Buku Teks Matematik Tingkatan 3 KSSM: Bahasa Melayu & English

Buku Teks Matematik Tingkatan 3
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buku Teks Matematik Tingkatan 3 KSSM merupakan salah satu rujukan utama bagi pelajar menengah rendah di Malaysia.

Buku ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan setiap pelajar memperoleh ilmu asas dan kemahiran matematik yang diperlukan untuk menghadapi cabaran pembelajaran di peringkat menengah atas nanti.

Kandungan buku ini juga selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diperkenalkan secara berperingkat sejak tahun 2017.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tingkatan 3 direka bentuk untuk membina asas yang kukuh dalam kalangan pelajar bagi menghadapi cabaran matematik yang lebih kompleks di peringkat menengah atas.

Mengenai Buku Teks Matematik Tingkatan 3

download buku teks Matematik Tingkatan 3

Terdapat 2 versi Buku Teks Matematik Tingkatan 3 ini iaitu dalam bahasa Melayu dan English sebagai sebahagian daripada program Dual Languange Programme (DLP) di mana buku teks KSSM DLP direka khusus untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam dwibahasa.

Buku teks Matematik Tingkatan 3 KSSM memainkan peranan penting sebagai panduan utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Matematik Tingkatan 3 merangkumi pelbagai topik yang disusun secara sistematik dan menarik.

Buku teks ini bukan sahaja mengandungi pelbagai topik penting dalam bidang Matematik, malah dilengkapi dengan aktiviti pengayaan, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), serta aplikasi dunia sebenar bagi membantu pelajar memahami konsep dengan lebih mendalam.

Buku teks ini digunakan secara meluas di sekolah menengah sebagai rujukan utama dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Guru akan merujuk buku ini untuk merancang aktiviti PdPc (Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Kelas), manakala pelajar boleh menggunakannya untuk mengulang kaji topik yang telah diajar.

Buku ini juga membantu pelajar membina asas yang kukuh sebelum melangkah ke Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, di mana mereka akan mendalami Matematik dalam bentuk yang lebih abstrak seperti Matematik Tambahan.

Artikel berkaitan: Buku Teks Matematik Tingkatan 2 KSSM: Bahasa Melayu & English

Isi kandungan buku teks

Buku Teks Matematik Tingkatan 3 KSSM ini dibahagikan kepada beberapa bab utama yang merangkumi pelbagai konsep matematik.

Berikut adalah struktur kandungan yang terdapat dalam buku teks ini:

BAB 1: Indeks

  • 1.1 Tatatanda Indeks
  • 1.2 Hukum Indeks

BAB 2: Bentuk Piawai

  • 2.1 Angka Bererti
  • 2.2 Bentuk Piawai

BAB 3: Matematik Pengguna: Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang

  • 3.1 Simpanan dan Pelaburan
  • 3.2 Pengurusan Kredit dan Hutang

BAB 4: Lukisan Berskala

  • 4.1 Lukisan Berskala

BAB 5: Nisbah Trigonometri

  • 5.1 Sinus, Kosinus dan Tangen bagi Sudut Tirus dalam Segi Tiga Bersudut Tegak

BAB 6: Sudut dan Tangen bagi Bulatan

  • 6.1 Sudut pada Lilitan dan Sudut Pusat yang Dicangkum oleh Suatu Lengkok 6
  • .2 Sisi Empat Kitaran
  • 6.3 Tangen kepada Bulatan
  • 6.4 Sudut dan Tangen bagi Bulatan

BAB 7: Pelan dan Dongakan

  • 7.1 Unjuran Ortogon
  • 7.2 Pelan dan Dongakan

BAB 8: Lokus dalam Dua Dimensi

  • 8.1 Lokus
  • 8.2 Lokus dalam Dua Dimensi

BAB 9: Garis Lurus

  • 9.1 Garis Lurus

Muat turun buku teks

Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyediakan akses kepada buku teks Matematik Tingkatan 3 dalam format digital (PDF) bagi memudahkan pelajar, guru dan ibu bapa mendapatkan bahan pembelajaran ini secara digital.

Pelajar boleh mengakses buku ini daripada PDF di bawah (klik Download untuk muat turun):

Buku Teks Matematik Tingkatan 3 ini juga terdapat bagi versi Dual Language Programme (DLP) dalam versi bahasa Inggeris yang boleh dimuat turun di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut