – Niat & Bacaan Setiap Rakaat
Solat Zohor adalah merupakan salah satu solat fardhu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.
Ia mempunyai 4 rakaat dan boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun berjemaah apabila sudah masuk waktu Zohor.
Apabila ditinggalkan, solat Zohor wajib digantikan semula dengan niat qada.
Berikut dikongsikan panduan lengkap cara solat zohor dengan betul dan tertib untuk panduan anda.
Waktu Mendirikan Solat Zohor
Solat Zohor boleh ditunaikan sebaik sahaja masuk waktu zohor iaitu, bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya.
Adapun pada umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.
Pada zaman kini, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mengetahui waktu masuk zohor. Anda boleh gunakan mana-mana aplikasi solat, melayari laman web https://www.e-solat.gov.my/ atau mendengar azan zohor untuk mengetahui masuk waktu zohor.
BACA JUGA: Solat Subuh – Niat, Bacaan & Panduan Menjalankan Solat
Cara Solat Zohor
Niat
Lafaz niat solat zohor adalah seperti berikut:
a) bersendirian
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
b) berjemaah
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
Rakaat Pertama
- Berdiri tegak dan menghadap kiblat.
- Mengangkat takbir atau dikenali sebagai Takbiratul Ihram (Allahu Akbar الله أكبر)
- Semasa mengangkat takbir, baca lafaz niat solat Zohor bersama.
- Membaca doa iftitah. Bacaan doa iftitah adalah seperti berikut:
- Membaca Surah Al Fatihah.
- Setelah selesai membaca Al Fatihah, baca surah pilihan anda.
- Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan semasa rukuk:
- I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ setelah berdiri tegak.
- Sujud serta toma’ninah.
Bacaan semasa sujud:
- Duduk antara dua sujud.
Bacaan semasa duduk antara dua sujud:
- Sujud sekali lagi dan membaca:
- Kemudian berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat kedua.
Rakaat Kedua
1. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat. Takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua.
2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan.
3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan semasa rukuk:
4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ setelah berdiri tegak.
5. Sujud serta toma’ninah.
Bacaan semasa sujud:
6. Duduk antara dua sujud.
Bacaan semasa duduk antara dua sujud:
7. Sujud sekali lagi dan membaca:
8. Duduk tahiyat awal dan membaca:
9. Kemudian berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat ketiga.
Rakaat Ketiga
1. Rakaat ketiga juga dimulai dengan lafaz takbir setelah berdiri tegak.
2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan.
3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan semasa rukuk:
4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ setelah berdiri tegak.
5. Sujud serta toma’ninah.
Bacaan semasa sujud:
6. Duduk antara dua sujud.
Bacaan semasa duduk antara dua sujud:
7. Sujud sekali lagi dan membaca:
8. Berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat keempat.
Rakaat Keempat
1. Rakaat keempat juga dimulai dengan lafaz takbir setelah berdiri tegak.
2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan.
3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan semasa rukuk:
4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ setelah berdiri tegak.
5. Sujud serta toma’ninah.
Bacaan semasa sujud:
6. Duduk antara dua sujud.
Bacaan semasa duduk antara dua sujud:
7. Sujud sekali lagi dan membaca:
8. Duduk tahiyat akhir dan membaca:
9. Memberi salam kanan dan kiri – السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Doa Selepas Solat
Selepas selesai menunaikan solat, kita dianjurkan untuk beristighfar, bertasbih, tahmid dan takbir serta membaca ayatul qursi.
Anda boleh berdoa apa sahaja yang anda inginkan. Atau, rujuk contoh doa di bawah ini:
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.
Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
RUJUKAN: Niat & Cara Solat Zohor (Panduan Lengkap). Aku Muslim Asia.