Cara Mudah Belajar Main Chess / Catur Dalam 5 Minit

Untuk bermain catur atau chess and perlu tahu cara main chess terlebih dahulu.

Berbanding permainan papan (board game) lain, chess sedikit sukar dipelajari kerana anda perlu mengetahui terlebih dahulu bagaimana setiap buah catur itu boleh bergerak dalam papan catur.

Sebagai contoh, “Kuda” (Knight) bergerak dalam bentuk L, sementara “Gajah” (Bishop) bergerak secara diagonal dan sebagainya.

Teruskan bacaan untuk mengetahui cara main chess yang sebenar.

Mengenali Papan Catur

cara main chess

Gambar di atas merupakan susunan buah catur di papan catur.

Setiap permainan catur dimainkan oleh 2 orang pemain di mana seorang pemain akan menggunakan buah catur putih sementara seorang pemain lagi akan menggunakan buah catur berwarna hitam.

Pemain dengan buah putih akan memulakan pergerakan terlebih dahulu dan kedua-dua orang pemain ini akan menggerakkan buah catur secara berselang-seli.

Papan catur terdiri dari 64 petak ang sama besar dan petak-petak itu diberi warna terang dan warna gelap secara berselang-seli.

Dalam istilah catur, warna terang selalu disebut Putih dan warna gelap disebut Hitam

Mengenali Buah Catur dan Pergerakannya

Buah Catur adalah apa yang anda gerakkan di papan saat bermain catur dan untuk main chess, anda perlu tahu cara setiap buah catur ini digerakkan.

Ada enam jenis buah catur dan setiap pemain akan akan mempunyai 16 buah catur pada awal permainan.

Berikut merupakan nama-nama buah catur (bahasa Inggeris dalam kurungan) dan jumlahnya untuk setiap pemain.

  1. Raja (King) – 1
  2. Ratu (Queen) – 1
  3. Gajah (Bishop) – 2
  4. Kuda (Knight) – 2
  5. Benteng/Kota (Castle/Rook) – 2
  6. Bidak/Askar (Pawn) – 8

1. Raja (King)

Raja adalah buah catur yang paling penting, tetapi adalah salah satu yang paling lemah.

Raja hanya boleh menggerakkan satu segi empat sama ke mana-mana arah – atas, bawah, ke sisi dan menyerong.

2. Ratu (Queen)

Ratu adalah buah catur yang paling berkuasa.

Dia boleh bergerak ke mana-mana arah lurus – ke hadapan, ke belakang, ke sisi atau menyerong – sejauh mungkin selagi dia tidak bergerak melangkaui mana-mana buah catur lain.

3. Gajah (Bishop)

Gajah boleh bergerak sejauh yang dia mahu, tetapi hanya menyerong.

Setiap gajah bermula pada satu warna kotak (terang atau gelap) dan mesti sentiasa kekal pada warna itu.

4. Kuda (Knight)

Kuda bergerak dengan cara yang sangat berbeza daripada buah catur lain – pergi dua petak dalam satu arah, dan kemudian satu lagi bergerak pada sudut 90 darjah, sama seperti bentuk “L”.

5. Benteng / Kota (Castle/Rook)

Benteng boleh bergerak sejauh yang diingini, tetapi hanya ke hadapan, ke belakang, dan ke sisi.

6. Bidak (Pawn)

Bidak adalah luar biasa kerana mereka bergerak dan menangkap dengan cara yang berbeza: mereka bergerak ke hadapan tetapi menangkap secara menyerong.

Bidak hanya boleh bergerak ke hadapan satu petak pada satu masa, kecuali untuk langkah pertama mereka di mana mereka boleh bergerak ke hadapan dua petak.

Objektif Permainan Catur – Cara Nak Menang Main Catur

Objektif utama untuk memenangi permainan catur adalah menangkap buah Raja, keadaan yang dinamakan “Checkmate”.

Sila tonton video di atas yang menunjukkan keadaan di mana Raja dalam keadaan “Check” dan “Checkmate”.

Cara Main Catur

Untuk belajar bermain catur, tidak memadai melalui pembacaan sahaja sebaliknya anda kerana belajar secara visual dan praktikal.

Cara terbaik untuk belajar cara main chess adalah secara 1 on 1 bersama orang yang sudah tahu asas bermain catur.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai kenalan untuk mengajar anda, anda boleh menononton video asas bermain catur di bawah ini:

Pertandingan catur juga tertakluk dengan peraturan yang ditetapkan oleh FIDE, iaitu Federasi Catur Antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi FIDE di alamat https://www.fide.com/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!