Bagi memudahkan urusan setiap penumpang, pihak Air Asia menyarankan setiap penumpang mereka melakukan Self Check In secara online sahaja.
Dengan itu, mereka tidak perlu beratur panjang di lapangan terbang semata-mata untuk check in bagi mendapatkan pas penerbangan.
Apakah Itu “Self Check In” Air Asia?
Ini adalah perkhidmatan yang membolehkan anda mendaftar masuk untuk penerbangan AirAsia anda mengikut keselesaan anda sendiri melalui Airasia Super App.
AirAsia menggalakkan tetamu mendaftar masuk sendiri melalui Aplikasi Super Airasia untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang.
Sejak 1 April 2022, perkhidmatan daftar masuk kaunter AirAsia hanya tersedia untuk kategori tetamu yang dikecualikan sahaja di semua lapangan terbang di Malaysia.
Antara kategori yang dikecualikan ialah warga emas berumur 70 tahun ke atas, orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penumpang muda dalam perjalanan bersendirian, tempahan berkumpulan 10 tetamu dan lebih, dan penumpang penerbangan sewa.
Penumpang yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori ini dikehendaki mendaftar masuk melalui Aplikasi Super AirAsia sebelum tiba di lapangan terbang.
Muat turun aplikasi
Aplikasi Super AirAsia boleh dimuat turun melalui pautan berikut untuk urusan self check in.
Cara Check In Air Asia
Check in menggunakan Air Asia Super App untuk menerima pas e-Boarding anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pada tab ‘Check-In’ pada AirAsia Super App dan masukkan butiran tempahan anda untuk meneruskan.
- Pilih tetamu untuk mendaftar masuk dan melengkapkan langkah yang diperlukan.
- Selepas daftar masuk berjaya, pas e-Boarding anda akan dikeluarkan.
Anda juga akan menerima Kod QR untuk mencetak tag beg daripada kiosk tanpa sentuh AirAsia di lapangan terbang (tersedia di kebanyakan lapangan terbang).
Imbas Kod QR anda di kios untuk menjana tag bagasi anda.
Pas e-Boarding pada airasia Super App atau dalam bentuk PDF boleh diterima untuk menaiki pesawat dan tetamu tidak perlu mengemukakan pas masuk fizikal.
Bila Boleh Daftar Masuk?
Bagi kebanyakan penerbangan AirAsia, proses untuk self check in dibuka 14 hari sebelum berlepas dan ditutup 1 jam sebelum berlepas.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian:
- Daftar masuk sendiri untuk penerbangan AirAsia (AK, FD, Z2) dari China dibuka 14 hari dan ditutup 4 jam sebelum berlepas.
- Untuk semua penerbangan Domestik Thailand dengan kod pembawa FD dan penerbangan Antarabangsa ke dan dari Thailand dengan kod pembawa AK, FD, QZ, Z2, daftar masuk sendiri dibuka 10 hari dan ditutup 1 jam sebelum berlepas.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Air Asia di pautan:
Baca juga: Cara Self Check In Malaysia Airlines Secara Online