Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)

Penyertaan seramai kira-kira 10,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar merupakan inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan Keluarga Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Hasil daripada pengalaman melaksanakan BMTKM Fasa 1 akan digunakan untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

“Berdasarkan statistik bank data kemiskinan nasional, sejumlah 130,709 KIR miskin tegar direkodkan di seluruh negara hingga 15 Sept tahun ini.

“Oleh itu, kerajaan menyeru semua pihak untuk tampil bagi bersama-sama menjayakan matlamat ini dengan mengguna pakai pendekatan keseluruhan negara yang akan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun enam bulan,” katanya.

“Projek yang dikenal pasti ialah tanaman serai, halia serta cendawan tiram kelabu dan kesemua peserta ini telah menandatangani aku janji sebagai komitmen mereka untuk memanfaatkan bantuan yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini pelaksanaan projek BMTKM Fasa 1 telah melibatkan 70 lokaliti di seluruh negara dengan membabitkan 1,536 KIR dengan kos berjumlah kira-kira RM17.2 juta.

(Sumber: BERNAMA)

Tahukah anda apakah itu Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) dan apakah manfaat / bantuan yang boleh diterima daripada Kerajaan?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BMTKM untuk makluman bersama.

Apakah BMTKM ?

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 Bilangan 1 Tahun 2021 pada 6 Disember 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyelaras dan memudah cara Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2022.

BMTKM ini akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar dalam kalangan ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) miskin tegar di seluruh negara pada akhir tahun 2025.

Syarat Kelayakan

Kriteria pemilihan peserta BMTKM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih dan diklasifikasikan sebagai golongan miskin tegar;
  3. Berumur di antara 15 – 60 tahun ke atas; dan
  4. Mempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah.

Jenis Bantuan Yang Akan Disalurkan

BMTKM akan menggunakan pendekatan kumpulan sasar berasaskan isi rumah, komuniti atau hibrid.

Selanjutnya, BMTKM akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti penjanaan pendapatan, pembangunan kapasiti dan kapabiliti serta minda yang sesuai berdasarkan potensi lokaliti serta profil peserta BMTKM.

Secara amnya, program dan inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Penjanaan pendapatan
    • Bantuan/Insentif pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan, perkhidmatan.
  2. Peningkatan kapasiti/modal insan
    • Pembangunan Modal Insan dan Minda; dan
    • Latihan Kemahiran dan TVET.
  3. Pembangunan Keusahawanan
    • Latihan dan bimbingan keusahawanan;
    • Bantuan modal permulaan perniagaan;
    • Bantuan peralatan dan mesin;
    • Pembungkusan, pelabelan dan pensijilan.
    • Bantuan peralatan dan mesin;
  4. Peluang pekerjaan
    • Penyediaan pekerjaan.
  5. Pemasaran
    • Pembangunan pusat pengumpulan produk;
    • Pemasaran; dan
    • Pendigitalan.
Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)

Tempoh Pelaksanaan BMTKM

BMTKM akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dan enam bulan bermula 2022 hingga 2025.

Cara Permohonan BMTKM

  1. Mereka yang ingin menyertai BMTKM mestilah berdaftar di dalam sistem eKasih; Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih;
  2. Mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih dan tergolong sebagai miskin tegar sahaja yang akan terlibat sebagai peserta BMTKM; dan
  3. Segala prosedur permohonan eKasih boleh dirujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (http://www.icu.gov.my/).
ekasih bmtkm

Kaedah Bantuan / Pelaksanaan Fasa 1, 2 dan 3

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 April 2022 (Rabu) dan perbincangan dengan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), BMTKM akan dilaksanakan seperti berikut:

(i) Pelaksanaan BMTKM selama 3 tahun 6 bulan (2022-2025) bermula dengan fasa 1 secara rintis melibatkan 80 lokaliti dan kira-kira 3,000 KIR miskin tegar bermula pada penghujung Mei 2022.; 

(ii) Pelaksanaan BMTKM Fasa 2 akan bermula pada bulan September 2022, diikuti Fasa 3 pada bulan Disember 2022 dan fasa seterusnya bermula tahun 2023;

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)

Lokaliti Terlibat

Pelaksanaan Program berkaitan pembasmian kemiskinan tegar seperti pembangunan minda dan motivasi, pengurusan kewangan, pemasaran, keusahawanan, kemahiran teknikal, pertanian dan pemadanan pekerjaan pihak berkuasa koridor, DBKL dan PL seperti berikut:

Bil. Agensi Pelaksana Negeri Bil. Lokaliti
 1.Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) • Kelantan
 • Pahang
 • Terengganu
 23
 2.Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) • Johor 4
 3.Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) • Kedah
 • Perak
 • Perlis
 • Pulau Pinang
 18
 4.Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA) • Sarawak 10
 5.Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) • Sabah 10
 6.Akan dimaklumkan kemudian • Melaka
 • Negeri Sembilan
 • Selangor
 9
 7.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4
 8.Perbadanan Labuan (PL) • Wilayah Persekutuan Labuan 2
   Jumlah 80

Maklumat Lanjut

Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya

Laman web: https://www.epu.gov.my/ms/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!