Cara Buka Akaun Bank Islam Online (BIMB Mobile)

buka akaun bank islam
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Buka akaun Bank Islam kini lebih mudah dengan aplikasi BIMB Mobile, membolehkan pengguna mendaftar terus dari telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memilih akaun seperti Qard Savings Account-i (deposit RM100) atau Basic Savings Account-i (deposit RM20), menjadikannya cepat, mudah dan mesra pengguna.

Apa itu Akaun Bank Islam

Akaun Bank Islam ialah produk perbankan yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), iaitu perintis kepada sistem perbankan Islam di Malaysia. Di tubuhkan sebagai institusi kewangan pertama berasaskan prinsip Syariah, Bank Islam memainkan peranan penting dalam membangunkan serta memacu pertumbuhan industri kewangan Islam negara.

Sebagai pelopor, Bank Islam menyediakan pelbagai jenis akaun seperti akaun simpanan, akaun semasa, akaun pelaburan, dan akaun deposit berjangka, semuanya beroperasi berasaskan konsep seperti Wadiah (simpanan amanah), Mudharabah (perkongsian untung) dan Qard (pinjaman tanpa faedah).

Hari ini, Bank Islam terus berkembang dengan visi untuk memenuhi keperluan kewangan masyarakat secara mampan dan beretika, sambil kekal berpaksikan peraturan serta prinsip Syariah.

Setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bukan sahaja mematuhi hukum Islam, tetapi juga bertujuan membentuk kesejahteraan ekonomi dan sosial yang lebih seimbang untuk semua lapisan masyarakat.

Syarat Kelayakan Buka Akaun Bank Islam

Berikut adalah kelayakan untuk buka akaun Bank Islam:

  • Individu yang berumur minimum 12 tahun dan ke atas bagi pembukaan Akaun Simpanan Asas Bank Islam dan Akaun Simpanan Qard.
  • Individu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas bagi pembukaan Akaun Pelaburan Al-Awfar.

Jenis Akaun Bank Islam

Melalui aplikasi BIMB Mobile, pengguna boleh memilih jenis akaun yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Antara pilihan yang ditawarkan termasuk:

  • Qard Savings Account-i dengan deposit minimum RM100
  • Basic Savings Account-i dengan deposit minimum RM20
buka akaun Bank Islam

Syarat & Panduan Pembukaan Akaun BIMB Mobile

  • Pengguna perlu mempunyai MyKad.
  • Pastikan proses dilakukan di ruang yang terang dan cukup pencahayaan bagi memudahkan pengesahan wajah.
  • Deposit awal perlu dibuat melalui Online Banking Wallet menggunakan akaun bank Malaysia atas nama pengguna sendiri.
  • Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun bank Malaysia, pembukaan akaun perlu dilakukan secara manual di cawangan Bank Islam terdekat.
  • Pelanggan sedia ada akan menerima Debit Card-i melalui pos ke alamat berdaftar.
  • Pelanggan baharu perlu mengambil Debit Card-i di cawangan pilihan semasa proses pembukaan akaun.

Cara Buka Akaun Bank Islam Melalui BIMB Mobile

Berikut langkah mudah buka akaun Bank Islam menggunakan aplikasi BIMB Mobile tanpa perlu ke cawangan atau isi borang manual. Hanya gunakan telefon pintar anda dan ikuti panduan di bawah:

Langkah 1:
Tekan pilihan “I don’t have a Bank Islam account” pada skrin utama aplikasi BIMB Mobile.

Langkah 2:
Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit anda. Pastikan nombor yang dimasukkan adalah aktif untuk menerima pengesahan.

Langkah 3:
Pilih jenis akaun Bank Islam yang anda mahu buka. Antara pilihan termasuk Qard Savings Account-i dan Basic Savings Account-i mengikut keperluan anda.

Langkah 4:
Imbas MyKad anda (depan dan belakang), kemudian ambil swafoto (selfie) untuk tujuan pengesahan identiti.

Langkah 5:
Lakukan deposit permulaan dengan mudah daripada mana-mana akaun bank yang menggunakan nama sama seperti MyKad anda.
(Nota: Jika nama tidak sepadan, wang akan dipulangkan dalam tempoh tiga hari bekerja.)

Selesai!
Akaun anda kini aktif dan sedia digunakan di BIMB Mobile serta BIMB Web. Anda boleh mula membuat transaksi, semakan baki, dan urusan perbankan lain secara digital.

Cara Login BIMB Mobile

Jika anda menukar telefon atau menggunakan peranti baharu, berikut langkah mudah untuk login ke BIMB Mobile semula dan pautkan akaun anda dengan selamat:

  1. Langkah 1: Pasang Aplikasi BIMB Mobile
    Muat turun aplikasi BIMB Mobile daripada Google Play Store (Android) atau Apple App Store (iOS). Pastikan anda memuat turun daripada sumber rasmi untuk keselamatan akaun anda.
  2. Langkah 2: Log Masuk Menggunakan Butiran Akaun Anda
    Setelah aplikasi dipasang, buka aplikasi dan masukkan nama pengguna (username) serta kata laluan (password) untuk memulakan proses log masuk.
  3. Langkah 3: Sahkan Akses Dari Peranti Lama
    Untuk pengesahan, BIMB Mobile akan menghantar notifikasi ke peranti lama anda.
    Tekan “Approve” pada peranti lama bagi membenarkan log masuk di peranti baharu.
    • Jika anda tiada akses ke peranti lama, sila lawati cawangan Bank Islam terdekat untuk pengesahan identiti.
  4. Langkah 4: Lengkapkan Proses Log Masuk
    Setelah diluluskan, peranti baharu anda akan dipaut sepenuhnya (fully linked) ke akaun BIMB Mobile. Anda kini boleh mula menggunakan aplikasi seperti biasa untuk semua urusan perbankan.
buka akaun Bank Islam
buka akaun Bank Islam
buka akaun Bank Islam

Muat Turun Aplikasi BIMB

Untuk memudahkan anda buka akaun Bank Islam, anda boleh muat turun sekarang aplikasi BIMB di telefon masing-masing melalui pautan ini:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cara buka akaun Bank Islam, anda boleh rujuk pada pautan ini:

Soalan Lazim Aplikasi BIMB

1. Saya pelanggan baharu. Adakah saya akan mempunyai akses kepada Perbankan Internet Bank Islam dan aplikasi GO by Bank Islam?

Sebagai pelanggan baharu, anda perlu mendaftar untuk BIMB Web dan BIMB Mobile. Aplikasi GO by Bank Islam tidak lagi tersedia untuk dimuat turun di mana-mana gedung aplikasi, dan pengguna baharu tidak boleh mendaftar untuk Perbankan Internet Bank Islam.

2. Saya pengguna sedia ada Perbankan Internet Bank Islam dan aplikasi GO by Bank Islam. Adakah saya akan ditukar secara automatik ke BIMB Mobile dan BIMB Web?

Pengguna Perbankan Internet Bank Islam dan GO by Bank Islam tidak akan ditukar secara automatik ke BIMB Mobile dan BIMB Web. Kedua-dua platform sedia ada ini masih boleh digunakan sehingga akhir tahun 2025.

3. Adakah terdapat sebarang caj dikenakan untuk beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web?

Tiada caj dikenakan untuk beralih daripada Perbankan Internet Bank Islam dan GO by Bank Islam kepada BIMB Mobile dan BIMB Web. Ia merupakan naik taraf percuma bagi meningkatkan pengalaman perbankan anda.

4. Bolehkah saya terus menggunakan Perbankan Internet Bank Islam dan aplikasi GO by Bank Islam jika saya tidak mahu beralih sekarang?

Ya, anda boleh terus menggunakannya. Namun, menjelang akhir 2025, akses anda kepada platform tersebut akan ditamatkan. Kami amat mengesyorkan anda untuk beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web secepat mungkin bagi menikmati pengalaman perbankan yang lebih baik.

5. Bolehkah saya kembali menggunakan Perbankan Internet Bank Islam dan aplikasi GO by Bank Islam selepas beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web?

Setelah anda beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web, anda tidak boleh kembali semula kepada Perbankan Internet Bank Islam atau aplikasi GO by Bank Islam.

6. Apa yang akan berlaku jika saya tidak beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web menjelang akhir 2025?

Jika anda tidak beralih sebelum akhir tahun 2025, akses anda kepada Perbankan Internet Bank Islam dan GO by Bank Islam akan ditamatkan, dan anda perlu menggunakan BIMB Mobile serta BIMB Web untuk menguruskan perkhidmatan perbankan anda.

7. Adakah saya perlu mengaktifkan semula akses dalam talian selepas beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web?

Tidak perlu sebarang pengaktifan.

8. Adakah terdapat tempoh bertenang (cooling-off period) apabila saya beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web?

Tiada tempoh bertenang dikenakan. Namun, jika anda masih berada dalam tempoh bertenang bagi akaun Perbankan Internet Bank Islam atau GO by Bank Islam sebelum ini, tempoh tersebut masih terpakai.

9. Adakah senarai akaun Kegemaran (Favourite) saya daripada Perbankan Internet Bank Islam akan tersedia di BIMB Mobile dan/atau BIMB Web?

Ya, semua akaun Kegemaran yang telah disimpan sebelum ini akan automatik tersedia dalam BIMB Mobile dan BIMB Web. Tiada tetapan semula diperlukan.

10. Apakah perkhidmatan/ciri yang tidak dipindahkan secara automatik ke BIMB Mobile dan BIMB Web?

Perkhidmatan dan ciri berikut tidak akan dibawa masuk dari Perbankan Internet Bank Islam dan GO by Bank Islam apabila anda beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web:

– Pembayaran Berjadual (Future Dated) dan Berulang (Recurring) akan dihentikan.
– Pengguna perlu menetapkannya semula di BIMB Mobile atau BIMB Web.
– Sejarah Transaksi daripada platform lama tidak akan dipaparkan di BIMB Mobile dan BIMB Web.
– Aplikasi GO by Bank Islam tidak boleh mengimbas kod QR yang dijana oleh BIMB Mobile, namun BIMB Mobile boleh mengimbas kod QR daripada aplikasi GO by Bank Islam.
– Had transaksi perlu ditetapkan semula dalam BIMB Mobile dan BIMB Web.

11. Saya cuba beralih ke BIMB Web dan BIMB Mobile tetapi menghadapi ralat. Apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda menghadapi ralat, dapatkan bantuan segera melalui Chatbot Adam di www.bimb.com. Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-2690 0900 atau e-mel ke [email protected] untuk bantuan. Alternatifnya, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam untuk sokongan lanjut.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut