Bagi lepasan SPM dan setaraf, adalah lebih baik anda mengetahui cara kiraan merit UPU Online bagi memudahkan anda merancang permohonan program pengajian selepas SPM.
Dengan mengetahui jumlah mata merit yang diperolehi, anda dapat mengenalpasti program pengajian mana yang memberikan peluang yang lebih cerah untuk diterima masuk bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pengenalan Markah Merit UPU Bagi Lepasan SPM / STPM
Kemasukan pelajar ke Universiti Awam/ IPTA bagi program lepasan SPM dan STPM/ setaraf adalah berpandukan prinsip meritokrasi.
Terdapat 2 komponen yang diambil kira untuk cara kiraan merit ini iaitu:
- Markah akademik – 90%
- Markah kokurikulum – 10%
Markah akademik pula terbahagian kepada pecahan markah berikut:
- 40% – Mata pelajaran universal
- 30% – Mata pelajaran pakej
- 10% – Mata pelajaran terbaik
Walaupun, markah MERIT ini penting, namun ia bukan merupakan SYARAT UTAMA bagi pelajar layak mohon sesuatu program.
Ini kerana syarat utama bagi sesuatu program adalah MESTI memenuhi Syarat AM serta Syarat Khas Program.
Selepas cukup syarat khas tersebut, barulah MERIT diambil kira untuk menentukan calon berjaya mendapat tempat ataupun tidak.
Pentingnya Mematuhi Syarat Syarat Khas Program
CONTOH : Asasi Undang-Undang UIAM (Merit : 89.42%)
Salah satu Syarat Khas Program ini mesti mendapat Gred B dalam matapelajaran Sejarah
Andaikata kita mendapat merit sehingga 95% sekalipun DAN subjek Sejarah kita mendapat C+….. Pelajar ini TIDAK LAYAK mendapat tempat bagi program Asasi tersebut.
Malah…. Program Asasi Undang-Undang UIAM ini juga akan turut DIGUGURKAN di dalam borang permohonan UPU ONLINE kita nanti.
Dengan erti kata lain…. Program Asasi ini tidak akan muncul dalam permohonan kelak
Walaupun markah merit pelajar 95%, manakala merit program 89.42%….tapi pelajar ini tidak layak memohon.
Sebab apa…?
Sebab TIDAK MEMENUHI Syarat Khas Program itu.
Sama juga dengan pelajar yang mengambil SEMBILAN matapelajaran dan mendapat 8A+ tetapi subjek Sejarah beliau mendapat Gred C+
Pelajar ini juga TIDAK LAYAK mohon program Asasi tersebut kerana Tidak Memenuhi Syarat Khas Program.
Jadi, berhati-hati dalam membuat pilihan program ya!
Cara & Panduan Kiraan Markah Merit UPU Online
Kiraan Merit 2.0 Lepasan SPM & STPM
Berikut adalah maklumat mengenai kiraan merit yang adik-adik boleh jadikan rujukan dan panduan semasa mengisi permohonan UPUOnline:
Untuk membuat kiraan dengan mudah, sila rujuk aplikasi kalkulator merit :
- Muat turun aplikasi UPUPocket
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
- Buka aplikasi
- Klik pada Kalkulator Merit di bahagian menu
- Pilih “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/Setaraf”
- Pilih jenis aliran pengajian
- STEM A
- STEM B
- STEM C
- Kemanusiaan dan Sastera Ihtisas / Lain-lain
- Mata pelajaran untuk setiap aliran akan dipaparkan
- Masukkan gred untuk setiap mata pelajaran yang disenaraikan
- Masukkan markah kokurikulum yang diperoleh (Sila rujuk dengan pihak sekolah)
- Klik butang “Kira Markah Merit” di bahagian bawah skrin
- Markah merit anda akan dipaparkan pada popup
Baca lagi: UPUPocket: Aplikasi e-Panduan dan Permohonan UPU
Kalkulator Merit Online JPT & UPUPocket
Bagi memudahkan para pelajar membuat pengiraan sendiri markah merit UPU mereka, pihak Jabatan Pendidikan Tinggi telah membangunkan aplikasi kalkultor online di mana pengguna hanya perlu memasukkan beberapa input ke dalam kalkulator ini dan keputusan markah merit anda akan terus dipaparkan kepada anda.
Dengan kemudahan ini, anda tidak perlu membuat cara kiraan merit secara manual yang pastinya memeningkan dan kelihatan begitu kompleks!
Kalkulator Merit JPT
Klik salah satu pautan di bawah untuk menggunakan aplikasi kalkulator dalam talian ini:
Aplikasi UPUPocket
Selain kemudahan kalkulator dalam talian di atas, anda juga boleh menggunakan aplikasi mudah-alih UPUPocket yang boleh dimuat turun dan di pasang di peranti mudah alih anda.
Selain kemudahan kalkulator cara kiraan merit, UPUPocket juga mengandungi pelbagai ciri menarik yang lain untuk pelajar lepasan SPM yang ingin memohon kemasukan ke IPTA.
Muat turun Aplikasi UPUPocket:
Apple App Store : https://apps.apple.com/us/app/upupocket/id1341991394
Google PlayStore : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.upupocket&hl=en
Tips Permohonan UPU & Markah Merit SPM / STPM
Anda boleh membaca lebih lanjut tentang perkongsian mereka yang lebih arif dalam bidang ini melalui media sosial seperti TikTok dan Facebook berkenaan cara permohonan UPUOnline.
Berikut kami kongsikan serba sedikit tips untuk calon-calon :
- Trend Permohonan & Tawaran UPU
2. Cara Kira Markah Merit UPU Online
Sumber: Tiktok @crmuhamadnazri
3. Cara Beli No Pin UPU
4. Markah PAJSK / Kokurikulum
5. Halatuju Selepas SPM
Sumber: Tiktok @abdulmuiezruslee