Borang Permohonan Rentas Negeri 2021 Sepanjang PKP dan PPN

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Antara SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa tempoh PKP dan Program Pemulihan Negara (PPN) bagi mengekang penularan COVID-19 diseluruh negara adalah melarang orang ramai melakukan perjalanan rentas negeri tanpa alasan dan sebab yang kukuh.

Secara umumnya, seseorang individu boleh melakukan perjalanan merentas negeri atas alasan kerja dengan syarat mempunyai surat kerja daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Syarat perjalanan rentas negeri

Bagi yang tidak mempunyai surat MITI, anda masih boleh melakukan perjalanan merentas negeri sekiranya melibatkan salah satu satu perkara berikut:

  • Kematian
  • Kecemasan
  • Perubatan
  • Pendidikan
  • Pasangan jarak-jauh

Sekiranya anda perlu melakukan perjalanan rentas negeri atas salah sebab di atas, maka anda perlulah mengisi borang permohonan rentas negeri dan membuat permohonan di balai polis berhampiran anda.

Elakkan menggunakan alasan yang tidak munasabah ketika memohon kebenaran rentas negeri kerana besar kemungkinan alasan tersebut akan ditolak sama-sekali.

Bagi anda yang melakukan perjalanan ke kawasan atau daerah PKPD, anda juga perlu mengisi borang permohonan rentas negeri sebelum dibenarkan masuk ke kawasan PKPD yang dikawal ketat dengan sekatan jalan raya (SJR)

Baca juga: Senarai Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin (Mulai 10 Ogos)

Borang Permohonan Rentas Negeri Terbaru 2021

Bagi memudahkan pemohon dan pihak PDRM, pemohon perlulah memuat turun borang rentas negeri yang boleh dimuat turun daripada pautan dibawah:

Bagi mengelakkan sebarang permasalahan, pastikan anda hanya memuat turun borang rentas negeri daripada laman web rasmi Polis DiRaja Malaysia sahaja seperti dalam pautan yang disertakan di atas.

Prosedur memohon kebenaran rentas negeri

Bagi memudahkan perjalanan anda dan tidak mempunyai masalah apabila melalui sekatan jalan raya (SJR), sila ikut prosedur berikut ketika memohon kebenaran rentas negeri:

  • Muat turun borang kebenaran rentas negeri
  • Cetak borang kebenaran rentas negeri
  • Isikan segala butiran yang dinyatakan dalam borang kebenaran rentas negeri
  • Sila bawa bersama dokumen sokongan seperti surat tempat kerja pasangan, surat pengesahan kematian, surat daripada universiti dan seumpamanya
  • Hantar borang permohonan rentas negeri tersebut ke balai polis berhampiran tempat tinggal anda.
  • Pastikan borang tersebut dicop dengan cop rasmi balai polis tersebut.

Pastikan anda telah menyelesaikan segala langkah di atas bagi mengelakkan sebarang masalah di sekatan jalan raya dan mempunyai risiko dikompaun oleh pihak berkuasa kerana cubaan membuat perjalanan rentas negeri tanpa kebanaran.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut