Buku Teks Matematik Tingkatan 2 KSSM: Bahasa Melayu & English

Buku Teks Matematik Tingkatan 2 KSSM
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buku Teks Matematik Tingkatan 2 KSSM merupakan sumber rasmi pengaajian subjek Matematik bagi Tingkatan 2 yang dirangka untuk memperkukuhkan pemahaman konsep asas serta memperkenalkan konsep yang lebih kompleks.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Matematik bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan asas matematik yang kukuh dan relevan untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Buku teks Matematik Tingkatan 2 KSSM memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat ini dengan menyajikan konsep-konsep matematik secara sistematik dan menarik.

Ia direka untuk memupuk pemahaman yang mendalam, kemahiran berfikir aras tinggi, dan keupayaan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar.

Mengenai Buku Teks Matematik Tingkatan 2

Terdapat 2 versi Buku Teks Matematik Tingkatan 2 ini iaitu dalam bahasa Melayu dan English sebagai sebahagian daripada program Dual Languange Programme (DLP) di mana buku teks KSSM DLP direka khusus untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam dwibahasa.

Buku Teks Matematik Tingkatan 2 KSSM ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang diperkenalkan bermula tahun 2017.

Buku teks ini disusun secara sistematik bagi membantu pelajar memahami konsep-konsep matematik secara progresif serta memperkukuhkan penguasaan kemahiran asas yang telah dipelajari di Tingkatan 1.

Ia juga merangkumi pendekatan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan penekanan kepada pembelajaran kontekstual, aktiviti kolaboratif dan pemikiran aras tinggi (KBAT).

Setiap bab dibentangkan dengan jelas, disertai dengan contoh-contoh yang relevan dan latihan yang pelbagai untuk mengukuhkan pemahaman.

Artikel berkaitan: Buku Teks Matematik Tingkatan 1 KSSM: Bahasa Melayu & English

Isi kandungan buku teks

Buku Teks Matematik Tingkatan 2 KSSM ini dibahagikan kepada beberapa bab utama yang merangkumi pelbagai konsep matematik.

Berikut adalah struktur kandungan yang terdapat dalam buku teks ini:

Bab 1: Pola dan Jujukan

  • 1.1 Pola
  • 1.2 Jujukan
  • 1.3 Pola dan Jujukan

Bab 2: Pemfaktoran dan Pecahan Algebra

  • 2.1 Kembangan
  • 2.2 Pemfaktoran
  • 2.3 Ungkapan Algebra dan Hukum Operasi Asas Aritmetik

Bab 3: Rumus Algebra

  • 3.1 Rumus Algebra

Bab 4: Poligon

  • 4.1 Poligon Sekata
  • 4.2 Sudut Pedalaman dan Sudut Peluaran Poligon

Bab 5: Bulatan

  • 5.1 Sifat Bulatan
  • 5.2 Simetri Perentas
  • 5.3 Lilitan dan Luas Bulatan

Bab 6: Bentuk Geometri Tiga Dimensi

  • 6.1 Sifat Geometri Bentuk Tiga Dimensi
  • 6.2 Bentangan Bentuk Tiga Dimensi
  • 6.3 Luas Permukaan Bentuk Tiga Dimensi
  • 6.4 Isi Padu Bentuk Tiga Dimensi

Bab 7: Koordinat

  • 7.1 Jarak dalam Sistem Koordinat Cartes
  • 7.2 Titik Tengah dalam Sistem Koordinat Cartes
  • 7.3 Sistem Koordinat Cartes

Bab 8: Graf Fungsi

  • 8.1 Fungsi
  • 8.2 Graf Fungsi

Bab 9: Laju dan Pecutan

  • 9.1 Laju
  • 9.2 Pecutan

Bab 10: Kecerunan Garis Lurus

  • 10.1 Kecerunan

Bab 11: Transformasi Isometri

  • 11.1 Transformasi
  • 11.2 Translasi
  • 11.3 Pantulan
  • 11.4 Putaran
  • 11.5 Translasi, Pantulan dan Putaran sebagai Isometri
  • 11.6 Simetri Putaran

Bab 12: Sukatan Kecenderungan Memusat

  • 12.1 Sukatan Kecenderungan Memusat

Bab 13: Kebarangkalian Mudah

  • 13.1 Kebarangkalian Eksperimen
  • 13.2 Kebarangkalian Teori yang Melibatkan Kesudahan Sama Boleh Jadi
  • 13.3 Kebarangkalian Peristiwa Pelengkap
  • 13.4 Kebarangkalian Mudah

Secara keseluruhan, buku teks Matematik Tingkatan 2 KSSM direka untuk menjadi panduan yang komprehensif dan mesra pelajar.

Dengan kandungan yang tersusun, contoh-contoh yang jelas, dan latihan yang pelbagai, buku ini diharapkan dapat membantu pelajar membina asas matematik yang kukuh dan seterusnya berjaya dalam pembelajaran matematik di peringkat yang lebih tinggi.

Penggunaan buku teks ini secara efektif, bersama dengan bimbingan guru yang berdedikasi, akan membuka jalan kepada pemahaman matematik yang mendalam dan aplikasi yang relevan dalam kehidupan seharian.

Muat turun buku teks

Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyediakan akses kepada buku teks Matematik Tingkatan 2 dalam format digital (PDF) bagi memudahkan pelajar, guru dan ibu bapa mendapatkan bahan pembelajaran ini secara digital.

Pelajar boleh mengakses buku ini daripada PDF di bawah (klik Download untuk muat turun):

Buku Teks Matematik Tingkatan 2 ini juga terdapat bagi versi Dual Language Programme (DLP) dalam versi bahasa Inggeris yang boleh dimuat turun di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut