Cara Masak Sardin Paling Simple dan Sedap Tanpa Rasa Hanyir

cara masak sardin
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagaimanakah cara masak sardin yang paling sedap, ringkas, dan tidak lagi berbau hanyir?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara masak sardin yang betul.

Baca juga:

Kalori sardin dalam tin

cara masak sardin

Sardin dalam tin mempunyai beberapa jumlah kalori. Bagi tin kecil (155g), kalorinya adalah 219 kalori.

Bagi tin sedang (230g), kalorinya adalah 336 kalori. Manakal tin besar (300g) pula adalah 438 kalori.

Cara masak sardin dengan mudah

Sardin adalah antara hidangan yang mudah untuk dimasak dan sedap pula. Berikut adalah antara cara masak sardin yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

1. Sardin cili api

cara masak sardin

Bahan-bahannya:

  • 1 tin sardin
  • 3 ulas bawnag putih (hiris nipis / diketuk)
  • 2 ulas bawang besar (hiris bulat)
  • 3 biji cili padi
  • Sedikit sos cili, kicap, garam, dan gula sebagai perasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Tomato, ubi kentang atau lobak merah (ikut kemahuan)

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, tunggu sekejap sehingga minyak panas.
  2. umiskan hirisan bawang besar dan bawang putih. Jika mahu lebih pedas masukkan sekali hirisan cili padi.
  3. Kemudian, masukkan pula ikan sardin tin tadi.
  4. Dan masukkan juga sedikit air (sukatan tin sardin penuh)
  5. Tambahkan tomato, ubi kentang dan lobak merah ikut kesukaaan anda.
  6. Masukkan sedikit air asam jawa untuk elak bau hanyir. Boleh juga letakkan 1 batang serai yang diketak atau 2 helai daun limau purut.
  7. Letakan sedikit sos cili,

2. Sardin masak lemak

cara masak sardin

Bahan-bahannya:

  • 1 tin besar sardin
  • 11 biji cili api/padi (ikut kemahuan)
  • Kunyit hidup 2 inci
  • 5 biji Bawang merah
  • 2-3 keping asam keping
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 2 batang Serai 
  • Santan (sebijik kelapa @ agak-agak jangan cair sangat)
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk kunyit dengan garam. Apabila dah lumat, masukkan cili api dan tumbuk lagi ssehingga lumat. Selepas itu, masukkan bawang merah tumbuk lagi sampai lumat. Kalau malas dan nak cepat, kisar sahaja sampai lumat.
  2. Asingkan sos sardin dengan ikan sardin.
  3. Masukkan sos sardin, cili yang dah tumbuk/kisar, santan, kemudian masukkan kentang. Masak dengan api sederhana.
  4. Bila kentang dah empuk, masukkan ikan sardin dan asam keping. Selepas itu, boleh rasa.
  5. Jika tak cukup tambah garam sesedap rasa.

3. Sambal tumis sardin

Bahan-bahannya:

  • 200g ikan sardin bersama kuah sardin
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang holland
  • cili merah dan cili api (optional)
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaannya:

  1. Goreng ikan sardin dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah, dan cili kisar ke dalam pengisar lalu kisar sehingga hancur.
  3. Tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak menggunakan minyak goreng ikan sardin.
  4. Masukan gula, air asam jawa, kuah sardin, bawang holland, cili merah dan cili api.
  5. Kemudian, kacaunya sehingga rata.
  6. Masukkan ikan sardin dan kacau lagi sehingga rata.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan gaulkannya.

Tips pilih sardin dalam tin

Berikut adalah antara panduan memilih dan menyediakan makanan dalam tin:

  • Pilih makanan dalam tin yang ada tanda Halal JAKIM agar kebersihan terjamin.
  • Pastikan hanya sardin berkualiti menjadi pilihan.
  • Pastikan kilang pengeluar yang diyakini.
  • Tambahkan sayur-sayuran dalam sajian sardin.
  • Jangan simpan makanan dalam tin yang sudah dibuka terus ke dalam peti sejuk.

Bagi anda yang mahu berdiet, anda boleh makan sardin dalam tin sebulan sekali. Lebih baik sekiranya anda menggukan ikan sardin fresh dan masak sendiri di rumah.

Hal ini kerana kandungan garam (salt-sodium chloride) dan bisphenol A (BPA) sangat tinggi dalam makanan dalam tin.

Sungguhpun garam adalah penting untuk metabolisme tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara masak sardin dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Cara-cara Betul Pilih Makanan Dalam Tin Yang Selamat & Sedap Untuk Anak. Mingguan Wanita
  2. Koleksi 10 Resepi Sardin Disukai Ramai Senang Buat. Resepi.My
  3. Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Api (Melazatkan!). Bidadari.My
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut