Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4 KSSM

Bagi murid yang mengambil pembelajaran Sains Sukan, murid boleh memuat turun buku teks Sains Sukan Tingkatan 4 untuk rujukan pembelajaran mereka.

Berikut merupakan maklumat mengenai buku teks ini dan isi kandungannya.

Mengenai Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4

Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4 adalah salah satu daripada mata pelajaran yang terdapat dalam Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) dalam bidang teknologi untuk Tingkatan 4 dan 5.

MPEI menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubal berlandaskan kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Buku teks ini mengandungi tiga bidang utama yang merangkumi 17 unit yang mana tiga
bidang utama itu adalah Pengenalan Sains Sukan dan Pengurusan Sukan, Fungsi Sistem Tubuh dalam Pergerakan dan Pengenalan Sains Pergerakan.

Kandungan dalam setiap unit disertakan dengan aktiviti seperti perbincangan
dalam kumpulan, pencarian maklumat, aktiviti secara berpasangan dan pelbagai aktiviti yang mencetuskan minat murid.

Setiap unit diakhiri dengan aktiviti Uji Minda untuk menguji kefahaman murid seperti
Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad ke-21 dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Isi Kandungan Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4

Berikut adalah isi kandungan buku teks ini:

BIDANG 1: PENGENALAN SAINS SUKAN DAN PENGURUSAN SUKAN

  • Unit 1.1 Pengenalan Sains Sukan
  • Unit 1.2 Dasar Sukan Negara
  • Unit 1.3 Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan
    – Rumusan
    – Refleksi
    – Latihan Pengukuhan

BIDANG 2 : FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN

  • Unit 2.1 Pengenalan Sistem Tubuh Manusia
  • Unit 2.2 Sokongan dan Pergerakan
  • Unit 2.3 Kawal Atur Sistem Tubuh Manusia
  • Unit 2.4 Fungsi Sistem Kardiorespiratori
  • Unit 2.5 Penghasilan Tenaga
  • Unit 2.6 Adaptasi Sistem Tubuh Manusia
    – Rumusan
    – Refleksi
    – Latihan Pengukuhan

BIDANG 3: PENGENALAN SAINS PERGERAKAN

  • Unit 3.1 Satah dan Pergerakan Asas
  • Unit 3.2 Jenis-jenis Gerakan
  • Unit 3.3 Asas Kinematik Gerakan
  • Unit 3.4 Asas Kinetik Gerakan
  • Unit 3.5 Hukum Newton
  • Unit 3.6 Stabiliti
  • Unit 3.7 Asas Kemahiran Motor Manusia
  • Unit 3.8 Pembelajaran Kemahiran Motor
    – Rumusan
    – Refleksi
    – Latihan Pengukuhan

Muat Turun Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4

Buku teks ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Baca juga: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM

Bantu kami share artikel ini: