Cara Membesarkan Payudara, Ini 10 Tips Boleh Bantu Anda!

cara membesarkan payudara
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagaimanakah cara membesarkan payudara yang betul secara alami tanpa memasukkan filler atau pembedahan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara membesarkan payudara tanpa melakukan pembedahan.

Baca juga:

Jenis bentuk payudara

cara membesarkan payudara

1. Tidak simetri

Payudara asimetri ialah jenis payudara yang mempunyai saiz, bentuk, isipadu atau kedudukan yang berbeza dari yang lain.

2. Atlet

Payudara atlet lebih besar, terangkat dan kelihatan lebih berotot kerana ia mempunyai kurang tisu.

Mereka yang mempunyai payudara jenis ini bukanlah kerana gaya hidup yang cergas semata-mata, sebaliknya kerana otot yang ada pada tubuh badan itu sendiri.

3. Barat timur

Payudara barat timur mudah dibezakan dengan arah puting yang biasanya menghala ke arah bertentangan ke luar.

Pada umumnya, kebanyakkan puting akan menghala jauh sedikit dan tidak semestinya akan menghala ke hadapan sahaja.

4. Terjulur

Payudara terjulur biasanya terjuntai ke bawah dan mempunyai tisu yang longgar. 

Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan dan kandungan lemak dalam payudara itu sendiri.

5. Bentuk lonceng

Payudara bentuk loceng lebih nipis di bahagian atas dan lebih berisi di bahagian bawah. 

6. Langsing

Payudara berbentuk langsing kelihatan lebih nipis berbanding kebanyakkan payudara yang lain.

Ia terjadi kerana payudara anda tidak terkumpul ke arah tengah dan tidak mengambil seluruh ruang dada anda.

7. Bulat

Payudara bulat adalah jenis yang bulat sepenuhnya, sama pada bahagian atas atau bawah payudara.

Namun begitu, bentuk payudara ini selalunya tidak simetri dan tidak bulat sempurna atau satu mungkin lebih tinggi sedikit daripada yang lain.

8. Titisan air mata

Sama seperti payudara bulat, bentuk titisan air mata adalah bulat, tetapi payudara anda sedikit kurang penuh di bahagian atas.

Faktor yang mempengaruhi saiz payudara

Saiz payudara manusia banyak ditentukan oleh faktor genetik. Isu seperti isipadu payudara dan struktur tulang adalah ciri fizikal yang boleh dikaitkan dengan keturunan.

Selain itu, hormon juga boleh mempengaruhi saiz payudara. Pada umumnya, tisu payudara mula berisi dengan lemak semasa baligh, apabila ovari anda mula menghasilkan estrogen.

Kemudian, payudara akan menjadi lebih besar buat sementara waktu sebelum haid, apabila estrogen dan progesteron membesarkan saluran payudara dan kelenjar susu.

Payudara juga membesar pada awal kehamilan. Ini kerana, estrogen, progesteron, dan prolaktin bekerjasama untuk merangsang pembesaran payudara dan pengeluaran susu. 

Payudara anda akan terus membesar sepanjang kehamilan semasa ia bersedia untuk laktasi.

Semasa fasa menopaus pula, payudara akan mula hilang keanjalannya dan saiz jadi kecil kerana berlaku pengurangan estrogen.

Saiz payudara ideal ikut bentuk badan

cara membesarkan payudara

1. Tubuh berbentuk epal (Apple-Shaped)

Badan berbentuk epal mempunyai pinggang yang lebar dan lebih banyak lemak perut. Justeru, mempunyai payudara yang lebih besar adalah paling ideal.

2. Tubuh berbentuk jam pasir (Hourglass-Shaped)

Badan berbentuk jam pasir mempunyai saiz bahagian atas dan bawah badan yang menonjol. Iaitu ukuran payudara dan pinggul adalah sama manakala pinggang anda sangat ramping.

Justeru, mempunyai payudara yang kecil hingga sederhana adalah sesuai.

3. Tubuh berbentuk segi empat (Rectangle-Shaped)

Badan berbentuk segi empat mempunyai saiz tubuh badan seakan jam pasir.

Namun, saiz payudara yang besar adalah lebih sesuai untuk tubuh badan ini kerana ia boleh memberi lengkungan yang lebih ketara.

4. Tubuh berbentuk pir (Pear-Shaped)

Badan berbentuk pir mempunyai pinggul besar dan pinggang yang ramping. Justeru, payudara yang bersaiz sederhana adalah paling ideal.

Cara membesarkan payudara

Terdapat beberapa cara membesarkan payudara secara semula jadi yang perlu anda tahu. Berikut adalah antara cara terbaik yang disarankan:

1. Latihan khusus untuk payudara

Beberapa latihan seperti push-up, chest press, dan dumbbell fly dapat membantu memperkuat otot di sekitar payudara.

Meskipun ini tidak secara langsung memperbesar ukuran payudara, tetapi dapat membantu mengencangkan dan memberi sokongan sehingga payudara terlihat lebih besar.

2. Urut payudara

Urut secara teratur dapat meningkatkan aliran darah ke bahagian payudara.

Beberapa orang percaya bahwa urut dengan minyak tertentu, seperti minyak zaitun atau minyak almond, dapat membantu meningkatkan ukuran payudara.

Namun, setakat ini tiada bukti ilmiah yang mendokong kenyataan tersebut. Berikut adalah teknik urut payudara yang betul boleh anda praktikkan setiap hari selama 15 minit:

  • Gunakan 4 jari untuk menekan payudara. Perlahan-lahan, urut dengan gerakan membulat.
  • Mula dari kawasan puting dan bergerak ke bahagian luar payudara. Ulang gerakan ini sehingga anda habis mengurut setiap bahagian payudara.
  • Letakkan jari di kawasan ketiak. Kemudian, tolak payudara ke sisi dengan tapak tangan anda.
  • Anda juga boleh mengurut di sekitar kawasan leher dan tulang selangka menggunakan gerakan membulat.
  • Jangan lupa urut bahagian bawah payudara. Letakkan beberapa jari dan urut kawasan tersebut secara perlahan-lahan.

3. Makan makanan yang tinggi estrogen

Makanan seperti kacang soya, kekacang, biji-bijian, buah-buahan, dan sayuran tertentu mengandung fitoestrogen yang dapat membantu dalam perkembangan payudara.

4. Pemakaian krim atau suplemen

Di pasaran hari ini, para penjual berlumba-lumba menjual krim dan suplemen sebagai salah satu cara membesarkan payudara.

Namun, efektif atau tidak ubat-ubatan tersebut ianya masih menjadi pendebatan ramai.

Sedikit nasihat untuk anda yang ingin mencuba produk tersebut, sebaiknya anda bincang terlebih dulu dengan doktor atau mereka yang ahli dalam bidang perubatan ini.

Penting untuk diingat bahawa setiap tubuh badan manusia adalah berbeza-beza. Justeru, keberhasilannya juga akan berbeza-beza bergantung kepada diri setiap orang.

5. Pam pembesar payudara

Pam pembesar payudara menggunakan tekanan dan sedutan untuk menarik payudara. 

Ia akan menyebabkan payudara nantinya meregang dan membengkak, dan mungkin seterusnya menjadikan ia kelihatan lebih besar, buat sementara waktu.

6. Pakai saiz bra yang betul

cara membesarkan payudara

Ada kajian menunjukkan bahawa ramai wanita memakai saiz bra yang salah. Ia dibuktikan dengan dapatan laporan bahawa 70 peratus wanita memakai bra yang terlalu kecil, dan 10 peratus memakai bra yang terlalu besar.

Bra yang terlalu ketat boleh meratakan payudara, menjadikannya kelihatan lebih kecil.

Bra yang terlalu besar pula tidak mampu untuk menyokong payudara, menjadikannya kelihatan kendur.

Pemilihan bra yang sesuai boleh menggalakkan dan menyerlahkan payudara anda, menjadikannya kelihatan terbaik, tidak kira saiznya. 

7. Pakai push up bra

cara membesarkan payudara

Push up bra merupakan sejenis baju dalam khas yang dapat membuatkan payudara nampak anjal dan tegang. Ia mempunyai kusyen yang akan membuatkan buah dada nampak lebih besar.

Walau bagaimanapun, push up bra hanyalah penyelesaian sementara. Ia tidak akan menyebabkan bentuk payudara anda berubah.

8. Menggunakan bra pad

Sebagian wanita membesarkan payudara dengan menambahkan pad (bantalan) pada bra untuk meningkatkan isipadu payudara. 

Cara membesarkan payudara ini dilihat sangat menjimatkan kerana anda cukup dengan membeli 1 pasang bra pad untuk digunakan pada semua jenis bra.

9. Melakukan yoga

cara membesarkan payudara

Yoga adalah salah satu jenis senaman yang membantu memperbaiki postur tubuh. Gerakan cobra dalam yoga juga dapat membantu mengencangkan otot dada.

Berikut cara melakukannya:

  • Mulailah dengan berbaring terlungkup, kaki sedikit membuka, dan jari-jari kaki menekan lantai.
  • Letakkan tangan anda di sisi tubuh dengan siku menekuk.
  • Mulailah mengangkat kepala dan dada anda dari lantai sambil menarik bahu ke belakang. Saat melakukannya, luruskan lengan.
  • Tahan gaya ini selama 30 saat dan kembali ke awal. Ulang sebanyak 3 kali.

Selain sebagai cara membesarkan payudara, yoga juga dapat dilakukan oleh wanita yang merasakan payudaranya kendur setelah hamil dan menyusui.

10. Menerapkan gaya hidup sihat

Menerapkan gaya hidup yang sihat boleh memengaruhi bentuk payudara. Pastikan anda makan makanan yang sihat, tidak merokok, tidak minum minuman beralkohol, buat senaman, dapatkan tidur yang cukup, dan sentiasa pastikan kesihatan mental dalam keadaan baik.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara membesarkan payudara dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Can You Increase Your Breast Size by Eating Certain Foods? Healthline
  2. There Are 8 Different Types of Boobs in the World — Here’s What You Need to Know. Seventeen
  3. Cara Membesarkan Payudara, Tampilannya Naik dan Kencang! Orami
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut