Buku teks Sains Tingkatan 2 KSSM disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai bahan utama pembelajaran dan pengajaran sains bagi Tingkatan 1 di sekolah.
Ia memuatkan pelbagai topik yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada konsep asas dalam sains, seterusnya membina asas kukuh bagi pembelajaran di tingkatan seterusnya.
Buku ini direka khusus selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), yang menekankan pembangunan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pembelajaran berasaskan inkuiri, dan aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
Melalui pendekatan yang bersepadu dan interaktif, buku teks ini diharapkan dapat melahirkan generasi pelajar yang celik sains dan mampu mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam menghadapi cabaran masa depan.
Mengenai Buku Teks Sains Tingkatan 2
Buku teks Sains Tingkatan 2 KSSM memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat ini dengan menyediakan kandungan yang komprehensif, menarik, dan relevan dengan perkembangan sains dan teknologi semasa.
Buku merupakan bahan pembelajaran utama yang disusun berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Ia bertujuan memperkukuhkan pemahaman pelajar terhadap konsep asas sains, termasuk biologi, kimia, dan fizik.
Buku ini menampilkan pendekatan pembelajaran berasaskan penyelidikan dan eksperimen, membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran saintifik serta pemikiran kritis.
Struktur buku ini merangkumi beberapa bab utama seperti penyiasatan saintifik, kehidupan dan proses organisma, jirim serta tenaga.
Setiap bab disertakan dengan ilustrasi menarik, contoh situasi harian, serta aktiviti yang membantu pemahaman konsep secara lebih mendalam.
Selain itu, buku ini turut menekankan aspek teknologi dan inovasi dalam sains, menggalakkan pelajar meneroka aplikasi sains dalam dunia sebenar.
Artikel berkaitan: Buku Teks Sains Tingkatan 1 KSSM: Bahasa Melayu & English
Isi kandungan buku teks
Secara umumnya, buku teks Sains Tingkatan 2 disusun secara sistematik untuk memudahkan pemahaman pelajar.
Ia merangkumi beberapa bab utama yang saling berkaitan, membina konsep secara berperingkat.
Berikut adalah struktur kandungan yang terdapat dalam buku teks ini:
Bab 1: Biodiversiti
- 1.1 Kepelbagaian Organisma
- 1.2 Pengelasan Organisma
Bab 2: Ekosistem
- 2.1 Aliran Tenaga dalam Ekosistem
- 2.2 Kitar Nutrien dalam Ekosistem
- 2.3 Saling Bersandaran dan Interaksi antara Organisma dan
- antara Organisma dengan Persekitaran
- 2.4 Peranan Manusia dalam Mengekalkan Keseimbangan Alam
Bab 3: Nutrisi
- 3.1 Kelas Makanan
- 3.2 Kepentingan Gizi Seimbang
- 3.3 Sistem Pencernaan Manusia
- 3.4 Proses Penyerapan dan Pengangkutan Hasil Pencernaan serta Penyahtinjaan
Bab 4: Kesihatan Manusia
- 4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit
- 4.2 Pertahanan Badan
Bab 5: Air dan Larutan
- 5.1 Sifat Fizik Air
- 5.2 Larutan dan Kadar Keterlarutan
- 5.3 Pembersihan dan Pembekalan Air
Bab 6: Asid dan Alkali
- 6.1 Sifat Asid dan Alkali
- 6.2 Peneutralan
Bab 7: Keelektrikan dan Kemagnetan
- 7.1 Keelektrikan
- 7.2 Pengaliran Arus Elektrik dalam Litar Bersiri dan Litar Selari
- 7.3 Kemagnetan
Bab 8: Daya dan Gerakan
- 8.1 Daya
- 8.2 Kesan Daya
Bab 9: Haba
- 9.1 Hubung Kait Suhu dengan Haba
- 9.2 Pengaliran Haba dan Keseimbangan Haba
- 9.3 Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim
- 9.4 Hubung Kait Jenis Permukaan Objek dengan Penyerapan dan Pembebasan Haba
Bab 10: Gelombang Bunyi
- 10.1 Ciri Gelombang Bunyi
- 10.2 Kenyaringan dan Kelangsingan Bunyi
- 10.3 Fenomena dan Aplikasi Pantulan Gelombang Bunyi
Bab 11 Bintang dan Galaksi dalam Alam Semesta
- 11.1 Bintang dan Galaksi dalam Alam Semesta
Bab 12: Sistem Suria
- 12.1 Sistem Suria
Bab 13: Meteoroid, Asteroid, Komet
- 13.1 Jasad Lain dalam Sistem Suria iaitu Meteoroid, Asteroid dan Komet
Muat turun buku teks
Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyediakan akses kepada buku teks Sains tingkatan 2 dalam format digital (PDF) bagi memudahkan pelajar, guru dan ibu bapa mendapatkan bahan pembelajaran ini secara digital.
Pelajar boleh mengakses buku daripada PDF di bawah (klik Download untuk muat turun):
Buku Teks Sains Tingkatan 2 ini juga terdapat bagi versi Dual Language Programme (DLP) dalam versi bahasa Inggeris yang boleh dimuat turun di bawah: