Cara Buang Kahak Bayi Di Rumah (No.4 Paling Berkesan!)

cara buang kahak bayi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagaimanakah cara buang kahak bayi dengan teknik yang betul dan selamat?

Penjagaan hidung bayi adalah sangat penting kerana bayi yang baru lahir tidak boleh bernafas melalui mulutnya kecuali apabila menangis.

Sebelum bayi berumur tiga atau empat bulan, mereka belum mampu mengembangkan refleks untuk membuka mulut apabila hidungnya tersumbat.

Justeru itulah, ibu ayah perlu lebih berhati-hati dalam menjaga hidung bayi mereka agar sentiasa bersih dan tiada kahak atau lendir yang menyekat.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara buang kahak bayi paling berkesan yang boleh ibu ayah lakukan di rumah.

Baca juga:

Normal ke, bayi berkahak?

cara buang kahak bayi

Bayi berkahak adalah situasi yang normal boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Bahkan kahak pun mempunyai manfaatnya tersendiri untuk menapis segala debu, habuk, asap, kotoran, dan bendasing masuk ke dalam paru-paru atau saluran pernafasan.

Namun kahak yang terlalu banyak juga memberi kesan tertentu kepada bayi anda.

Faktanya, bayi yang baru lahir mempunyai saluran hidung yang kecil dan halus iaitu 2-3 milimeter lebar.

Maka tidak peliklah, lendir dan kahak yang sedikit pun boleh memberi gangguan besar kepada pernafasan mereka.

Penyebab cara buang kahak bayi

cara buang kahak bayi

Daya ketahanan bayi yang baru lahir belum berkembang sepenuhnya. Justeru amat mudah untuk bayi anda mendapat masalah saluran pernafasan dari faktor luaran mahupun dalaman.

Antara punca bayi berkahak adalah seperti berikut:

  • Nasofaringitis: Disebabkan oleh alahan, penyebaran virus dan bakteria
  • Bronkitis: Keradangan dan peningkatan rembesan dalam bronkial
  • Selsema: Disebabkan oleh virus. Biasanya, gejala selsema lebih ringan dan prognosis lebih baik
  • Gastroesophageal: Refluks sering berlaku apabila makanan tidak dapat dicerna
  • Beberapa faktor lain termasuklah seperti sejuk, persekitaran yang banyak asap rokok, pencemaran, cuaca terlalu kering, perubahan cuaca

Cara buang kahak bayi dengan mudah

Terdapat beberapa cara buang kahak bayi yang boleh anda sebagai ibu ayah lakukan. Berikut adalah antara caranya:

1. Sedut secara manual

Bayi di usia enam bulan pertama cenderung bernafas melalui hidung. Jadi hidung tersumbat boleh menyerang mereka dengan teruk.

Membersihkan lendir dengan penyedut hidung boleh membantu mereka bernafas dengan lebih mudah.

Untuk menggunakan penyedut ini, anda hanya perlu mengeluarkan lebih udara dan masukkan perlahan-lahan ke dalam lubang hidung bayi.

Condongkan hujung ke bawah sedikit supaya ia lebih berserenjang dengan muka mereka. Lepaskan tekanan dan keluarkan dari hidung mereka. Kemudian, picit lendir yang keluar pada tisu.

Untuk lebih berkesan, anda juga boleh gunakan larutan garam salin (saline nasal solution) untuk memudahkan lendir keluar.

Ikut arahan yang diberikan pada kotak. Anda hanya perlu baringkan bayi dan semburkan beberapa titis larutan tersebut ke dalam setiap lubang hidung sebelum menggunakan penyedut lendir.

2. Pastikan bayi sentiasa terhidrasi

Sama seperti orang dewasa, bayi juga kadangkala tidak mempunyai selera makan apabila mereka sakit.

Tetapi biarpun begitu, anda tetap harus menggalakkan bayi anda menyusu badan atau minum susu formula sekerap mungkin sebagai ikhtiar cara buang kahak bayi.

3. Wapkan anak

Bayi tidak mempunyai kekuatan otot untuk membersihkan kahak sendiri. Cara buang kahak bayi yang boleh anda lakukan adalah dengan wapkan anak.

Bawa bayi anda ke bilik mandi dan hidupkan pancuran mandian untuk menjadikan udara panas dan berwap.

Udara yang hangat dan lembap akan membuatkan hidung mereka mengeluarkan lendir dari kerongkong.

Cuba lakukan sebelum tidur, kerana lendir cenderung mengalir ke dalam kerongkong dan dada bayi anda semasa mereka berbaring.

4. Tepuk belakang badan anak

Teknik tepukan percussion mampu untuk melonggar dan membuang kahak yang ada di dalam paru-paru anak.

Anda perlu memastikan sebelum lakukan cara ini, anak tidak boleh diberikan susu atau makanan bagi mengelakkan muntah.

Cara untuk melakukannya mudah sahaja. Anda hanya perlu memastikan anak berada di posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut.

Bentukkan tapak tangan anda seperti cupping dan mula tepuk dibelakang badan anak. Tepuk selama 15 minit dan alih dari kiri dan kanan tubuhnya.

5. Pasang pelembap udara

Udara yang kering boleh menyebabkan kesesakan pada pernafasan. Salah satu cara terbaik untuk membersihkan kahak bayi adalah dengan menggnakan pelembap uadara di dalam bilik.

Ia amat berguna untuk menggunakan pelembap semasa si kecil anda sedang lena tidur.

6. Biarkan bayi anda duduk tegak

Apabila bayi anda duduk tegak, daya graviti akan membantu mengeluarkan lendir yang menyumbat hidung mereka untuk memudahkan mereka bernafas dengan lancar.

7. Gunakan madu asli

Madu asli sangat banyak manfaatnya kepada kesihatan tidak kira usia. Cara ini sedikit tradisional tetapi masih mujarab untuk diamalkan.

Sesuai untuk anak anda yang sudah berumur setahun ke atas, berikan mereka 1 sudu masu asli yang dicampur bersama 1 biji limau nipis/lemon dan sedikit air. Boleh juga gantikan air dengan air zam-zam sekiranya ada.

Bila perlu jumpa doktor

Cara buang kahak bayi di rumah adalah cara berkesan untuk membersihkan kahak di kerongkong.

Tetapi anda perlu sentiasa memantau perkembangan abnormal bayi anda supaya rawatan yang betul dapat diberikan tepat pada masanya.

Apabila bayi anda mempunyai kahak di kerongkong disertai tanda-tanda seperti:

  • Kahak berwarna hijau, coklat, atau merah-coklat secara tidak normal
  • Sianosis di sekeliling bibir
  • Sesak nafas, semput, pernafasan cetek yang cepat, tarikan dada, dan lubang hidung yang membonjol
  • Muntah banyak, muntah lagi lepas makan
  • Tiada selera makan, kurang makan, lesu atau mudah marah
  • Demam panas, suhu badan melebihi 38.5°C
  • Bibir kering, nafas berbau, dan lidah kotor 

Justeru jika anda nampak bayi anda mempunyai tanda seperti di atas tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan awal.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara buang kahak bayi dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Learning About How to Help Your Child Cough Up Mucus. My Health.Alberta.ca
  2. How to Get Rid of Phlegm: Tips, Home Remedies, and Medications to Try. Healthline
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut