Apakah yang dimaksudkan Gaya Hidup Sihat?
Gaya Hidup Sihat ialah aktiviti, pendekatan atau amalan sama ada secara fizikal ataupun spiritual yang merangsang diri secara fizikal ataupun secara kerohanian yang menyumbang kepada kestabilan fizikal dan mental.
Ianya amat penting di dalam kehidupan manusia kerana bermula dari amalan inilah kestabilan minda dan fizikal secara keseluruhan dapat dicapai.
Selain itu, Gaya Hidup Sihat juga bukan sekadar menjalankan aktiviti riadah mahupun mengamalkan pemakanan seimbang, malah amalan kerohanian dan keagamaan yang terdiri daripada elemen murni dan mulia juga menyumbang kepada kesihatan fizikal dan spiritual seseorang.
Ini juga secara tidak langsung membantu mengawal penyakit asma di mana penyakit asma mampu dikawal sebaiknya melalui gaya hidup sihat.
Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
5 cara untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat adalah seperti berikut:
i) Kawalan Emosi
Kawalan emosi merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan untuk membantu kehidupan yang lebih sihat.
Antara amalan untuk mengurus emosi supaya lebih stabil adalah seperti berikut:
- Cuba berjalan-jalan
- Ajak kawan bersama sebagai teman berbual
- Jadikan berjalan rutin harian
- Berjalan di alam semuajadi
- Lakukan Xbreak atau senaman
ii) Pemakanan Seimbang
Pemakanan seimbang menyumbang kepada fizikal luaran dan dalaman yang lebih baik.
Individu perlu mengamalkan pemakanan seimbang menerusi amalan Suku Suku Separuh iaitu:
- Isikan suku pinggan dengan ikan atau sumber protein yang lain.
- Isikan suku pinggan dengan nasi atau sumber karbohidrat yang lain.
- Isikan separuh pinggan dengan buah dan sayur.
iii) Senaman Secara Berkala
Senaman secara berkala membantu mencapai tahap optimum fizikal dan mental seseorang individu.
Secara spiritual ia menggalakkan kita bergaul sesama sendiri melalui aktiviti yang disertai. Secara tidak lansung kehidupan sosial kita juga lebih berkualiti.
iv) Tidur Yang Berkualiti
Tidur yang berkualiti adalah di antara elemen gaya hidup yang baik.
Rehat yang cukup mempersiapkan seseorang individu secara fizikal dan mental untuk hari-hari seterusnya.
Antara tips untuk tidur berkualiti adalah seperti berikut:
- Elak guna katil untuk aktiviti selain tidur.
- Tetapkan masa tidur dan bangun pada waktu yang sama.
- Aktif pada waktu siang hari.
- Berhenti bermain gadget minimum 30 minit sebelum tidur.
- Suhu bilik yang selesa.
- Tutup lampu.
- Elak minum kopi, rokok, dan alkohol.
- Elak makan lewat malam.
v) Tidak Merokok
Merokok adalah amat merbahaya kepada kesihatan dan tidak baik untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Seseorang yang tidak merokok akan menjadikan mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik.