Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius isu buli di sekolah yang boleh memberikan kesan yang negatif kepada murid.
Oleh kerana itu, pihak KPM telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi isu ini termasuklah mengeluarkan garis panduan dalam mengendalikan isu ini.
Maksud Buli
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, buli bermaksud perbuatan menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan.
Secara spesifiknya, buli merupakan perbuatan oleh seorang atau beberapa orang yang menggunakan kekuatan atau kekerasan untuk menakutkan, mengganggu, menghina atau menyakitkan orang lain melalui pelbagai kaedah, sama ada secara fizikal, mental atau emosi yang mengakibatkan kecederaan fizikal atau gangguan emosi kepada mangsa.
Jenis & Ciri-Ciri Buli Di Sekolah
Terdapat 4 jenis buli iaitu:
- Buli Fizikal
- Buli Lisan
- Buli Bukan Lisan
- Buli Siber
Ciri-ciri buli dan contoh-contohnya adalah seperti berikut:
Jenis | Ciri-Ciri | Contoh |
Buli Fizikal | Kekerasan fizikal terhadap tubuh badan dan harta benda mangsa | Memukul, menyepak, menampar, mencuri, merosakkan harta benda. |
Buli Lisan | Menggunakan perkataan untuk menyakiti atau menghina | Mengejek, mengusik, menyebarkan fitnah, mengancam, body-shaming. |
Buli Bukan Lisan | Isyarat, gaya tubuh, dan tindakan psikologi tanpa menggunakan kata-kata | Menjegilkan mata, senyum sinis, menjelir lidah, pemulauan (boikot) |
Buli Siber | Menggunakan teknologi dan komunikasi untuk mengancam atau memalukan | Menyebarkan fitnah dalam talian, memulau di media sosial, menggodam akaun, menyamar sebagai orang lain. |
Punca Buli
Wujudnya amalan buli boleh dikaitkan dengan beberapa punca:
(a) Faktor Keluarga
- Kurang didikan dan penghayatan agama atau moral.
- Kurang perhatian dan kasih sayang.
- Keterbezaan gaya didikan.
- Peniruan gaya hidup dalam keluarga.
- Kurang pemantauan.
(b) Faktor Individu
- Saiz badan.
- Panas baran.
- Dendam kerana pernah dibuli.
- Kecelaruan gender.
- Konsep kendiri yang rendah.
- Inginkan perhatian.
(c) Faktor Persekitaran
- Mahu pengiktirafan rakan sebaya.
- Institusi masyarakat yang kurang prihatin.
(d) Pengaruh Media
- Rancangan atau program yang bercorak keganasan.
- Bahan negatif melalui Internet.
- Permainan video yang menjurus kepada keganasan
Kesan Buli
Mangsa buli berkemungkinan mengalami kesan jangka pendek dan jangka panjang dalam aspek yang berikut:
(a) Fizikal
- Masalah kesihatan seperti selesema, sakit belakang, sesak nafas.
- Kecederaan seperti lebam atau luka.
- Gangguan tidur.
- Keletihan.
- Hilang selera makan.
(b) Emosi
- Tekanan emosi.
- Ketakutan.
- Kebimbangan.
- Kemurungan.
- Rasa rendah diri.
- Rasa terancam.
(c) Tingkah Laku
- Kehadiran ke sekolah merosot.
- Kurang keyakinan diri.
- Prestasi pelajaran merosot.
Pengendalian Kes Buli
Pengendalian kes ini di sekolah boleh dirujuk melalui carta alir berikut:
Muat Turun Garis Panduan
Garis panduan berkenaan gejala buli seperti yang berlaku di sekolah boleh dilihat di dalam file di bawah:
Info Lanjut
Info lanjut mengenai perkara ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my
Baca juga: Buli Di Tempat Kerja: Contoh, Tindakan & Saluran Aduan