Untuk makluman, Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi kategori bujang (BSH Bujang) untuk tahun 2020 telah dibuka dan boleh menerima sebanyak RM300 secara one-off.
Permohonan BSH bujang boleh dilakukan mengikut butiran berikut.
Baca juga: Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional RM1,600
Melalui Bantuan Prihatin Rakyat, individu kategori bujang akan diberi bantuan RM500 hingga RM800.
Pembayaran yang dijadualkan pada akhir bulan April dan Mei diganti dengan pembayaran BPN.
Kesemua penerima BSH layak menerima BPN secara automatik tanpa perlu memohon.
Manakala baki BSH akan dibayar pada bulan Julai nanti.
Tarikh Pendaftaran / Kemaskini Maklumat
1 Februari – 15 Mac 2020
Nilai Pemberian BSH Bujang 2020
RM300 secara ‘one off’ (sekali bayar) bagi yang menepati syarat kelayakan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk BSH bujang adalah seperti di bawah :
- Had umur 40 tahun hingga 59 tahun sahaja
- Pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Bagi yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk orang kurang upaya (OKU) sahaja
Selain had umur di atas, pemohon bujang yang berusia 40 tahun ke bawah tidak layak memohon.
Cara Permohonan
Pendaftaran dan permohonan BSH bujang boleh dibuat secara manual dan online.
Berikut adalah cara permohonan BSH Bujang 2020 secara online:
- Layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 https://bsh.hasil.gov.my
- Klik butang ‘Permohonan Baru’
- Lengkapkan Maklumat Pemohon
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
- Sahkan maklumat dengan mengisikan kod captcha dengan betul
- Tandakan kotak pada perakuan pemohon
- Klik butang ‘Hantar’
*Download Manual Panduan Pendaftaran di SINI.
Bagi pendaftaran secara manual, sila hadir ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Semakan Status Bayaran
Bagi menyemak status bayaran BSH Bujang, anda boleh mengikut langkah ini:
- Layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
- Pilih Menu SEMAKAN STATUS BAYARAN
- Sila masukkan NO. MYKAD
- Klik Butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan.
- Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang SEMAK
- Status Bayaran Fasa 1 BSH 2020 akan dipaparkan.
Kemaskini Maklumat BSH Bujang 2020
Perlu diingatkan, anda hanya perlu membuat permohonan dan kemaskini BSH bujang jika anda;
- Berumur 40 Tahun – 59 Tahun
- Belum pernah membuat permohonan sebelum ini.
- Ingin membuat pertukaran maklumat/profil ( contoh alamat, no akaun, status, dll)
- Permohonan BSH 2019 yang tidak berjaya dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
- Permohonan Orang kurang upaya (OKU) yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020
- Jika anda termasuk dalam golongan ini, klik pautan di bawah ini dan baca maklumat lanjut permohonan BSH Bujang 2020
Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat;
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut: Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Penjagaan OKU, Bantuan OKU tidak berupaya bekerja, Bantuan Orang Tua
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu;
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Tarikh Penerimaan
Dibayar secara ‘one-off’ (sekali bayar) pada fasa ke-2.
TERKINI: Bayaran Ansuran BSH Bulan Mei Akan Diawalkan Ke Bulan Mac 2020
Seperti yang diumumkan dalam sebuah kenyataan terkini, Kerajaan akan membayar tambahan RM100 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan Mei dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.
Selain itu, bayaran ansuran BSH bulan Mei (fasa kedua) sebanyak RM200 juga akan diawalkan ke bulan Mac 2020.
Maklumat Lanjut:
Orang ramai yang mempunya pertanyaan lanjut berhubung BSH, boleh menghubungi talian bebas tol, 1-800-88-2747 atau email kepada [email protected]