Borang EA 2024 / 2025: Borang Cukai Pekerja E-Filing LHDN

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apabila tibanya musim pembayaran cukai pendapatan, pastinya “Borang EA” adalah terma yang paling popular dan biasa anda akan dengar.

Seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan borang ini disediakan untuk setiap pekerja.

Apa itu Borang EA?

Secara ringkasnya, Borang EA ialah penyata imbuhan tahunan yang diperlukan untuk pemfailan cukai pendapatan dan berfungsi sebagai ringkasan pendapatan tahunan pekerja yang diterima daripada majikan mereka.

Borang ini diedarkan kepada pekerja untuk tujuan pemfailan cukai individu dan ia mengandungi maklumat berkaitan gaji, bonus, komisen, faedah, elaun, potongan cukai bulanan (PCB LHDN) dan caruman KWSP.

Borang ini juga memiliki maklumat berkenaan manfaat-manfaat lain yang disediakan oleh majikan kepada pekerja.

Anda boleh mempertimbangkan kaedah digital seperti menghantar borang sebagai salinan lembut kepada pekerja anda.

Artikel berkaitan: 5 Persediaan e-Filing

Keperluan dari aspek undang-undang

Majikan mesti menghantar Borang EA kepada pekerja pada atau sebelum hari terakhir Februari setiap tahun (sebagai contoh untuk tahun 2025, pada atau sebelum 28/2/2025).

Kegagalan menyediakan dan menyerahkan Borang EA kepada pekerja pada atau sebelum akhir Februari 2024 adalah satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Denda RM200 hingga RM20,000 atau Penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Maklumat dalam Borang EA

Secara umumnya, borang ini mengandungi maklumat-maklumat berikut untuk setiap individu atau pekerja:

  • Nama
  • Nombor kad pengenalan / nombor pasport
  • Jawatan dalam syarikat
  • Tarikh bekerja dan meletak jawatan (jika berkenaan)
  • Status perkahwinan
  • Bilangan kanak-kanak (jika berkenaan)
  • Nombor KWSP
  • nombor PERKESO
  • Nombor pendaftaran cukai pendapatan

Borang ini juga mestilah mengandungi maklumat mengenai Amaun caruman PCB, KWSP, PERKESO dan EIS yang ditolak daripada gaji pekerja setiap bulan.

Panduan Mengisi Borang EA & Tips E-Filing

Borang EA pasti tidak asing bagi pekerja swasta yang sudah layak mengisytiharkan cukai.

Sementara itu Borang EC pula adalah bagi penjawat awam.

Secara umumnya, kedua-dua borang ini adalah borang penyata jumlah gaji beserta elaun, bonus dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan cukai.

Pastinya nilai yang anda masukkan ketika e-filing adalah sama dengan nilai yang dipaparkan dalam borang ini.

Sila rujuk Nota Panduan EA dan EC di bawah:

Format

Bagi yang pertama kali memfailkan cukai, berikut merupakan format borang EA ini:

Muat Turun Borang EA 2024/2025

Mulai tahun saraan 2023, semua kategori majikan adalah wajib mengemukakan Borang E (e-E) dan C.P.8D secara dalam talian.

Sila muat turun borang melalui pautan di bawah :

Ejen cukai hendaklah mengemukakan e-E melalui Sistem TAeF versi 2.0 di Portal MyTax:
https://mytax.hasil.gov.my/

Contoh Borang E, susun atur maklumat C.P.8D dan rujukan berkaitan adalah seperti di bawah:

Prosedur Pengisian Penyata EA dan Borang Nyata Majikan

Rujuk gambar rajah di bawah untuk mengetahui prosedur pengisian Penyata EA & Borang Nyata Majikan:

1. Penyata Saraan

Penyata Saraan ialah penyata gaji/saraan setahun bagi pekerja yang bekerja di sektor swasta/kerajaan. Ia terbahagi kepada dua jenism iaitu:

  • Penyata EA – Penyata Saraan Pekerja Swasta
  • Penyata EC – Penyata Saraan Pekerja Agensi Kerajaan

Penyata ini perlu disediakan dan diserahkan kepada pekerja pada atau sebelum akhir bulan Februari.

Amaun yang perlu dinyatakan adalah AMAUN KASAR yang dibayar kepada pekerja dengan penggajiannya bagi tahun berakhir 31 Disember.

2. E-data Praisi /e-C.P.8D

3. Borang Nyata Majikan

4. Kesalahan dan Penalti

PENEMUAN AUDIT – TIDAK PATUH

  • Gagal mengemukakan Borang E dalam tempoh
  • Gagal menyediakan dan menyerahkan Penyata EA / EC dalam tempoh
  • Kurang potong PCB
  • Gagal potong PCB
  • Kurang bayar/remit PCB
  • Gagal bayar/remit PCB dalam tempoh yang ditetapkan
  • Hanya mengambilkira gaji sahaja ketika kira PCB
  • Majikan gagal ambil kira TPI dan TP3 yang diterima daripada pekerja
  • Guna perisian penggajian gaji berkomputer tidak mengikut spesifikasi pengiraan PCB LHDNM
  • Gagal patuh Arahan Potongan Gaji (CP38)
  • Gagal kemaskini maklumat pekerja dan majikan
  • Tidak menghadakan pelepasan KWSP

KOMPAUN

RM 200 Sehingga RM20,000 Atau Penjara Sehingga Tempoh 6 Bulan Atau Kedua-duanya Sekali

5. Hak dan Kewajipan Pembayar Cukai

Berikut adalah senarai hak dan kewajipan pembayar cukai:

Hak Pembayar Cukai

  • Menerima bayaran balik cukai jika telah membayar lebih daripada jumlah cukai yang sepatutnya.
  • Menerima bayaran balik dalam tempoh 30 hari bekerja (e-Filing) atau 90 hari bekerja (penghantaran manual) selepas penghantaran borang cukai.
  • Mendapatkan pelepasan cukai untuk perbelanjaan yang layak seperti perubatan, pendidikan, dan pembelian komputer peribadi.
  • Membuat semakan status bayaran balik cukai jika tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Meminta pengeluaran cek gantian jika cek bayaran balik telah luput.

Kewajipan Pembayar Cukai

  • Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan.
  • Memastikan maklumat yang diisi dalam BNCP adalah betul dan tepat, termasuk maklumat peribadi, pendapatan, dan pelepasan cukai.
  • Menyimpan dokumen sokongan untuk tuntutan pelepasan cukai jika diperlukan oleh LHDN.
  • Membayar cukai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh undang-undang.
  • Mematuhi jadual ansuran cukai yang ditetapkan.
  • Mengemas kini maklumat peribadi dan perbankan dalam BNCP untuk memudahkan proses bayaran balik.

Muat Turun PDF Prosedur Pengisian Penyata EA dan Borang Nyata Majikan:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut