Cara Daftar Perniagaan Sabah adalah berbeza dengan pendaftaran perniagaan untuk Semenanjung. Pendaftaran perniagaan di Sabah boleh dilakukan melalui Portal Digital Sabah atau terus ke kaunter PBT berdekatan anda.
Di Sabah, perniagaan berbentuk Milikan Tunggal (Sole Proprietorship) dan Perkongsian (Partnership) adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Pejabat Daerah masing-masing.
Pendaftaran perniagaan dan kebenaran beroperasi digabungkan sekali di bawah satu dokumen yang dipanggil Trading License (di bawah Ordinan Lesen Perniagaan 1948).
Berbeza dengan Semenanjung, pendaftaran perniagaan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) daripada SSM. Selepas itu, barulah pemilik memohon lesen premis/papan tanda daripada PBT.
Walau bagaimanapun, jika anda mahu menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), pendaftaran tersebut tetap perlu dilakukan secara nasional melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Jom rujuk cara daftar perniagaan Sabah di bawah dengan lebih terperinci.
Kenapa Pendaftaran Perniagaan di Sabah Tidak Menggunakan SSM?
Pendaftaran perniagaan di Sabah tidak menggunakan SSM seperti di Semenanjung Malaysia. Hal ini kerana:
- Autonomi Negeri 1963: Sabah mengekalkan hak undang-undang asal dan kuasa pentadbiran perniagaan tempatan semasa pembentukan Malaysia.
- Akta 1956 Tidak Terpakai: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pautan SSM Semenanjung) tidak dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.
- Ordinan Lesen Perniagaan 1948: Sabah menggunakan undang-undang sendiri di mana kuasa mengeluarkan lesen diberikan terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pejabat Daerah.
- Sistem “2-dalam-1”: Proses pendaftaran nama perniagaan dan kebenaran operasi premis digabungkan sekali gus di bawah PBT daerah, berbeza dengan Semenanjung yang memerlukan pendaftaran SSM berasingan.
- Pengecualian Syarikat Besar: Sistem PBT ini hanya untuk Enterprise (Milikan Tunggal/Perkongsian). Oleh itu, penubuhan syarikat Sdn. Bhd. di Sabah tetap wajib dilakukan melalui SSM.
Syarat Daftar / Mohon Trading License di Sabah
Syarat Umum:
- Warganegara: Pemohon mestilah warganegara Malaysia (keutamaan kepada penduduk Sabah/pemegang MyKad kod 12 atau H).
- Had Umur: Berumur 18 tahun ke atas semasa permohonan dibuat.
- Status Entiti: Terbuka untuk perniagaan jenis Milikan Tunggal (Sole Proprietorship) atau Perkongsian (Partnership).
- Bukan Anak Sabah (Semenanjung/Sarawak): Wajib memiliki Pas Kerja (Work Permit) yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah untuk menjalankan perniagaan di Sabah.
Dokumen Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Salinan Surat Perjanjian Sewa (Tenancy Agreement) atau Geran Tanah (jika milik sendiri) yang telah dibuat pengesahan benar (Certified True Copy).
- Salinan Resit Pembayaran Cukai Assesmen (Cukai Taksiran) yang terkini.
Dokumen Tambahan yang diperlukan mengikut jenis lesen yang dimohon:
- Kedai Makan/F&B: Wajib menyertakan kad pengesahan Suntikan Anti-Tifoid (Typhoid) dan Sijil Kursus Pengendalian Makanan KKM bagi setiap pekerja.
- Taska / Pusat Jagaan: Wajib menyertakan surat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
- Bengkel / Kilang: Perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lesen daripada Jabatan Bomba.
Rujuk lebih lanjut syarat dan dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan perniagaan di Sabah melalui pautan berikut: https://www.sabah.gov.my/ecircular/incoming/mof/docs/out/mof000240.pdf
Bagaimana Cara Daftar Perniagaan di Sabah?
Pendaftaran perniagaan di Sabah tertakluk di bawah Ordinan Lesen Perniagaan 1948 Sabah dan boleh dilakukan dua cara iaitu:
- Secara Atas Talian (Online): Anda boleh mendaftar akaun dan memohon melalui sistem eLesen di Portal Digital Sabah.
- Secara Manual (Kaunter): Hadir terus ke Pejabat PBT daerah masing-masing. Contohnya, jika perniagaan anda di Kota Kinabalu, serahkan permohonan ke Jabatan Pelesenan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Cara Daftar ‘Trading License’ Secara Online di Sabah
- Layari https://portal.digitalsabah.gov.my/
- Pilih menu Orang Awam dan klik Daftar Sekarang.
- Isi Maklumat: Masukkan nombor MyCard, nama penuh, emel, dan nombor telefon.
- Sahkan Emel: Klik pautan pengesahan yang dihantar ke peti masuk emel anda.
- Setelah selesai pendaftaran, log masuk menggunakan Mykad dan kata laluan yang anda tetapkan.
- Pilih perkhidmatan ‘eLesen‘.
- Klik ‘Daftar Lesen Baharu‘
- Isi maklumat perniagaan yang diperlukan, seperi maklumat lesen, jenis lesen, maklumat pemilik, maklumat pekerja, klik ‘Simpan dan Seterusnya‘.
- Muat Naik Dokumen: Sediakan dokumen sokongan berikut dalam format PDF:
- Salinan Kad Pengenalan (MyCard) pemilik/rakan kongsi.
- Surat perjanjian sewa premis atau geran tanah lokasi perniagaan.
- Salinan resit cukai taksiran terkini bagi premis tersebut.
- Dokumen khusus jika berkaitan (cth: kad suntikan Typhoid & sijil pengendali makanan untuk kedai makan).
- Bayaran & Cetak: Selepas permohonan diluluskan oleh PBT daerah, lakukan pembayaran yuran secara online dan cetak lesen perniagaan anda.
Nota:
- Jika PBT daerah anda belum menyokong sistem eLesen sepenuhnya, anda perlu hadir ke kaunter Majlis Perbandaran/Daerah berdekatan anda.
- Contohnya, Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sandakan: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Tawau: Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Untuk daerah lain, sila rujuk Majlis Daerah atau Pejabat Daerah masing-masing.
Panduan Bergambar Cara Daftar ‘Trading License’ Secara Online di Sabah






Seterusnya, anda perlu isi semua maklumat yang diperlukan, muat naik dokumen dan buat pembayaran. Selesai!
Untuk panduan lebih jelas, rujuk video tutorial di bawah:
PENTING: Bagi perniagaan SDN BHD, prosesnya dikendalikan sepenuhnya oleh SSM secara atas talian.
Anggaran Kos
Bayaran tahunan bagi Trading License am adalah sekitar RM35 setahun.
NOTA: Bayaran tertakluk kepada jenis perniagaan dan PBT daerah masing-masing).
Muat Turun Borang Pendaftaran Perniagaan Sabah
Untuk bacaan lebih lanjut mengenai trading license ordinance di Sabah, anda boleh muat turun PDF di bawah: (Sumber: Sabah LawNet)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Trading License di Sabah, sila layari Portal BizSabah dan Portal Digital Sabah
Hubungi PBT daerah anda (DBKK, MPS, MPT, atau Pejabat Daerah) untuk maklumat terkini mengenai permohonan lesen perniagaan di Sabah.
Soalan Lazim Cara Daftar Perniagaan Sabah
Anda boleh memohon melalui eLesen di Portal Digital Sabah. Walau bagaimanapun, kelulusan muktamad masih tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah anda. Sesetengah daerah yang belum mengintegrasikan sistem eLesen sepenuhnya memerlukan anda menghantar borang fizikal ke kaunter.
Boleh, tetapi ada syarat tambahan. Anda tidak boleh mendaftar perniagaan milikan tunggal dengan MyCard Semenanjung/Sarawak begitu sahaja. Anda wajib memiliki Pas Kerja (Work Pass) yang sah daripada Jabatan Imigresen Negeri Sabah terlebih dahulu untuk membuktikan status penempatan perniagaan anda di sana.
Ya, tetap perlu. PBT di Sabah memerlukan alamat operasi yang sah untuk rekod bancian perniagaan. Jika anda beroperasi dari rumah, anda perlu memuat naik geran rumah atau surat kebenaran pemilik kediaman
Satu (1) Tahun. Kebanyakan lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di Sabah tamat tempoh pada 31 Disember setiap tahun. Oleh itu, anda perlu membuat pembaharuan (renewal) setiap hujung tahun atau awal tahun baharu bagi memastikan lesen perniagaan sentiasa aktif.
Boleh.
Sdn. Bhd. wajib didaftarkan dengan SSM. Peraturan autonomi PBT hanya mengecualikan perniagaan kecil jenis Enterprise (Milikan Tunggal & Perkongsian).




